Rabu, 20 April 2011

CHUA SOI LEK vs TAIB MAHMUD













Datuk Seri Chua Soi Lek selaku Presiden MCA dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini telah menyelar dan meminta supaya Tan Sri Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak kerana gagal meraih sokongan orang cina dalam pilihanraya negeri baru-baru ini.
Untuk makluman semua, DS Chua sendiri juga telah gagal dalam usaha menarik kembali kepercayaan masyarakat cina terhadap MCA dan BN, apatah lagi dalam pilihanraya tersebut DS Chua sendiri telah pergi untuk memberikan ceramah bagi membantu Timb. Ketua Menteri bagi mengekalkan kerusi DUN beliau.
Kalau DS Chua sendiri pergi berceramah di kawasan Timb. Ketua Menteri dan kerusi tersebut telah jatuh ke tangan pembangkang ini bukan lah salah Ketua Menteri. Kerana apa sangkakala katakana begitu, parti PBB yang di terajui pleh Tan Sri Taib Mahmud menang di semua kerusi yang di pertandingkan.
Bagi sangkakala, jika DS Chua sendiri sebagai pemimpin parti komponen terbesar yang mewakili orang cina gagal untuk membawa kepercayaan masyarakat cina di Sarawak, maka apatah lagi Tan Sri Taib Mahmud yangmerupakan orang Melayu.
Disini rasanya DS Chua tidak perlu menunding jari menyalahkan sesiapa disebabkan kehilangan undi orang-orang cina di Sarawak. Dan bagi sangkakala tidak perlu juga DS Chua meminta Tan Sri taib Mahmud untuk melepaskan jawatan. Ini kerana seperti yang sangkakala katakana tadi, Tan Sri taib Mahmud telah berjaya membawa kemenangan penuh parti PBB. Ini membuktikan masyarakat atau rakyat Sarawak masih member kepercayaan kepada beliau.
Kita lihat pula PRU yang ke 12 yang lalu. MCA sendiri gagal untuk mempertahankan beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Semenanjung, tapi tiada mana-mana pemimpin parti yang mempertikaikan kewibawaan pemimpin MCA.
Mungkin juga DS Chua cuba untuk mencari publisiti murahan dengan meminta pemimpin parti lain yang di katakannya gagal (walau pun tidak) untuk melepaskan jawatan. Bagi sangkakala DS Chua perlu melihat,adakah beliau sendiri di terima oleh masyarakat atau kaum cina di semenanjung. Jangan menang sorak kampung tergadai, satu jari menunding orang tiga jari menunjuk diri. Jadi sangkakala nasihatkan pada presiden MCA supaya mencari kelemahan sendiri. Jangan mencari salah orang lain.  

Tiada ulasan: