Isnin, 25 April 2011

PERKASA HANTAR MEMORENDOM PADA MCA

Kuala Lumpur 25 April 2011: Pertubuhan PERKASA hari ini telah menghantar memorendom bantahan kepada parti MCA berikutan kenyataan parti itu yang meminta semua orang cina khususnya ahli-ahli MCA untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia berhubung dengan artikel yang di keluarkan oleh akhbar itu yang bertajuk ‘ 1Melayu 1 Bumi’.
Orang ramai kususnya ahli-ahli PERKASA serta pemimpin-pemimpin PERKASA negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkumpul dihadapan ibu pejabat MCA bermula sejak jam 3 petang tadi bagi menyatakan sokongan terhadap akhbar berbahasa melayu tersebut.
Memorendom itu telah disampaikan oleh wakil PERKASA kepada wakil parti MCA dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian buruk berlaku. Lebih dari 300 orang ahli PERKASA serta orang ramai menyaksikan penyerahan memorendom bantahan itu di pintu masuk ibu pejabat parti berkenaan. Turut hadir di himpunan tersebut Naib Ketua Wira PERKASA Pusat Sdr Irwan Fahmi atau DIO yang kini memangku jawatan Ketua Wira PERKASA Pusat setelah Ketuanya Saudara Armand Azha melepaskan jawatan dalam pertubuhan itu.
Dalam soalan yang di tanya kepada saudara Irwan, apakah motif atau sasaran perhimpunan ini diadakan, beliau menjawab sebagai berkata, perhimpunan ini sekadar untuk memberi tahu kepada parti MCA yang juga sebuah parti komponen kerajaan supaya tidak mencampuri urusan serta hak orang-orang Melayu untuk bersuara, beliau juga berkata, akhbar Utusan Malaysia adalah lidah orang Melayu yang selama ini tidak pernah mengganggu gugat sensitivity masyarakat lain di Malaysia khususnya orang-orang Cina. Beliau juga menegaskan bahawa himpunan hari ini adalah untuk memberitahu kepada MCA dan masyarakat Cina yang ada di Malaysia bahawa orang Melayu tidak pernah meminggirkan kaum Cina yang selama ini telah bersama-sama dalam memperjuangkan tanah air.
Bagaimanapun himpunan tersebut dianggap amat Berjaya kerana tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku tambahan pula semua yang berkumpul mengikut serta patuh oada arahan pihak Polis yang meminta mereka bersurai setelah lebih kurang 25 minit berhimpun.

Tiada ulasan: