Isnin, 4 April 2011

ketua puteri letak jawatan?

Malam tadi ada ketua puteri cawangan dari wilayah persekutuan letak jawatan..alasan yang saya dapat tau,dia tak puas hati dengan kepimpinan cawangan yang tidak memberikan kerjasama kepada beliau. Saya dengar ada 5 orang AJK puteri dari cawangan yang sama juga meletakkan jawatan atas alasan serupa. Sebelum ni pun dikatakan ketua pemuda dan naib ketua pemuda cawangan telah lama meletakkan jawatan.
Saya rasa kepimpinan diperingkat bahagian perlu mengambil suatu langkah untuk menyelesaikan perkara ini, jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.
Dari pada perjumpaan saya dengan ketua puteri tersebut. Beliau mengatakan sebab utama beliau melepaskan jawatan adalah kepimpinan peringkat cawangan hanya memperjuangkan tentang tanah dan rumah setinggan yang mereka diami sekarang dan bukanlah parti UMNO. Beliau juga mengatakan bahawa beliau telah disekat daripada mendaftarkan ahli baru puteri yang semakin berkurangan dengan alas an, ahli yang baru nanti akan sama merasa nikmat jika tanah yag mereka perjuangkan itu mendapat kelulusan.
Apa yang menghairankan disini bila masih ada kepimpinan cawangan yang berfikiran kolot seperti yang didakwa oleh ketua puteri tersebut.
Jika benar apa yang didakwa oleh ketua puteri tu, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada beliau yang telah mengambil jalan terbaik dengan tidak mahu lagi bersama-sama kepimpinan cawangan yang ternyata tidak memperjuangkan parti sepenuhnya tetapi hanya memperjuangkan tanah setinggan.
Dalam sesi perjumpaan tersebut, saya telah bertanyakan pada beliau sama ada beliau masih lagi berminat atau tidak untuk menjadi ahli UMNO, dengan bangganya beliau menjawab bahawa beliau masih lagi ahli UMNO dan tidak akan sekali_kali berpaling pada parti pembangkang. Samangat yang kental  saya lihat di dalam diri ketua puteri ni.
Bagi saya cawangan seperti ini perlu diberi kaunseling supaya jangan hanya mempertahankan tanah setinggan, tapi juga perlu untuk pertahankan parti UMNO. Wassalam..

Tiada ulasan: