VS
LIOW TIONG LAI NASI LEMAK PANAS
Baru-baru ni kementerian kesihatan Malaysia telah mengharamkan pemakanan nasi lemak di sekolah-sekolah, alas an yang diberikan, nasi lemak boleh mengakibatkan obesiti di kalangan kanak-kanak dan rakyat Malaysia. Siapa yang buat pemeriksaan dan pengesahan tu?
Sangkakala harap supaya perkara ini di bawa ke meja rundingan dan sila jalankan pemeriksaan dengan teliti. Takkan lidah orang melayu ( Utusan Malaysia ) di boikot dan sekarang makanan melayu pula diharamkan.
Kalau nak diikutkan dengan kajian yang dilakukan oleh FDA, makanan yang boleh mengakibatkan obesiti adalah makanan segera seperti KFC, McD, Pizza dan beberapa lagi makanan yang seangkatan dengannya. Jika di hitung dari segi karbohidrat dan kolestrol pula, rasanya mee kuning yang menjadi makanan bagi kebanyakan kaum cina di Malaysia juga menunjukkan ianya berada di paras yang tinggi.
Kita tengok pula peratus kegemukan atau obesiti di kalangan anak-anak cina,india dan melayu. Sangkakala tengok, anak cina lebih ramai yang mengalami masalah obesiti berbanding melayu dan india. Masa sangkakala sekolah dulu, sangkakala rasa kalau di hitung kepada pecahan 10 orang setiap bangsa, anak cina mengalami obesity seramai lebih kurang 6 orang berbanding 3 atau 4 orang anak melayu dan india. Adakah anak-anak cina ini semuanya makan nasi lemak?
Apa yang penting disini, jika kementerian kesihatan masih lagi berhasrat untuk meneruskan pengharaman nasi lemak di sekolah-sekolah, kementerian kesihatan juga harus mengharamkan makanan segera termasuklah Maggie dan mee kuning.
Saranan sangkakala kepada kementerian kesihatan khususnya menteri kesihatan, supaya menghantar sample nasi lemak dan mee kuning ke pertubuhan kesihatan sedunia dan pusat pemeriksaan kesihatan sedunia dan keluarkan laporan, sama ada nasi lemak atau mee kuning yang boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Nasi lemak adalah makanan tradisional orang melayu. Bagi sangkakala jika pengharaman ini di lakukan maka kementerian kesihatan, khususnya menteri kesihatan telah menghina makanan tradisi orang-orang melayu, sedangkan orang melayu tidak pula menghina jika kaum cina memakan khinzir (babi) atau makan bak kut teh. Jadi, jika ingin melakukan sesuatu atau mengeluarkan sesuatu kenyataan, menteri atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mestilah mengambil sensitivity masyarakat sebagai garis panduan. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk menimpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan