Jumaat, 8 April 2011

TAHNIAH KEPADA JBS DAN TAN CHONG EDU SDN BHD

Sangkakala dapat satu berita dari seoarang kawan yang juga Penolong Setiausaha Gerakan Belia 4B Negeri Perak yang mengatakan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Syarikat Tan Chong Edu SDN BHD memberi peluang latihan (automotif kereta) kepada para belia selama dua (2) tahun di Kula Lumpur. Umur 18 ke 25 tahun (lelaki atau wanita layak) bebas dari jenayah.

Kepada sesiapa juga yang berminat atau ada sahabat atau saudara mara yang berminat, boleh hadiri sesi temuduga di bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh pada 14 April 2011 (khamis) jam 8.30 pagi, dan kepada mereka yang berminat tadi bolehlah mengambil surat tawaran temuduga tersebutdi Pejabat Belia dan Sukan di setiap daerah dalam Negeri Perak.

Bagi mereka yang berjaya, elaun sebanyak RM 300 sebulan disediakan, pengangkutan serta penginapan disediakan, makan tengah hari juga disediakan di tempat latihan.

Jadi kepada yang berminat sila pergi ke Pejabat Belia dan Sukan di daerah masing-masing untuk mendapat surat tawaran temuduga seperti yang di sebut tadi.

Disini sangkakala mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta syarikat Tan Chong Edu SDN BHD kerana telah bekerjasama dalam membantu para belia untuk mendapat latihan dan pelajaran.

Sangkakala juga berharap agar ada lagi syarikat-syarikat yang akan tampil untuk memberi kerjasama dengan Jabatan atau pertubuhan-pertubuhan belia di masa akan datang, demi utnuk memberi peluang kepada para belia khususnya..TAHNIAH sekali lagi   

Tiada ulasan: