Jumaat, 2 Mac 2012

LAGI CERITA PAS KAWASAN KRIAN

Lagi cerita Sangkakala dapat dari orang Parit Buntar tentang kepincangan PAS di sana. Dalam diam rupanya ada api dalam sekam.

Ini semua berkenaan dengan pertelingkahan antara 2 orang pemimpin PAS di kawasan tersebut.

Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar rupanya tidak suka dan kurang senang dengan ADUN Titi Serong Idham Lim.

Cerita bermula apabila Idham mendapat tau bahawa dia tidak akan dicalonkan semula di kawasan Titi Serong dan beliau akan di hantar untuk bertanding di kubu kuat BN di kawasan Grik.

Sebelum itu juga Idham dan Mujahid dikatakan berkongsi pejabat tetapi berpecah setelah terjadi pergaduhan antara dua orang pemimpin tersebut.

Idham berusaha untuk jadi popular maka beliau menubuhkan sebuah yayasan untuk membina pusat Islam dengan harga 5 juta tapi bantuan yg masuk amat mengecewakan beliau kerana disabotaj oleh Mujahid.

PAS Krian kini dalam usaha untuk mengeluar Idham dari kawasan Titi Serong dan akan jadi seperti Datuk Hasan Ali.

Mengikut sumber Sangkakala juga, setiap program yang diadakan oleh Mujahid tidak pernah akan menjemput Idham untuk turut serta.

Sorang ADUN sorang lagi Ahli Parlimen, kalau dah dua-dua tidak sepakat bagaimana untuk menjaga rakyat di kawasan?

Inilah PAS, sebelum mendapat jawatan semua kata akan sepakat, bila dah ada jawatan mula jadi macam-macam.

Untuk menyelesaikan kemelut ini dan untuk kesejahteraan penduduk Parit Buntar sendiri Sangkakala menyeru kita semua tolak PAS pada pilihanraya akan datang.

PAS NAK SABITKAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN PULA

Pada 24 Feb lepas dalam satu artikel Malaysiakini Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan bahawa roadshow Datuk Dr Hasan Ali ditaja oleh 2 buah syarikat gergasi yang mana syarikat itu akan ada kepentingan jika Barisan Nasional memenangi atau dapat menawan semula negeri Selangor pada PRU akan datang.

Sila baca http://m.malaysiakini.com/news/190152

Hari ini dalam portal yang sama Naib Presiden parti itu pula mengatakan bahawa roadshow tersebut di biayai pula Kementerian Belia dan Sukan.

Ikuti artikel dalam link http://m.malaysiakini.com/news/190849

Nampaknya kedua-dua pemimpin atau Ahli Parlimen PAS ni sekarang sedang sibuk untuk mejatuhkan Hasan Ali setelah Hasan mengaitkan beberapa orang PAS sebagai parasit.

Apa ada kena mengena Hasan Ali dengan Kementerian Belia dan Sukan? Sampai Kementerian nak support dia buat roadshow?

Nak bagi tau sikit la kat sini pada PAS, Hasan Ali tak perlu ditaja oleh mana2 pihak, sebab sekali ceramah dalam roadshow ni pun paling kurang 5000 orang akan hadir, kutip duit tong kalau RM 2 seorang pun dah ada RM 10'000 jadi itu pun dah lebih dari cukup untuk beliau pusing satu Malaysia untuk bongkarkan rahsia PAS.

Lagi satu nak bagi tau kat sini, kalau tak salah takut buat apa? Hasan Ali seperti dah menjadi lembaga hitam di malam gelap bagi PAS hinggakan Kementerian yang menjaga belia di Malaysia pun depa nak kaitkan.

Walau bagaimanapun Sangkakala ucapkan tahniah kepada Kementerian Belia yang telah berjaya menyatukan para belia tanah air untuk sama-sama membantu kerajaan hingga menjadi satu ketakutan buat PAS. Kalau tidak begitu takkan PAS serang Kementerian Belia pula sekarang.

Baca sini jawapan dari Menteri Belia dan Sukan http://t.co/rfHdiU1w






Pssttt.. Pakcik Mahfuz jangan cakap lebih2 tau, pakcik tu dah tua, bagi kami orang muda dengan KBS ye, nanti kami tolong usung la Pakcik Mahfuz tu.

RM75 PUN PAS SAPU

Terkejut Sangkakala dengan artikel Kemuntingcentral rakan blog Sangkakala yang berada di Taiping. Mana tidak nya dalam artikel beliau terpampang dengan bukti bersurat yang PAS kawasan Taiping mewajibkan setiap ahli yang dapat BR1M supaya memulangkan duit tersebut sebanyak 15% atau sama dengan nilai sebanyak RM75.

Sila baca di sini http://nblo.gs/uE9no

Menurut artikel tersebut, perkara ini didedahkan oleh TaipingCentral juga merupakan seorang bloggers di Taiping.

Apa la nak jadi dengan PAS ni, duit untuk rakyat yang diberikan kerajaan pun depa nak sapu. Bukan depa nak tolong, tolong ambil pulak lagi.

Sudah-sudah le PAS, takkan duit tong milo tu tak cukup lagi kot?

KATA DUA UNTUK AZIZAN RAZAK

Kemelut yang kini melanda PAS Kedah sudah berada di puncak apa bila PAS pusat semalam gagal untuk mendapatkan keputusan berhubung kemelut di antara dua orang kuat parti di negeri itu.

Malam tadi PAS pusat bermesyuarat hampir 4 jam untuk mendapatkan keputusan namun ianya menemui jalan buntu.

PAS pusat akan bermesyuarat di Kedah dan dalam mesyuarat itu Presiden parti sendiri akan turun untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

PAS pusat pasti akan memberikan kata dua kepada Azizan selaku Menteri Besar sama ada mahu meneruskan jawatan Menteri Besar dengan mengikut kehendak PAS pusat atau melepaskan jawatan.

Seperti kata Datuk Dr Hasan Ali dalam ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini, parasit dalam PAS kini sudah mula menyerang Azizan di Kedah sama macam mereka menyerang beliau di Selangor dulu.

Sangkakala rasa ada kemungkinan PAS akan memecat Azizan kerana akan dikatakan gagal mengikut kehendak pucuk pimpinan parti.

Nasib le Tok Jan, ikut pi la depa nak buat apa.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAS ADUN TITI SERONG TINGGALKAN KAWASAN

Mendengar keluhan penduduk di kawasan N08 DUN Titi Serong Sangkakala berasa amat sedih sekali.

Mana tidaknya, menurut sumber yang boleh dipercayai ADUN tersebut (gambar) langsung tidak peduli dengan masalah penduduk setempat. Bahkan beliau juga dikatakan tidak berada lagi dikawasan. Semua masalah rakyat di kawasan tersebut tegendala dan langsung tidak diberi perhatian.

Satu lagi yang membuatkan penduduk berasa amat kecewa kerana ADUN ini tidak menampakkan muka langsung dalam program-program di kawasan sekiranya didapati penganjur program tersebut mirip ke arah kerajaan.

Wah..macam ni pun boleh ke YB? Dulu kata lain, nak bersama-sama rakyat, bila dah dapat jawatan tidur je ke?

Berbeza pula dengan kepimpinan UMNO dikawasan tersebut yang selama ini sentiasa memberikan khidmat terbaik buat rakyat di sekitar kawasan tersebut.
Menurut laporan yang Sangkakala terima lagi. Kekalahan Barisan Nasional dikawasan itu dahulu hingga membolehkan kemenangan berpihak kepada PR adalah kerana tsunami politik yang melanda tanah air.

Dan kini, penduduk atau rakyat sekitar DUN Titi Serong sudah berjanji bahawa kali ini kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. "Kami akan tukar pemimpin yang muda tapi tidur ni" kata penghantar maklumat kepada Sangkakala.

Ini juga berikutan dengan bantuan dari kerajaan Barisan Nasional yang tidak putus-putus kepada penduduk di kawasan DUN tersebut walaupun ianya di menangi oleh pambangkang. Menurut kata pemberi maklumat lagi, apa guna mereka memilih Wakil Rakyat yang tidak prihatin dengan masalah rakyat, cuma hanya akan datang menjengah apabila sudah tiba musim pilihanraya dan mereka juga akan menaburkan janji serta menifesto yang akan mengelabui mata masyarakat di kawasan itu.

Sangkakala menyeru kepada semua para pengundi di kawasan Titi Serong agar tidak lagi percaya kepada janji-janji kosong mereka dalam pilihanraya akan datang.




Psttt..jangan pecaya pada PASaway..

Khamis, 1 Mac 2012

PAS KEMARUK KUASA

Oleh kerana mungkin terlalu terdesak PAS kini sanggup mengeluarkan kenyataan semalam bahawa mereka sanggup meletakkan Timbalan Presiden dari kalangan orang bukan Islam.

Kenapa PAS sanggup keluarkan kenyataan begini? Dimana perjuangan PAS? Apa akan jadi pada Mat Sabu yang sememangnya diletak oleh pemimpin DAP untuk menutup mulut pemimpin PAS selama ni?

Semua ini bermain di minda Sangkakala, apa yang menjadi kepastian kini ialah PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian pemimpin Pakatan Rakyat untuk memberikan mereka ruang dan peluang dalam tampuk pemerintahan.

Tambahan pula sekarang kemelut yang melanda PAS secara terang-terangan akan membunuh kepercayaan pemimpin Pakatan dari terus memberi peluang kepada PAS.

Isu Hasan Ali di Selangor memberi kesan yang cukup mendalam buat PAS berikutan pula dengan isu Menteri Besar Kedah yang tidak memilih semula 2 orang EXCO kerajaan negeri yang mempunyai jawatan tinggi dalam kepimpinan PAS di Kedah.

Isu-isu ini sudah mula membuatkan Pakatan Rakyat bertambah goyang dengan kerjasama diantara mereka dengan PAS.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BADRULAMIN MENGGELABAH

Dari blog theflyingkick

Pihak pengurusan Hotel Swiss Garden, Pantai Balok, Kuantan di mana PKR mengadakan retreat, telah menyatakan kesediaan mereka kepada pihak polis untuk menyerahkan rakaman CCTV untuk membuktikan yang Badrol Amin serta para pemimpin PKR yang membelanya, sebagai pembohong.
Baca selanjutnya di bawah ini.

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/03/rakaman-cctv-mengecutkan-badrol-amin.html?m=1

Sudah pasti Badrulamin tak tido malam sekarang ni. Dulu Anwar ada rakaman cctv sekarang dan dia pulak.

Dengar cerita dia pun dah hilangkan diri, betul ke?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAJAAN SELANGOR BAKAL TUMBANG PRU13

Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan di Selangor. Menurut rakan Sangkakala tu kerajaan Selangor akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ini berikutan terlalu banyak isu dan masalah yang timbul selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Negeri tersebut pada pilihanraya umum yang ke 12.

Antara isu-isu yang hebat diperkatakan kini ialah isu pasir, telah banyak bukti dibongkarkan oleh Barisan Nasional selaku pembangkang di negeri itu.

Dan menurut rakan Sangkakala satu lagi isu besar akan dikeluarkan demi untuk memberitahu kepada rakyat Selangor khususnya dan negara amnya siapa sebenarnya pemimpin kerajaan negeri Selangor disebalik mereka mengeluarkan janji-janji manis kepada rakyat.

Apa yang penting sekarang ini ialah, setiap pembongkaran yang dilakukan oleh Barisan Nasional cukup dengan bukti yang sahih.

Dengar cerita juga rakyat Selangor kini sudah mula bangkit untuk menentang kerajaan dan bersedia untuk memberikan semula kuasa pemerintahan kepada kerajaan Barisan Nasional berikutan kegagalan Pakatan Rakyat mengotakan janji-janji manis atau menifesto mereka semasa PRU12 yang lalu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR TERKEDU ISU ISRAEL

Pendedahan surat2 bekas PM Tun Dr Mahathir kpd PM Israel, jelas menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim utk cuba menyamakan pendirian beliau & Tun Mahathir mengenai isu hubungan dgn Rejim zionis itu. Kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin.

Beliau berkata lagi tindakan Anwar itu bukan sahaja gagal utk cuba mengalih pandangan rakyat malah telah terpalit semula kpd beliau yg sering bersikap tidak konsisten dan sentiasa berubah2 mengikut pertimbangan politik.

Sangkakala dah jangka, Anwar sengaja mencari penyakit jika nak babitkan Tun Mahathir dalam apa juga isu. Ini kerana ketelusan mantan Perdana Menteri itu menjadi pemimpin dan mentadbir negara sudah pasti membolehkan Tun Mahathir menyanggah segala tohmahan pembangkang.

Sekarang kita lihat siapa sebenarnya yang menyokong Yahudi, kerajaan atau Anwar? Anwar Ibrahim sengaja menjadikan isu tersebut untuk mengaburi mata rakyat serta pengikut Pakatan Pembangkang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SANGKAKALAJARI9 VS MALAYSIAKINI

Ternyata Malaysiakini selalu memberikan berita yang mengelirukan. Mana tidaknya, hari ini portal tersebut mengeluarkan artikel yang mengatakan bahawa sebilanggan peniaga akan berpindah apabila kilang Lynas operasi kelak.

Portal itu juga mengatakan bahawa rata-rata peniaga yang ditemui di Kuantan merasakan kegusaran mereka dengan kilang Nadir Bumi tersebut kerana mereka takut dengan kebocoran radioaktif.

Setelah membaca artikel tersebut, Sangkakala terus meminta seorang rakan untuk bertanyakan sama ada betul atau tidak perkara ini. Kebetulan rakan Sangkakala yang berada di Gebeng Kuantan dan berada kira-kira 2 kilometer dari kilang tersebut mengatakan bahawa rata-rata penduduk serta peniaga menyambut baik kilang tersebut dibuka di kawasan mereka apatah lagi dengan jaminan kerajaan bahawa kilang tersebut selamat.

Mansor Ahmad 42 tahun, telah berniaga dia Gebeng selama hampir lima tahun mengatakan bahawa jika kilang tersebut di buka peluang meningkatkan pendapatan mereka lebih cerah. Beliau juga berkata buat masa ini pendapatan beliau sekitar RM 60 ke RM 80 sehari dan beliau yakin pendapatannya nanti akan naik sekali atau dua kali ganda apabila kilang tersebut beroperasi.

Bagi makcik Rokiah Jantan 62 tahun pula berkata, beliau telah berniaga secara kecil-kecilan di Gebeng sejak hampir 12 tahun dulu selepas kematian suami. Dengan menjalankan perniagaan menjual nasi lemak serta kuih muih, beliau juga menyambut baik pembukaan kilang tersebut di Gebeng."Kerajaan dah jamin selamat nak takut buat apa" kata beliau semasa di tanya oleh rakan Sangkakala. Makcik Rokiah juga menyebut, pembukaan kilang tersebut akan memberi peluang kepada anak-anak muda Gebeng dalam mencari peluang pekerjaan. "Yang mana minat untuk mencari kerja, semua tunggu peluang ni, tapi mana yang malas bekerja tu mula le kata macam-macam pasal kilang tu sebab taknak kerja" kata beliau.

Serang peniaga kedai runcit, Wong Siew Ngah mengatakan bahawa peniaga-peniaga di kawasan Gebeng perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membuka peluang meluaskan lagi pendapatan serta peluang untuk anak-anak muda mendapat pekerjaan. Beliau berkata lagi bahawa buat masa kini adalah amat sukar untuk mendapat pekerjaan apatah lagi bagi anak-anak muda yang kurang pendidikan, dengan adanya kilang tersebut makan peluang untuk anak-anak muda ini lebih cerah dan mereka tidak lagi perlu berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Seperti kenyataan-kenyataan di atas, bagai mana peniaga di kuantan yang sejauh 45 kilometer dari kilang tersebut memberikan komen yang sedemikian sedangkan peniaga yang berada sejauh 2 kilometer merasakan ini adalah peluang mereka menambah pendapatan.
Mungkin kenyataan ingin berpindah itu telah di manipulasi oleh portal tersebut, mungkin peniaga-peniaga ini akan berpindah ke Gebeng berikutan peluang perniagaan yang amat luas, ianya nanti akan menjadi seperti lubuk emas kepada para peniaga.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 29 Februari 2012

TIADA AKHLAK JIKA BERBAI'AH CARA PAS

Selepas membaca sebuah artikel didalam Harakahdaily petang tadi Sangkakala terpanggil untuk mengatakan bahawa Bai'ah pemimpin PAS menimbulkan keraguan pada Sangkakala.

Manakan tidak Sangkakala berkata begitu berikutan dengan pengakuan seorang pemimpin PAS yang kini bergelar ADUN di negeri Perak selepas PRU12 yang lepas.

Mungkin Sangkakala tidak mengetahui keseluruhan cara Bai'ah PAS tersebut tetapi dengan pengakuan ADUN itu membuatkan Sangkakala berfikir apa sebenarnya PAS ni.

ADUN tersebut telah mengatakan kepada Sangkakala sendiri bahawa sekiranya beliau menarik diri atau keluar dari PAS atau meletakkan jawatan ADUN maka beliau menceraikan isteri dengan talak tiga dan segala harta benda beliau haram untuk seumur hidup.

Sangkakala berfikir sejenak ketika ini, adakah cara ini tuntutan didalam Islam atau ianya hanyalah tuntutan Islam PAS?

Sedangkan didalam ajaran Islam ada mengatakan bahawa satu-satunya perkara halal yang paling di benci oleh Allah adalah TALAK. Tapi dam kes ini Sangkakala merasakan bahawa PAS seolah-olah mempermain-mainkan perkara yang disebutkan tadi.

Dan Sangkakala juga terfikir, adakah ini cara untuk pemimpin-pemimpin PAS memaksa pengikut mereka yang ingin menjadi ADUN atau Ahli Parlimen mengiyakan apa jua yang mereka lakukan walau pun ada di kalangan ADUN dan Ahli Parlimen PAS merasakan perjuangan PAS sudah tersasar dari landasan sebenar.

Kita lihat seperti Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat baru-baru ini, beliau sendiri tidak berani untuk mengatakan bahawa beliau keluar dari PAS walaupun sudah dipecat dan dibuang dari keahlian. Mungkin beliau takut akan kehilangan isteri tercinta demi memperbetulkan keadaan yang sebenarnya.

Jika kita berbalik ke zaman Nabi dulu, Nabi serta pengikut Baginda membawa bersama isteri ketika pergi berperang (jika tidak silap) dan Baginda sendiri memuliakan wanita apatah lagi bila wanita tersebut bergelar isteri.

Nampak sangat pemimpin PAS sanggup memperjudikan keluarga demi mencapai cita-cita menjadi pemimpin dan tidak mustahil juga memperjudikan tanahair ini demi mencapai cita-cita politik mereka. Ini semua dapat dilihat apabila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak agama Islam.

Adakah pemimpin-pemimpin begini yang kita mahukan untuk menjadi pentadbir di negara ini dengan hanya kerusi di Parlimen lebih kurang dari DAP?

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka All. akan memberi kepadanya pahala yang besar".

Ayat diatas Sangkakala perolehi dari artikel yang Sangkakala sebutkan tadi. Jika diperhatikan, adakah didalam ayat tersebut meminta kepada Nabi Mohammad untuk membai'ah sahabat-sahabat Baginda hingga ke tahap menceraikan isteri? Dan satu lagi ayat yang Sangkakala perolehi berbunyi begini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…"

Jelas didalam ayat seperti yang di atas Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya taat kepada "Ulil Amri" atau pemimpin.

Ini juga tidak dilakukan oleh kepimpinan PAS sendiri dengan cara melakukan solat hajat meminta musibah menimpa keatasa Perdana Menteri sedangkan Perdana Menteri adalah pemimpin dikalangan orang Melayu dan beragama Islam.

Kita juga perlu melihat dimana pernah diperkatakan tidak lama dahulu di Pulau Pinang Imam dikalangan PAS mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, adakah Ketua Menteri tersebut dikalangan pemimpin Melayu dan beragama Islam seperti kehendak ayat yang Sangkakala keluarkan tadi?

PAS khususnya para pengikut perlu lebih prihatin dengan perkara ini, jangan jadi seperti yang Sangkakala sebutkan tadi, sanggup memperjudikan agama dan negara demi untuk mencapai kuasa politik.

Bagi Sangkakala akhlak pemimpin PAS hilang apa bila berbai'ah dengan cara ini.

PEMILIK AKAUN LAMAN SOSIAL NEGARA JIRAN JANGAN SIBUK

Sangkakala mendapat maklumat dari seorang rakan yang menghantar link facebook kepada Sangkakala melalui bbm sebentar tadi.

Ini semua adalah rentetan dari pada pembatalan konsert penyanyi perempuan Amerika Syarikat Erykah Badu yang telah menunjukkan tatto di bahagian dada beliau dan telah di keluarkan oleh akhbar The Star.

Sila buka link ini http://www.facebook.com/notes/lash-mokhtar/isu-tattoo-allah-erykah-badu/10150638264913830

Setelah Sangkakala baca apa yang terdapat dalam wall si pemilik akaun jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang mana kesemuanya tidak suka dan tidak mahu jika agama Islam atau apa juga agama di negara ini dipersendakan.

Mungkin si pemilik akaun bernama Lash Mokhtar ini memiliki pandangan yang sempit. Di sini Sangkakala ini ingin memberitahu bahawa di Malaysia kami mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama, jadi oleh yang demikian kami yang telah selesa hidup secara harmoni berasa amat tidak selesa jika agama atau bangsa atau juga kaum di dalam negara kami menjadi permainan atau persendaan.

Tindakan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan dan Menteri yang bertanggungjawab tentang setiap penyiaran di negara ini adalah tepat dengan membatalkan konsert tersebut kerana takut ianya akan menjadi masalah kepada penyanyi ini.

Walau pun ada komen di laman tersebut yang mengatakan itu hanyalah body art, ianya tetap telah menghubungkaitkan tentang agama Islam.

Sangkakala harap supaya selepas ini pemilik laman sosial dari negara jiran tidak mencampuri urusan kami di negara ini kerana pentadbiran kami adalah berlandaskan kehidupan majmuk berbilang kaum.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TINDAKAN MENTERI TANDA KERAJAAN PRIHATIN

Tindakan Menteri Penerangan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang membatalkan konsert Erykah Badu semalam dilihat sebagai keprihatinan Kerajaan dalam isu agama islam dinegara ini.

Walau pun tindakan beliau membatalkan konsert tersebut mendapat kecaman dari segelintir pihak namun apa yang dilakukan oleh beliau amat di sokong oleh orang-orang melayu dan yang beragama islam.

Erykah Badu yang menjadi kontroversi apabila gambar beliau tersiar dalam akhbar tempatan yang menunjukkan Tatto di bahagian kiri dan kanan dada jelas menujukkan kalimah Allah.

Penyiaran gambar tersebut telah menjadi satu berita hangat dan semalam Datuk Seri Utama Dr Rais telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert penyanyi dari Amerika itu dibatalkan kerana tidak menghormati budaya serta agama dalam negara ini.

Selasa, 28 Februari 2012

BADROL AMIN HINA TENGKU MAHKOTA PAHANG

Ustaz Badrol Amin ada mengeluarkan kenyataan bahawa Tengku Mahkota Pahang menghantar wakil baginda untuk berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan.

Badrol Amin juga berkata beliau percaya bahawa Tangku Mahkota Pahang akan turun "MENCEMAR DULI" bagi menyelesaikan kes khalwat beliau.
Sila baca di artikel ini http://m.malaysiakini.com/news/190509

Bagi Sangkakala, ayat Mencemar Duli yang digunakan oleh Badrol itu adalah berat kerana ianya melibatkan kedaulatan seorang berdarah Raja atau Sultan.

Nampak sangat Badrol Amin sudah benar-benar tersepit pada ketika ini apabila cuba mengheret Tengku Mahkota dalam kes khalwat beliau bersama-sama wanita berstatus isteri orang di Pahang.

Beliau juga Sangkakala lihat sanggup menggunakan kebaikan Tengku Mahkota yang buka saja baik dengan beliau tetapi baik dengan seluruh rakyat Pahang khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sangkakala beri amaran kepada Badrol Amin atau mana-mana juga pemimpin supaya tidak membabitkan Institusi DiRaja dalam masalah yang mereka hadapi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AZIZAN RAZAK AKAN DIPECAT

Melihat kepada senario yang terjadi pada hari ini jelas kelihatan PAS negeri Kedah tidak sepakat dalam mentadbir negeri itu.

Ini jelas kelihatan apa bila 2 dari pada 10 EXCO kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak tidak di pilih semula untuk menjawat jawatan tersebut.

Ini berikutan kononnya 2 orang EXCO tersebut dikatakan merancang untuk mengguling Menteri Besar dari terus menjawat jawatan itu.

Inilah yang dikatakan kuasa, sebelum duduk di kerusi empuk dulu kesepakatan dan kemuafakatan dijadikan landasan untuk PAS mentadbir negeri, tetapi apabila sudah mendapat tempat, jawatan serta kedudukan, pelbagai masalah pula yang datang.

Bagi Sangkakala pula, walaupun ianya dikatakan dapat diselesaikan dalam masa terdekat sudah pasti ianya akan mencalarkan imej PAS kerana gagal mengurus tadbir kepimpinan PAS negeri Kedah.

Senario ini sudah pasti membuatkan Presiden PAS pening kepala dalam menyelesaikan isu tersebut walau pun Pas mengatakan isu ini akan selesai dalam tempoh terdekat.

Rasanya PAS pusat kini sedang menunggu keputusan dari 'Imam Mahdi Anwar Ibrahim' serta 'khalifah Guan Eng' untuk mengeluarkan fathwa sekali lagi sama macam yang terjadi pada Hasan Ali tempoh hari agaknya. Dan tidak mustahil Azizan akan dipecat dari terus menjadi ketua pentadbiran kerajaan negeri Kedah.



Psttt..baru tadbir negeri, belum tadbir negara, itu pun dah kecoh macam nak gila.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BILA DAH SANGKUT NAMA TENGKU MAHKOTA PUN TERBABIT

Hari ini didalam portal Malaysiakini ada tertulis bahawa ustaz Badrol Amin menyatakan bahawa Tengku Mahkota Pahang kemungkinan akan turut campur tangan dalam kes khalwat beliau.

Sampai ke Tengku Mahkota pun puak Pakatan Rakyat ni nak heret sekali bila depa buat salah? Tak patut begitu rasanya.

Beliau juga berkata Tengku Mahkota Pahang itu telah menghantar wakil untuk bertemu dengan beliau dan kemungkinan Tengku Mahkota pula berjumpa dengan beliau adalah tinggi. Ini semua berikutan Tengku Mahkota Pahang itu amat mengenali beliau secara peribadi.

Sangkakala yakin dan percaya bahawa Tengku Mahkota Pahang amat perihatin dan seorang anak Raja berjiwa rakyat. Dan Sangkakala juga ada sedikit kepercayaan bahawa Tengku Mahkota menghantar wakil untuk berjumpa dengan Badrol dalam kes khalwat ini.

Tetapi harus juga di ingat kemungkinan besar juga Tengku Mahkota berasa amat dukacita apa bila Badrol yang mendakwa dirinya amat dikenali oleh Tengku Mahkota secara peribadi di tangkap khalwat bersama isteri orang dan ianya pula berlaku di dalam negeri baginda sendiri. Tidak juga mustahil Tengku Mahkota Pahang itu murka terhadap Badrol Amin kerana telah mencemar nama baik negeri baginda yang amn dan makmur.

Sangkakala rasa ini semua hanya lakonan dari Badrol Amin yang cuba menutup kesalahan beliau dengan cara mengheret semua yang ada demi untuk menyelamatkan diri..

SERONOKNYA JADI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Kes khalwat Ustaz Badrol Amin bersama seorang wanita berstatus isteri orang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Walau pun kes tersebut dinafikan oleh Ustaz Badrol Amin, tapi apa bila pejabat Menteri Besar Selangor memberikan cuti selama sebulan kepada beliau jelas menunjukkan bahawa memang beliau terbabit dalam kes tersebut.

Sangkakala percaya, sikit masa lagi pasti kepimpinan ulamak PAS akan mengeluarkan fathwa mereka yang mana mereka akan mengatakan bahawa Ustaz Badrol Amin tidak salah.

Sama juga seperti kes-kes serupa yang berlaku terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini, dimana mengikut fahaman PAS mereka ini semua tidak bersalah dan ini semua adalah konspirasi UMNO.

Mungkin dalam kes Badrol Amin ini PAS akan mengatakan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menemui wanita tidak kira apa status mereka didalam bilik hotel walaupun jam sudah menunjukkan waktu tengah malam membawa ke subuh.

Alangkah seronoknya menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, bila ditangkap khalwat boleh tuduh konspirasi parti lain demi untuk menutup kesalahan.

Kini mungkin ada sesetengah kita akan mengatakan Badrol Amin ini liabiliti terhadap Pakatan Rakyat, tetapi dalam masa yang sama, PAS akan mengangkat mereka ini menjadi idola.


Pssttt.. Seseorang idola Pakatan Rakyat akan bermula dengan kes khalwat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 27 Februari 2012

SAH HIMPUNAN HIJAU AGENDA POLITIK PR

Melihat kepada senario himpunan hijau yang diadakan di Gebeng baru-baru ini ternyata ianya adalah salah satu lagi agenda politik Pakatan pembangkang dalam mencari publisiti.

Sangkakala terbaca didalam portal MalaysiaKini ada menyatakan bahawa Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya pada pilihan raya akan datang makan projek Nadir Bumi itu akan di tutup.

Nampak gayanya Pakatan Rakyat bukan mahu membela rakyat seperti yang dirancang dan diperkatakan sebelum ini tetapi dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar itu jelas mereka akan menjahanamkan negara.

Sangkakala berpendapat begitu kerana jika kilang Lynas ditutup maka beribu peluang pekerjaan akan terhapus sedangkan pakar nuklear dari dalam dan luar negara telah menyatakan bahawa kilang nadir bumi itu tidak membawa masalah berikutan dengan aspek keselamatan yang begitu dititik beratkan.

Mereka bukan sahaja akan menghapuskan peluang kerajaan tetapi mereka juga telah menakut-nakutkan pelabur dari luar untuk melabur ke dalam negara ini.

Sangkakala menyeru kepada semua supaya berfikir sejenak, adakah ini kemajuan yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat?

Adakah Pakatan Rakyat mahu melihat lebih ramai golongan muda menjadi penganggur dan tidak mempunyai pekerjaan jika pelabur-pelabur ini tidak lagi mahu melabur ke Malaysia?

Ini semua adalah agenda jahat yang telah difikirkan oleh Pakatan Rakyat untuk membolehkan mereka memerintah negara.

Kita hnya nampak apa yang ada pada hari ini, sedangkan untuk hari esok Pakatan Rakyat telah cuba tentukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GENERASI FELDA HARUS SEDAR

Sangkakala tertarik dengan isu FGVH yang begitu kuat di perkatakan sekarang. Begitu ramai dikalangan generasi kedua dan ketiga Felda menentang penyenaraian FGVH ke bursa saham. Tapi apa masalah yang sebenarnya?

Untuk menentang sesuatu perkara yang baik bagi semua gerasi Felda, pernahkah generasi kedua dan ketiga ini cuba untuk mengingati semula sejarah tentang Felda dari pada ianya mula-mula ditubuhkan dahulu hingga kini? Mungkin ramai yang telah lupa tentang sejarah ini dan generasi kedua dan ketiga ini tidak mengkaji serta mencari apa bagaimana sejarah Felda serta peneroka berganding bahu bersama-sama dalam memajukan negara.

Felda telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan diaktifkan pada 1958 dengan bermodalkan RM 10 juta, Lurah Bilut adalah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/ Lurah_Bilut

Semasa kawasan ini dibuka, begitu banyak halangan dan dugaan ditempuhi bukan sahaja oleh para peneroka tetapi juga kakitangan serta pihak pengurusan Felda itu sendiri. Daripada serangan binatang buas hinggalah dengan masalah bencana alam.

Tahukah semua anak-anak Felda masa kini, bahawa semasa peneroka mula-mula masuk ke tanah rancangan Felda mereka ini tidak mempunyai apa-apa kerana adalah menjadi polisi Felda untuk membantu golongan-golongan yang benar-benar miskin khususnya orang melayu untuk membolehkan golongan ini mendapat sebidang tanah ladang dan tapak untuk perumahan mereka di dalam kawasan rancangan.

Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan berumur diantara 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk berladang.

Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.

Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan.
Kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

Mari kita lihat, Felda telah memilih mereka-mereka yang berada di kawasan-kawasan pedalaman yang sebelum itu bekerja sebagai petani atau bekerja mengambil upah atau secara pawah di tanah-tanah orang yang mempunyai kebun atau ladang mahu pun sawah padi. Kawasan kediaman mereka pula didirikan dipinggir-pinggir ladang dan disitulah mereka membesarkan anak-anak dan hidup dalam sebuah keluarga. Golongan-golongan ini adalah golongan sasaran Felda dalam melaksanakan projek perladangan rakyat mereka.

Jika diingatkan sejenak, semasa kedatangan keluarga-keluarga ini ke ladang-ladang Felda atau ke tanah-tanah rancangan, mereka tiada apa-apa yang mampu dibawa bersama, hanyalah tikar bantal serta pakaian. Disini jelas kelihatan peranan Felda dan kerajaan dalam membantu para peneroka untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka supaya dapat diteruskan. Bantuan sara hidup diberikan sementara hasil tanaman mengeluarkan hasil tidak kira getah mahu pun kelapa sawit.

Tidak ketinggalan juga kerajaan telah menyediakan khidmat pendidikan yang membolehkan anak-anak Felda belajar serta mendapat pendidikan yang sempurna pada hari ini. Hingga kita dapat melihat pada hari ini juga berapa ramai anak-anak Felda telah menjadi orang-orang besar dan berjaya tidak kira didalam pentadbiran kerajaan dan tidak kurang juga dalam bidang perniagaan.

Juga tidak boleh dilupakan ialah khidmat anggota keselamatan yang bertindak menjaga keselamatan peneroka-peneroka dari serangan komunis yang berleluasa pada ketika itu, mereka ini juga perlu diberikan penghormatan diatas jasa-jasa mereka.

Sangkakala lihat disini, sudah terlalu banyak kebaikan dan budi yang telah diberikan oleh Felda serta kerajaan kepada rakyat khususnya peneroka-peneroka Felda. Tetapi apa yang menghairankan Sangkakala ialah, kenapa masih ada segelintir atau sebahagian dari anak-anak Felda masa kini yang terikut-ikut dengan hasutan pembangkang, tidakkah mereka tahu bahawa pembangkang memang mahu menjahanamkan setiap usaha kerajaan dalam memajukan rakyat. Hari ini kita lihat bahawa YAB Perdana Menteri sendiri pada Sangkakala telah menyambung perjuangan ayahanda beliau yang juga adalah pencetus idea mewujudkankan projek perladangan rakyat ini dalam membela serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya peneroka-peneroka ini.

Sangkakala berharap agar peneroka-peneroka khususnya dari golongan-golongan kedua serta ketiga ini supaya sedar dari mana mereka datang, bukan apabila semua telah ada, maka semua pihak datang untuk tunjuk pandai dan mengatakan bahawa mereka bijak dalam semua perkara.

Ahad, 26 Februari 2012

MB PAHANG KATA DEMOTUORISM

Sangkakala dapat berita dari PPUIM yang mengatakan himpunan aman hijau yang berlangsung di Kuantan Pahang hari ini tidak mendapat sambutan.

Ini berikutan sasaran kehadiran tidak dapat dicapai dari apa yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat.

Himpunan Hijau menyaksikan kehadiran kurang dari 3000 orang sedangkan sasaran mereka jumlah kehadiran pada hari ini akan melebihi 20'000 orang. Dan Sangkakala juga diberitahu bahawa yang membuatkan ianya ramai adalah kerana kesemua mereka membawa anak-anak kecil sekali untuk hadir.

Rata-rata peserta Himpunan Hijau di Kuantan yg membawa anak-anak kecil serta kanak-kanak merupakan salah satu eksploitasi kanak-kanak dalam demo yg berkepentingan politik yg ternyata telah melanggar salah satu daripada 12 syarat kelulusan permit yg telah di tetapkan oleh pihak Polis.

Apa yang penting ialah mereka gagal kerana target mereka 26 ribu. Itu pun sebahagian besar adalah org luar yg dtg dari seluruh Malaysia. Tidak mengambarkan sokongan Rakyat Pahang keseluruhannya. 90% adalah berbangsa cina.

Dalam pada itu juga, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata "Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini. Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang".

"Kedua, pihak berkuasa terutama PDRM dan MPK telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar."

"Ketiga, gerakan Anti Lynas yang berselindung di bawah nama Hijau nyata tidak laku. Rakyat tidak percaya dengan Pembangkang yang menabur cakap bohong pada setiap masa dan setiap tempat."

Beliau juga berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism.

Betul juga kata Datuk Seri Menteri Besar tu, rugi juga Pahang bila depa kurang sambutan, kalau ramai lagi baik.

Walau apa pun Sangkakala ucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang yang telah membuktikan bahawa semua rakyat di Malaysia boleh menunjukkan rasa tidak puas hati dengan apa juga cara sekali pun selagi ianya mengikut lunas undang-undang kerajaan dan pihak berkuasa.

FAKTA SEJARAH MELAKA PERLU DIUBAH

Sangkakala berjalan-jalan di Jonker Walk Melaka semalam. Semasa dalam perjalanan dikawasan jualan tersebut, Sangkakala terpandang sebuah makam yang dipercayai makam Hang Kasturi salah seorang pahlawan Lagenda 5 beradik seangkatan dengan Hang Tuah yang menjadi lambang kepahlawanan Melayu.

Sangkakala terpanggil untuk masuk ke dalam kawasan makam walau pun jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.

Bukan kerana apa, Sangkakala ingin menyedahkan al-fatihah untuk arwah.

Apa bila Sangkakala sudah berada didalam kawasan makam, Sangkakala ternampak papan kenyataan yang terletak di sebelah kiri pintu masuk makam.

Sangkakala membaca dengan teliti setiap ayat dan baris perkataan yang tertera di situ, apa yang menjadi pertanyaan Sangkakala, dalam kenyataan tersebut ada tertulis yang mengatakan bahawa Hang Kasturi telah mengamuk di negeri Melaka apabila Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan akibat dari fitnah yang dilemparkan oleh Pateh Karma Seri Wijaya.

Sangkakala terfikir sejenak, sebab dalam sejarah kepahlawanan melayu ada menyatakan bahawa yang mengamuk ialah Hang Jebat kerana tidak puas hati apa bila Hang Tuah yang begitu setia dihukum mati oleh Sultan dan kerana terlalu sayangnya si Jebat pada si Tuah yang sudah dianggap sebagai saudara kandung.

Sangkakala minta kepada Jabatan Muzium Negeri Melaka supaya menyemak semula perkara ini, dan jika didapati ianya tidak mengikut sejarah asal, Sangkakala minta Jabatan Muzium mengbah semula fakta sejarah tersebut, kerana Sangkakala amat mangagumi Pahlawan 5 bersaudara ini kerana kehandalan, keberanian serta kesetiaan mereka dalam menjadi pembela.


Pssttt..Jangan sampai Tok Ali pegi tengok..nanti dia mengamuk macam Hang Jebat sebab dia amat cintakan sejarah negeri Melaka.

KENYATAAN MEDIA DATUK RAZALI IBRAHIM

Program santai penggiat media bersama Datuk Razali Ibrahim atau lebih mesra di panggil dengan panggilan DRI malam tadi menyaksikan begitu ramai kehadiran penggiat media dari seluruh pelusuk negeri Melaka dan Johor.

Majlis program telah diadakan di medan ikan bakar Umbai Melaka.

Dalam temubual bersama wartawan dan para blogger, DRI telah diajukan dengan soalan tentang persaingan diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasinal pada ketika ini.

Dalam menjawab soalan tersebut, DRI telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat pada hari ini telah cuba untuk mengaburi mata golongan muda khususnya belia dengan meletakkan calon-calon muda dan mengatakan mereka menghargai golongan itu. DRI juga berkata ini masalah yang melanda apabila Pakatan Rakyat kini telah ketandusan pemimpin yang lebih berumur kerana ramai pemimpin dalam golongan tersebut telah keluar dari parti dan tidak lagi mahu mengikut Pakatan Rakyat kerana mereka merasakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu untuk membela rakyat seperti mana yang di war-warkan oleh mereka selama ini.

Beliau juga menjawab pertanyaan tentang ahli atau pemimpin UMNO serta komponen Barisan Nasional yang memboikot calon pada pilihanraya, beliau berkata bahawa kepimpinan UMNO dan BN kini telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu tersebut dan jika didapati sesiapa juga yang cuba memboikot calon pilihanraya maka tindakan tegas akan diambil walau pun sebelum ini tindakan sama telah dijalankan tetapi hukuman kali ini mungkin akan bertambah berat.

Mejawab pula pertanyaan tentang kedudukan negeri Johor yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional pada ketika ini akan diserang habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang, beliau menyatakan bahawa memang pembangkang akan cuba sedaya upaya dalam menakluki negeri tersebut kerana keunikan yang terdapat di negeri Johor.

Beliau juga berkata bahawa beliau amat yakin yang mana pengundi Johor amat bijak dalam memilih kerajaan dan rakyat Johor tidak akan sanggup negeri itu menjadi seperti negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kerana di pimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Sabtu, 25 Februari 2012

KHALWAT OH KHALWAT

Berita gempar yang sedang diperkatakan oleh ramai para bloggers pada hari ini berkisar tentang tertangkapnya Dr Badrul Hisham, seorang pemimpin yang dulunya pernah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim seperti Imam Mahdi.

Yang lebih menyedihkan lagi, kes ini serupa dengan kes yang berlaku juga tak berapa lama dahulu yang mana ianya melibatkan Salahudin Ayub atau Din Pudu.

Badrul yang sudah mempunyai 2 isteri ketika ini di tangkap oleh suami wanita yang dikatakan bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang ditangkap ketika berdua-duaan di Swiss Garden Hotel jam 3 pagi.

Walau pun kes ini cuba sedaya upaya ditutup oleh pihak PR ternyata bangkai gajah tidak mampu disorok.

Agaknya pemimpin PR memang macam ni perlakuan mereka. Mengambil kesempatan atas nama perjuangan hingga lupa batas-batas agama yang mereka junjung. Bercakap denga mukadimah ayat-ayat Al-quran tapi berselindung di sebalik topeng syaitan.

Tapi seperti yang semua kita maklum, kes ini masih disiasat dan kita masih belum tahu apa kejadian yang sebenarnya. Cuma kalau betul kes ini terjadi, Sangkakala berharap agar rakyat khususnya para pengikut PR dan pengundi supaya memikirkan semula jika hendak memberi undi kepada parti yang mempunyai pemimpin sebegini.

Tapi Sangkakala yakin bahawa Nik Aziz akan mengeluarkan fathwa tentang kes khalwat yang sering kali melanda kepimpinan PR.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 24 Februari 2012

MUDAHNYA SAIFUDDIN BERCAKAP

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata bahawa penafian Datuk Seri Hishamuddin tentang perlakuan segelintir pemuda yang membuat kacau semasa ceramah PR di Sembrong adalah naif.

Beliau berkata, selaku Menteri Di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin boleh mengarahkan siasatan dijalankan dengan segera dan tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan kes tersebut, bagi Saifuddin tempoh seminggu sudah memadai kerana si pelaku dikenali oleh penduduk.

Ini bukan diambil kira siapa menjadi Menteri Dalam Negeri, ini semua diambil kira dalam segi penyiasatan oleh pihak Polis dan pihak Polis mempunyai prosedur sendiri dalam menjalankan sisatan.

Jika dilihat kepada kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari pula, kenapa pemimpin PR tidak mendesak supaya ianya diselesaikan secepat mungkin, si pelaku (Anwar) juga dikenali oleh mangsa (Saiful). Kenapa tidak diminta supaya kes itu disiasat dalam tempoh seminggu atau sebulan?

Saifuddin hanya cuba untuk menajdikan ini sebagai isu untuk menghentam kepimpinan Datuk Seri Hisham tambahan pula kes tersebut berlaku di Sembrong. Dan satu lagi, Saifuddin mungkin lupa bahawa tidak mustahil si pelaku bagi kes Sembrong diupah oleh puak PR sendiri demi menjatuhkan imej dan kredibility Datuk Seri Hisham selaku Naib Presiden UMNO Malaysia.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JAWAPAN TEPAT DARI TUN MAHATHIR

"Kita tidak ada hubungan diplomatik dan urusan perdagangan dengan Israel" itu antara kata-kata Tun Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia semasa disoal oleh wartawan tentang hubungan antara Malaysia dengan Israel semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa jika ada hubungan perniagaan ianya adalah berpunca dari pihak ketiga yang mana barangan dari Israel di import masuk terlebih dahulu ke negara mereka kemudian di eksport semula ke Malaysia.
Secara teorinya memang itu yang terjadi, seperti contoh jika sesebuah perniagaan milik Israel tetapi perniagaan tersebut didaftarkan di negara lain, kita tidak berdaya untuk menolak lebih-lebih lagi jika ianya adalah permintaan dari rakyat kita sendiri.

Begitu juga dengan dua buah kapal yang didakwa di punyai oleh syarikat Israel yang dikatakan memasuki pelabuhan Klang baru-baru ini, kapal tersebut didaftarkan di negara lain dan bukannya di Israel. Jika kapal tersebut membawa barangan keperluan dari negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Malaysia maka kita tidak boleh menidakkan kapal tersebut untuk berlabuh dengan syarat kelasi atau anak-anak kapal tidak dibenarkan mendarat sama sekali.

Tun Mahathir juga mengakui bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Israel dan dalam surat tersebut jelas menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan dengan Israel selagi Palestin tidak dibebaskan dari Rejim Zionis itu. Ini berikutan dari pada surat yang telah dihantar oleh Perdana Menteri Israel kepada beliau semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Beliau juga menjawab tohmahan dari pihak pembangkang dimana pembangkang telah mengatakan bahawa Malaysia menjual minyak sawit kepada Israel, beliau menjawab itu semua adalah urusniaga pihak ketiga di mana jika mereka menjalin hubungan dagang kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.

Sangkakala berasa lega dengan jawapan Tun kerana dalam jawapan itu telah terungkai semua yang terbuku jauh di sudut hati rakyat Malaysia. Diharap selepas ini isu Israel dengan kerajaan ditutup dan isu tentang Anwar resolusi keselamatan Israel harus dibincangkan.


Pssttt..masa Anwar jadi TPM..agak2 dia ada tak berkomunikasi dengan pemimpin Israel? Akaun keluarga beliau di bank Israel tu nak buat macam mana? Tolong jawab sikit.

BUDAYA BARU PAKATAN RAKYAT

Sejak akhir-akhir ni kita selalu didengarkan tentang jemputan atau cabaran untuk diadakan sessi Debat diantara pihak Pakatan Rakyat dengan kerajaan.

Tidak kurang juga yang mencabar Perdana Menteri untuk menyahut cabaran debat oleh mereka.

Baru-baru ini juga, Presiden PAS sendiri telah mengatakan bahawa beliau juga sanggup untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Sangkakala nak bagi cadangan, apa kata jika PAS, DAP dan PKR berdebat dengan UMNO, MIC dan MCA dalam satu masa serentak, isu yang perlu dibangkitkan bukanlah tentang agama atau bangsa. Lebihkan kepada kerakyatan, apa yang kerajaan telah buat, dan apa yang puak Pakatan Rakyat rasa tak puas hati, itukan lebih baik, baru le ada kemajuan dalam menjana pendapatan rakyat atau sebagainya.

Hari ini di dalam MalaysiaKini juga dibangkitkan isu soal debat berkenaan dengan Felda, pihak Pakatan Rakyat mencabar Pengerusi Felda serta Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat tentang isu yang melanda Felda pada ketika ini.

Bagi Sangkakala cabaran ini boleh di sahut oleh salah seorang diantara mereka berdua, ini kerana Felda serta kerajaan sedang cuba mencari jalan untuk menambahbaikkan taraf ekonomi serta pendapatan peneroka-peneroka Felda dan ini perlu didedahkan.



Pssttt..Sangkakala pun tunggu juga siapa nak ajak debat..sapa kalah belanja makan kat Kg Bharu..hehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HASAN ALI REBAH

Datuk Dr Hasan Ali yang pernah menjawat jawatan EXCO kerajaan Negeri Selangor satu masa dulu kini giat menjalankan promosi tentang NGO yang beliau ilhamkan iaitu JATI.

JATI ditubuhkan setelah beliau dipecat dari jawatan EXCO kerajaan negeri dan sebagai ahli PAS.

Kini beliau dilihatkan seperti tidak mempunyai apa-apa kekuatan lagi. Mungkin berceramah disana sini mencari publisiti atau ada agenda politik tersendiri.

Jika dilihat semasa awal pemecatan beliau dulu, beliau masih lagi mengatakan bahawa hati,jiwa dan raga beliau masih lagi bersama PAS.

Tapi pada ketika ini beliau lebih banyak mengharap kepada penyokong UMNO untuk hadir ke tempat-tempat beliau mengadakan ceramah.

Kini beliau mengumumkan pula bahawa beliau ada bukti pembaptisan dijalankan di negeri Selangor. Persoalannya kenapa sekarang baru wujud perkara-perkara seperti ini? Beliau juga ada berkata bahawa didalam PAS ada Parasit dan beliau ada menyebut beberapa nama parasit tersebut.

Setiap kali ceramah, Dr Hasan Ali hanya akan bercerita tentang bagaimana bapa beliau dulu mengajar beliau, dan cerita ini berulang-ulang di setiap kawasan.

Belum lagi kedengaran apa yang sepatutnya didedahkan oleh Dr Hasan Ali, sebagai contoh Bai'ah calon-calon PAS semasa dipilih untuk menjadi calon dan bagaimana pula dengan fatwa-fatwa yang dikueluarkan oleh dewan ulama PAS selama ni.

Perlu diingat disini semasa beliau berkhidmat dengan Biro Tata Negara dulu, beliau mengatakan bahawa UMNO dan BN itu bagus. Kemudian bila beliau menyertai PAS mula beliau bercerita tentang keburukan UMNO.

Sekarang nak cerita balik kebaikan UMNO pada beliau mungkin dah tak berani lagi disebabkan malu kerana dulu dah terlepas cakap.


Psstt..nanti Sangkakala sambung lagi cerita ni..

Khamis, 23 Februari 2012

JAMIL KHIR TAK LAYAK JADI MENTERI ATAU AHLI PARLIMEN

Kali ni Sangkakala akan melawan arus, jika posting sebelum ini Sangkakala banyak memihak kepada kerajaan atau pemimpin kerajaan, tapi kali ini Sangkakala rasa perlu bersuara demi keutuhan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Ikuti apa yang Sangkakala nak perkatakan disini.

Dari pada seorang penjawat awam kini beliau telah bergelar seorang Menteri, dan diletakkan sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri itulah Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) yang dulunya bertugas sebagai Pegawai Pemerintah di dalam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia .

Apa yang dikhuatiri adakah portfolio beliau pada hari ini selayaknya dijawat hanya semata-mata beliau diakatakan arif tentang agama islam?

Kini dengar cerita beliau sedang sibuk melobi kepimpinan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri memandangkan tempoh masa beliau menjadi senator sudah hampir tamat dan tambahan pula musim pilihanraya umum sudah tiba.

Sangkakala juga ada dengar cerita sekarang beliau kini sibuk bercerita bahawa Perdana Menteri berkehendakkan beliau di kawasan tersebut. Jika benar Perdana Menteri sudah memberikan mandat kepada beliau, kenapa perlu beliau canang sana sini tentang perkara itu.

Jika beliau benar-benar ingin berjuang untuk menegakkan agama islam dalam kerajaan, kenapa perlu beliau pergi ke bahagian dimana beliau menjadi ahli kepada UMNO dan bertindak menghasut ahli2 dibahagian tersebut untuk memilih beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO dan seterusnya sudah pasti beliau akan mengharapkan supaya dipilih sebagai calon Ahli Parlimen.

Ini tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang membawa imej keagamaan khususnya agama islam dalam kerajaan.

Perlu ingat, bahawa jawatan yang ada kini hanyalah dilantik dan bukan dipilih oleh rakyat, jika bertanding nanti mampukah beliau menjadi winable candidate seperti yang di kehendaki oleh Perdana Menteri, atau nanti kenangan hanya tinggal kenangan.

Sedangkan baru diletak sebagai Senator bermacam hal sudah mampu dibangkitkan oleh pihak pembangkang, mampukah nanti Perdana Menteri bertindak sekali lagi menjernihkan kekeruhan yang diciptakan oleh beliau.


Harap-harap Perdana Menteri pertimbangkan sehalus-halusnya perkara ini, bukan semua Senator bila diletakkan sebagai calon mereka mampu memberi kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Cerita ini tidak habis disini, masih ada lagi yang Sangkakala akan dedahkan nanti. Nantikan sambungan kisah Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari Sangkakala..

HIMPUNAN RETORIK

Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Dato' Azizan MB Kedah, Nurul Izzah dan beberapa Pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan Check In di Swiss Garden, Sg Karang Kuantan pada 24 hingga 27 Febuari 2012 ni.

Ini semua ada kaitannya dengan Himpunan Hijau oleh Save Malaysia yg Anti LYNAS pada 26 Febuari 2012 ni yg akan mengumpulkan 26,000 ribu org di Padang MPK depan Masjid Negeri. Ini adalah agenda Pakatan Rakyat utk menawan Pahang.

Mereka ini yang sebenarnya bukan benar-benar memperjuangkan hak rakyat atau kepentingan rakyat, tetapi mereka mempunyai agenda tersendiri dimana mereka ingin menampakkan kepada rakyat bahawa mereka adalah pembela.

Percaya atau tidak, mereka akan membiarkan rakyat jika mereka berjaya menjadi pemerintah. Tidak mustahil juga, keadaan menjadi buruk jika mereka ini menjadi kerajaan.

Sebenarnya himpunan ini hanyalah retorik semata-mata. Lynas didapati tidak merbahaya kepada penduduk malah dengan terbinanya kilang ini, maka penduduj setempat mendapat sedikit sebanyak keuntungan dari segi perniagaan dan pekerjaan, dimana sudah pastinya peluang pekerjaan untuk anak-anak muda setempat terbuka luas, perniagaan pula akan berkembang pesat ekoran dari penambahan penduduk di kawasan tersebut.

Jadi dimana salahnya? Mereka cuba menakut-nakutkan penduduk di sekitar kawasan Lynas agar projek ini tidak menjadi kenyataan dan peluang pekerjaan sudah pasti tertutup semula.

Ini akan tambah menyusahkan lagi rakyat, dimana kata-kata mereka bahawa kebajikan rakyat itu adalah kepentingan kepada Pakatan Rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KECAM UMNO TAPI TIDAK ANWAR

Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini berkata didalam portal MalaysiaKini bahawa PAS mengecam UMNO yang dikatakan menjalankan hubungan perniagaan denga Israel sedangkan rejim Zionis itu berterusan membunuh rakyat Palestin.

Kenapa PAS perlu mengecam UMNO? Kenapa tidak kepada Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan berkata bahawa beliau menyokong tindakan keselamatan Israel?

Sangkakala nampak PAS lebih takut kepada Anwar mungkin kerana beliau mempunyai kemahiran dalam menipu serta membohon kepimpinan PAS tambahan pula apabila Anwar Ibrahim berjumpa dengan Nik Aziz kelmarin.

Kecaman ini bermula akibat dari kemasukan dua buah kapal yang didakwa kepunyaan Israel ke pelabuhan Klang baru-baru ini.

Apa yang menghairankan PAS terus-terusan mengatakan bahawa kemasukan kapal ini berhubung kait dengan hubungan perniagaan. Sedangkan hubungan diantara Anwar dengan Israel tetap disembunyikan oleh PAS.

Sebagai contoh, tak berapa lama dahulu ada didedahkan akaun simpanan keluarga Anwar yang bernilai jutaan dollar di bank Israel. Kenapa itu tidak di jadikan kayu pengukur siapa yang bekerjasama dengan negara haram tersebut?

Nampaknya PAS masih lagi tidak matang dalam perjalanan politik. Yang nyata disembunyikan dan yang tidak wujud di keluarkan demi untuk menyelamatkan Imam Mahdi mereka itu.

Nasihat Sangkakala begini, jika hendak mengecam sesuatu tindakan, kajilah dulu sebaik mungkin, jangan sampai nanti kita telanjang sendiri tanpa kita sedari.

HARI BERDARAH BUKIT KEPONG

Al-fatihah, tarikh yang sama dengan hari ini pada 23 February 1950 telah terjadi satu peristiwa yang pasti tidak akan dilupakan oleh penduduk Bukit Kepong apatah lagi pasukan Polis yang berkhidmat pada ketika itu.

Kejadian yang menyayat hati ini telah menyaksikan kekejaman Komunis dalam perjuangan bersenjata mereka untuk menjadi pemerintah di negara ini.

Gambar yang Sangkakala letakkan di sini Sangkakala ambil dari laman blog kairulizwan.wordpress.

Mungkin yang seusia dengan Sangkakala tidak mengetahui kejadian ini kerana masih belum di lahirkan lagi. Tetapai peristiwa sejarah Bukit Kepong ini telah diadaptasi oleh Tan Sri Jins Samsudin dalam filem Bukit Kepong sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan dan pengajaran kepada semua tentang betapa kejam dan hinanya perjuangan Komunis.

Sangkakala juga pernah mengeluarkan artikel tentang kekejaman komunis satu ketika dulu dimana Sangkakala telah mengeluarkan kenyataan dari seorang bekas angkatan tentera yang berkhidmat semasa komunis masih bermaharaja lela dihutan2 semenanjung.

Kerana itu jugalah, Sangkakala merasakan bahawa adalah amat tidak bermoral apabila seorang pemimpin dari PAS yang baru saja memegang jawatan kedua tertinggi telah menidakkan bahawa pejuang-pejuang yang telah terkorban di Bukit Kepong sebagai wira negara, malah beliau mengangkat orang yang telah menjadi petualang pula dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan kononnya.

Jadi disini, Sangkakala menyeru kepada semua anak-anak muda yang seumur dengan Sangkakala (bawah 40 tahun) supaya kita sama-sama mempertahankan tanah air ini walau dengan apa cara sekalipun.

Janganlah kita gadaikan tanah bertuah ini yang pernah di banjiri dengan darah dan keringat pejuang kita dahulu sewenang-wenangnya. Jika kita tidak mampu memberi kebebasan, kita kekalkanlah kebebasan itu, tinggalkan serta wariskan keamanan negara ini kepada waris kita kelak supaya nanti mereka tidak berkata tentang kita yang gagal mengekalkan keamana untuk mereka.

KENYATAAN DATUK RAZALI IBRAHIM TENTANG NIK AZIZ BERASAS

Semalam Sangkakala telah dikirimkan oleh seorang sahabat pautan laman YouTube berkenaan kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (gambar) iaitu Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta disiarkan juga didalam Buletin Utama TV3.

Sila buka pautan http://www.youtube.com/watch?v=S9_nA0jfEHE&feature=autoshare

Setelah Sangkakala dengar apa yang diperkatakan oleh beliau memang ada kebenarannya dan tidak boleh lagi dinafikan.

Dalam kenyataan itu Datuk Razali Ibrahim atau lebih mesra di panggil DRI telah menyatakan bahawa Majlis Syura PAS telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataan beliau tentang keselamatan negara itu atau mengambil tindakan saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Tetapi nampaknya kata dua ini langsung tidak diguna pakai oleh Anwar dan ini menunjukkan betapa egoisnya Anwar Ibrahim yang selama ini kononnya begitu rapat dengan ulama-ulama PAS.

DRI juga menyebut bahawa Anwar Ibrahim sepatutnya memberi penjelasan kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Syura Ulama dan bukan hanya kepada Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS itu pun dilakukan secara tertutup. Penjelasan itu bukan sahaja perlu diberi kepada Nik Aziz, malah ianya juga perlu diberi kepada Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Sangkakala amat bersetuju apabila DRI membidas Nik Aziz yang seolah-olah menyembunyikan perkara sebenar tentang apa yang dibincangkan diantara beliau dengan Anwar.

Sangkakala melihat disini, seorang ulama yang disegani di dalam parti sanggup meneyembunyikan apa yang telah diperkatakan semasa dalam perbincangan diantara mereka berdua.

Lagi pun Sangkakala melihat bahawa pemimpin Pakar Kelentong Rakyat (PKR) itu mungkin telah menjanjikan sesuatu hinggakan Nik Aziz tidak lagi berani memperkatakan tentang negara haram Israel. Jika Anwar menyokong negara haram tersebut, maka PAS juga boleh diiktiraf sama memberi sokongan walaupun dengan cara menyokong kenyataan Anwar Ibrahim.

Pssttt..Anwar dah bayar pada Nik Aziz kot pakai duit Israel..apa kira janji masyuukk.

ADUHAI MEDIA SOSIAL

Sangkakala secara peribadi menyokong artikel yang dikeluarkan oleh TaipingMali dalam blog beliau, yang mana dalam bolg tersebut ada menyebut tentang kepincangan program Konvension Media Sosial 1Malaysia atau MyVo1ce yang secara rawaknya Sangkakala rasa memang dari hasil usaha serta pemikiran ahli jawatankuasa 1Agenda.

Sila baca disini http://taipingmali.blogspot.com/2012/02/isu-panas-1-agenda-dan-myvoice.html?m=1

Ini kerana, Sangkakala juga terlibat walaupun tidak secara langsung di dalam 2 konvension yang telah dijalankan sebelum ini.

Sangkakala juga bersetuju dengan pendirian 1Agenda untuk menarik diri dari menjadi sebahagian dari urusetia konvension tersebut, ini disebabkan oleh kewujudan 1Agenda adalah untuk menyatukan semua bloggers dan penggiat media maya untuk berpayung di bawah satu badan, dan 1Agenda ditubuhkan serta didaftarkan atas dasar tersebut dan 1Agenda berdiri bukan untuk mencari musuh atau memburukkan sesiapa.

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh TaipingMali sekiranya untuk melakukan sesuatu janganlah didedahkan kesemua sekali. Ibarat kata seorang guru janganlah ajar semua pada anak murid, simpanlah sedikit untuk kegunaan sendiri, jika semuanya diberikan pasti ada anak murid yang akan mengambil kesempatan dan inilah yang sedang berlaku kini.

Mungkin ini adalah pengajaran buat 1Agenda kerana niat atau pandangan manusia tidak sama.

Berkenaan dengan Presiden 1Agenda pula, Sangkakala dapat merasakan bahawa beliau bukanlah orang yang patut di buruk-burukkan memandangkan jawatan tersebut dilantik dan seperti kata TM, beliau tidak berkehendakkan jawatan tersebut, tetapi oleh kerana desakan dari AJK 1Agenda itu sendiri dan demi perjuangan, beliau telah mengambil tugasan itu walaupun kesihatan beliau tidak mengizinkan. Cuma Sangkakala tak tau apa yang jadi dan apa yang diprkatakan di Ayer Keroh Melaka. Tapi kalau ada yang memburukkan tu Sangkakala harap berhentilah dari buat begitu.

Sangkakala berani mengatakan begini kerana, semasa di Konvension Media Sosial 1Malaysia Siri Jelajah Negeri Pahang di Temerloh tempoh hari, Sangkakala diminta untuk memberi taklimat tentang Infobank dalam konvension tersebut. Walaupun pada asalnya Presiden 1Agenda yang sepatutnya memberikan taklimat tetapi oleh kerana beliau sudah tidak lagi berkemampuan untuk meneruskan tugasan itu akibat dari serangan demam yang pada Sangkakala boleh dikatakan teruk.

Dalam pada beliau tidak berkemampuan itu, beliau masih lagi sempat bertanyakan perjalanan konvension kepada AJK 1Agenda yang terlibat, bagi Sangkakala itu semua adalah atas rasa tanggungjawab beliau sebagai salah seorang yang menjadi penggerak kepada keberjayaan konvension di negeri Pahang, dan sekembalinya dari program tersebut beliau telah dimasukkan ke hospital dan ditahan didalam wad selama 3 hari kalau tak silap.

Akhir sekali Sangkakala ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 1Agenda yang telah berjaya mencetuskan ilham untuk menyatukan penggiat media maya dan berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam menjayakan sebuah program yang begitu besar.

Cuma satu nasihat dari Sangkakala selaku seorang sahabat, jangan putus asa, buat yang terbaik.

Isnin, 20 Februari 2012

GUAN ENG TERSUNGKUR DENGAN WANITA

Tahniah Jessie Ooi, aktivis yang berani serta bersuara lantang dalam mengkritik kepimpinan DAP di Pulau Pinang dalam siri debat diantara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau juga telah membuka mata orang-orang cina dimana beliau telah bertanyakan soalan kepada Guan Eng tentang mengrangkan beban rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Beliau berkata bahawa beliau sendiri telah melihat dimana pihak berkuasa tempatan telah bertindak menarik sebuah kenderaan dengan sebuah lori penunda pada jam 10.30 malam, sedangkan pada ketika itu tidak ada kenderaan atau lebih tepat lagi keadaan jalanraya tenang dan kenderaan yang ditunda itu tidak mengganggu atau menghalang lalulintas.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri yang di terajui oleh DAP mengatakan mereka mengurangkan beban rakyat sedangkan semua cukai kerajaan negeri seperti cukai taksiran naik dan ini sudah semestinya membebankan rakyat.

Nampaknya Guan Eng terkedu dengan hujah seorang wanita yang berkaliber serta berkarisma seperti Jessie, apa lagi nak dikatakan jika beliau melontarkan hujah dari apa yang terjadi di depan mata beliau. DAP pasti akan hancur di Pulau Pinang kerana rakyat negeri itu sudah pasti fobia dengan cara pemerintahan mereka.

DAP RAKUS YUSMADI KECEWA

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof semalam melepaskan rasa keluh resah beliau terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP di Pulau Pinang.

Ini berikutan apabila pihak berkuasa tempatan yang tidak turun padang untuk mendengar masalah rakyat.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak lagi akan bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu jika pihak berkuasa tempatan masih dengan pendirian mereka untuk merobohkan penempatan di kawasan terbabit.

Pengusiran serta perobohan kediaman di kawasan itu menurut beliau sudah berada di tahap kritikal. Beliau juga menambah bahawa kebanyakan kes kediam disitu masih lagi di peringkat mahkamah dah tidak sepatutnya PBT mengambil keputusan sebegitu tanpa memikirkan masalah rakyat.

Bagi Sangkakala ini semua adalah kehendak rakyat Pulau Pinang itu sendiri dengan cara memberikan kuasa pemerintahan kepada DAP yang sememangnya rakus untuk merampas apa sahaja yang mereka fikir boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Tahniah kepada Lim Guan Eng yang berjaya memperbodohkan rakyat Pulau Pinang seterusnya merampas hak mereka.

Ahad, 19 Februari 2012

HINDRAF UMPAMA HANTU RAYA TIDAK BERTUAN

Barisan bertindak hak-hak Hindu (Hindraf) hari ini membuat perarakan dari bulatan Masjid Putrajaya ke Kediaman Perdana Menteri.

Himpunan yang melibatkan lebih kurang 50 orang itu menyatakan bahawa mereka meminta 'urumai' atau hak sebelum Perdana Menteri meminta 'Nambikei' atau kepercayaan dari mereka.

Hindraf yang satu ketika dulu begitu lantang memperjuangkan hak-hak orang India menyepi sekian lama dan kini mereka muncul kembali apabila pilihanraya semakin hampir.

Jelas disini Hindraf hanya datang ketika musim pilihanraya, mungkin kerana mereka mengharapkan sesuatu dari Perdana Menteri semasa pilihanraya. Nanti.

Hindraf tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti komponen BN dalam menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Pemimpin Hindraf juga tidak lagi berada di Malaysia, malah telah melarikan diri keluar negara dan meninggalkan pengikut-pengikutnya disini.

Hari ini, orang India bukan lagi boleh diperkotak-katikkan kewibawaan mereka terhadap kerajaan. Mereka telah sama-sama mahu menggalas amanah yang telah diturunkan oleh generasi terdahulu dan akan mewariskannya kepada generasi akan datang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENAPA PERLU JINGGA

Baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat telah menyelar perbuatan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga yang telah membuang buku Jingga dalam satu ucapan.

Rupa-rupanya tindakan itu dibuat setelah dikaji kebaikan serta keburukan buku Jingga yang di angung-agungkan oleh pengikut Pakatan Rakyat hingga ada Pemimpin PAS telah meyamakan buku Jingga dengan surat Nabi Muhammad SAW kepada Maharaja Rom.

Dalam MalaysiaKini semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa bahawa Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.
(Sumber MalaysiaKini)

Jadi pada Sangkakala tidak salah Datuk Ahmad Maslan membuang buku yang boleh menjadikan negara ini berhutang sampai menyusahkan rakyat ke dalam tong sampah, kerana bahan yang tidak boleh diguna pakai memang disitu tempat selayaknya. Syabas Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

SAH DAP ANTI MELAYU

Malam tadi telah diadakan debat diantara Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dangan Setiausaha Agung DAP En. Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'. Debat yang telah diadakan di dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan dipenuhi 600 hadirin.

Dalam debat tersebut jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng yang mewakili DAP tidak menerima melayu sebagai kaum majoriti dan mempunyai keistimewaan di negara ini. Ini juga jelas menunjukkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU maka sistem Raja berParlimen sudah tidak akan diguna pakai lagi.

Sangkakala beranggapan begitu apa bila Guan Eng menyatakan bahawa DAP tidak menerima pakai Ketuanan Melayu dan mereka hanya memakai ketuanan rakyat. Jelas kesimpulannya disini ialah, siapakah pemimpin tertinggi negara? Bukankah negara ini dinaungi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sebagai tampuk pemerintahan dan kedaulatan? Yang mana kita juga mengetahui bahawa DYMM juga adalah ketua agama Islam dalam negara ini?

Jika ketuanan Melayu ini tidak diguna pakai dan hanya ketuanan rakyat yang diterima oleh DAP, maka DYMM Seri Paduka Baginda juga tidak diterima pakai kerana Baginda bukanlah rakyat jelata tetapi adalah Raja yang berdaulat didalam negara ini.

DAP nampaknya mahu menjadikan negara ini sebagai negara republik berPresiden seperti Indonesia, Singapura dan yang lain-lain lagi dengan cara menolak ketuanan Melayu, jelas juga disini memperlihatkan bahawa DAP tidak menghormati orang Melayu dan Agama Islam.

Kenapa Sangkakala berkata begitu? Cuba kita perhatikan disini, Malaysia sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum dan majoritinya pula adalah kaum Melayu. Ketuanan Melayu itu sendiri bermaksud bahawa pemerintah di negara ini mestilah terdiri dari golongan orang Melayu Islam dan ketua Agama Islam pula adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang sudah semestinya Melayu Islam.

Dengan penolakan ini, Sangkakala mengatakan bahawa DAP adalah parti perkauman dan tujuan mereka bersama-sama dengan PAS hanyalah semata-mata untuk mencari peluang dan ruang bagi mereka mendapatkan kuasa dengan cara mencari undi orang melayu melaui PAS, setelah itu nanti pasti PAS akan ditendang seperti anjing kurap yang tiada berguna kerana apa? Kerana DAP pasti akan menukar perlembagaan bagi membolehkan mereka memerintah secara total dinegara ini.

Memang betul kita semua tahu bahawa, untuk menukar perlembagaan negara mereka mestilah mempunyai majoriti undi 2/3 di dalam Parlimen, dan ini yang sedang diusahakan oleh DAP. Anwar ibrahim pula beserta dengan kepimpinan PKR semata-mata berpolitik untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap UMNO dan sudah semestinya mereka akan meninggalkan semua pengikut mereka apabila hasrat mereka ini tercapai kelak.

Sangkakala menasihatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya pengikut-pengikut PAS supaya berfikir secara dalam apa yang Sangkakala katakan ini. Jangan hanya kerana fikiran kita yang singkat, jangan hanya kerana dakyah yang di sebarkan maka kita menggadai maruah Agama, Bangsa dan Tanah air kita untuk mereka yang rakus dengan kuasa.

Sangkakala menyeru kepada semua, Jika tidak kita siapa? Jika tidak disini dimana? Jika tidak kini bila? Maksudnya, jika tidak kita, siapa lagi akan mempertahankan tanah air tumpah darah nenek moyang kita ini? Jika tidak disini, dimana lagi tempat akan kita tinggalkan anak cucu kita nanti? Dan jika tidak kini, bila lagi akan kita mula untuk mempertahankan bumi bertuah ini? Fikir-fikirkan lah wahai anak bangsa, jangan sudah tergadai baru rasa kecewa.

Sabtu, 18 Februari 2012

ELIZABETH WONG LETAK JAWATAN

Ustazah PR Letak Jawatan, Jangan Kata Kompirasi UMNO

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengumumkan perletakan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor serta-merta berikutan pengakuan oleh Helmi (bekas teman lelaki beliau) terhadap gambar bogelnya yang telah tersebar luas.

Helmi yang di tangkap oleh pihak emigration Indonesia baru-baru ini mengakui bahawa beliau mengambil gambar tersebut untuk simpanan peribadi beliau, walau bagaimana pun telefon bimbit yang digunakan sebagai kamera itu telah tercicir dan bermulalah penyebaran gambar tersebut.

Dilaporkan bahawa kekecuhan timbul dalam sidang media yang diadakan apabila penyokong Elizabeth bertindak berang dengan menjerit dan marah sambil mempersoalkan kenapa ADUN pilihan mereka ini terpaksa meletak jawatan. Mereka juga berkata bahawa Nik Aziz juga telah menyatakan bahawa Eli Wong tidak bersalah.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada pihak pembangkang jangan cuba menuduh BN terlibat dalam hal tersebut. Katanya insiden yang berlaku ke atas Elizabeth adalah masalah peribadi dan dalam hal dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotai olehnya dan tiada ada kena mengena dengan orang lain.

Psssstt.. Biasanya puak-puak haram ini, apa sahaja yang terjadi yang tidak elok kepada mereka akan dikatakan konspirasi

KETUA PEMUDA PAS KENA PUKUL

Dalam kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bahawa beliau amat kecewa dengan kewujudan samseng politik yang mengoyak poster dan memukul Ketua Pemuda PAS Temerloh, Muhammad Shukri Shuib (gambar) lebih kepada menunjukkan sikap parti itu sendiri.

Sangkakala pernah terlibat dengan beberapa PRK sebelum ini dan melihat dengan mata kepala serta pernah terlibat juga dengan pergaduhan dengan puak-puak PAS ini di beberapa tempat.

Sebagai contoh PRK Bukit Gantang, boleh dikatakan setiap malam ada saja provokasi dan pergaduhan di mulai oleh pengikut PAS.

Kita lihat saja selepas PRU12, apabila PR memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, beberapa ketua kampung telah didatangi secara kasar oleh pemuda-pemuda PAS meminta supaya dewan dan sebagainya diserahkan kepada mereka walau pun baru sehari mereka menang, berbeza pula apabila mereka tidak mendapat sokongan ADUN Perak, tidak ada pemuda UMNO atau BN yang pergi menyerang mereka untuk mendapatkan semula peralatan atau bangunan yang telah mereka rampas secara rakus sebelum itu.

Dalam kejadian di Taman Kaya Taiping (PRK Bkt Gantang)contohnya, pemuda atau Unit amal PAS telah mengoyakkan serta menconteng poster dan banner ceramah hingga membuatkan tercetusnya pergaduhan apabila mereka ditangkap oleh beberapa penyokong BN. Begitu juga di Changkat Ibol (prk Bkt Gantang) beberapa orang pemuda UMNO telak dikepung oleh pengikut PAS semasa mereka memasang bendera dan poster Calon BN pada masa itu.

Begitu juga dengan kejadian di Permatang Pasir dimana Sangkakala sendiri bersama rakan-rakan dari Pemuda UMNO diserang seawal jam 6 pagi oleh sekumpulan pengikut PAS dan sewaktu itu kami sedang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat subuh.

Mengikuti kisah di Bagan Pinang pula, kejadian pergaduhan telah melibatkan pengikut PR dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) apabila pengikut Pakatan Rakyat memasang atau menaikkan bendera Parti yang tidak bertanding sedangkan mengikut undang-undang SPR telah dinyatakan bahawa tidak ada bendera atau apa juga bentuk kempen dari parti-parti yang tidak diwakili oleh calon.

Di Merlimau (Melaka) pada malam akhir kempe, sebilangan pemuda dari unit amal PAS menyerang tempat ceramah BN di pekan Merlimau kononnya dikatakan masih lagi berkempen sedangkan pada ketika itu pengikut-pengikut UMNO sedang mengadakan pertandingan karaoke, takkan karaoke dengan ceramah tak boleh dibezakan agaknya.

Jika kejadian yang menimpa. saudara Muhd Syukri diambil kira sebagai serangan dari samseng politik, Ketua Dewan Pemuda PAS juga perlu mengekang tindak tanduk pengikut PR khususnya PAS agar tidak juga melakukan perkara yang sama.

Sangkakala tidak mengatakan atau mengakui bahawa penyerang dari UMNO/BN yang menyerang ketua pemuda PAS Temerloh itu. Tetapi mungkin juga dikalangan orang-orang suruhan Pakatan Rakyat itu sendiri untuk merosakkan nama Barisan Nasional.

PAS TAK MAHU RAKYAT MALAYSIA SENANG

Tuan Ibrahim Tuan Man kini sibuk menjalankan ceramah di seluruh negara dengan mengatakan kerajaan BN tidak adil kepada peruncit apa bila kerajaan telah membuka rangkaian kedai 1Malaysia yang terbukti lebih murah dan berkualiti sama seperti produk-produk yang ada di kedai runcit biasa.

Memang agaknya pemimpin PAS tidak suka jika rakyat mendapat faedah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Kertajaan BN membuka kedai 1Malaysia dengan harapan agar rakyat dapat berjimat dalam perbelanjaan harian.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan peningkatan taraf kehidupan terutama di bandar-bandar yang mana kos sara hidup semakin meningkat, apatah lagi jika mereka mempunyai keluarga besar dan hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Tentang dakwaan PAS bahawa kedai rakyat 1Malaysia ini menguntungkan MyDin semata-mata adalah tidak berasas, kerajaan sudah memberi tahu kepada semua rakyat Malaysia, sesiapa yang berminat untuk membuka rangkaian kedai rakyat 1Malaysia boleh mengemukakan permohonan.

Dalam situasi ini, Sangkakala nampak PAS cuba untuk mengelirukan rakyat dan sedang sedaya upaya untuk menggagalkan usaha kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia.

Minta-minta lah supaya pemimpin PAS ni bertaubat dan jangan lah cuba menggagalkan usaha yang baik demi rakyat Malaysia.


Pssttt..tak sangka Tuan Ibrahim jadi pencacai Anwar Ibrahim..ikut nama TUAN, tapi kalah hamba abdi lagi.

PENDUDUK PEKAN MARAH ANWAR PUNCA KESESAKKAN JALANRAYA

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa semalam berlaku kesesakan jalanraya apabila Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Pekan Pahang.

Protal itu juga melaporkan bahawa kesesakan bermula apabila orang ramai yang ingin mendengar ceramah Anwar semalam berpusu-pusu ke Ibu Pejabat PAS Pekan.

Sangkakala telah berhubung dengan seorang rakan di Pekan dan beliau mengesahkan terjadi kesesakan lalulitas hampir 5km.

Tetapi menurut kawan Sangkakala, kesesakkan itu buka berpunca kerana terlalu ramai orang yang datang, tetapi ianya adalah disebabkan kenderaan mereka yang hadir tidak diletakkan dengan betul dan tersusun. Rakan Sangkakala yang kebetulan lalu disitu sempat juga mendengar beberapa orang pemandu memaki hamun ceramah tersebut kerana dikatakan menyusahkan orang ramai serta pengguna jalanraya.

Kebetulan pula kawan Sangkakala itu adalah seorang pegawai keselamatan, beliau juga berkata bahawa semasa memohon permit untuk mengadakan ceramah, pihak Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan anggota untuk menyelesaikan masalah tempat meletak kenderaan dan mereka juga berjanji bahawa tiada kesesakan jalanraya akan berlaku.

Sekarang bagaimana pula? Memang Pakatan Rakyat ini selalu akan membohong dan menipu serta tidak bertanggungjawab dengan apa yang nereka lakukan atau perkatakan, tidak kira dari peringkat pemimpin hinggalah pengikut.

Sedar-sedarlah wahai pengikut Pakatan Rakyat , PR itu Israel Anwar itu Yahudi.

ANWAR TIPU PENEROKA FELDA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas membohongi penduduk felda di Pahang apabila menyatakan bahawa pendirian beliau terhadap Israel seperti yang di katakan adalah fitnah dari UMNO.

Beliau juga berkata bahawa Utusan Malaysia tidak belajar bahasa inggeris dengan betul kata beliau kepada wartawan MalaysiaKini.

Jelas sekali Anwar cuba menipu peneroka felda yang hadir dalam ceramah beliau dengan berkata begitu.

Mungkin dikalangan yang hadir di ceramah Anwar itu tidak faham bahasa inggeris dan mereka tidak mengetahui maksud sepertimana yang Anwar katakan dalam Wall Street Journal tentang keselamatan Israel.

Kenyataan ini dikuatkan lagi apabila Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS meminta Anwar untuk menarik balik kenyataan tersebut, atau menyaman Wall Street Journal jika benar Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan kenyataan tersebut, mana mungkin Nik Aziz memintan Anwar menarik balik atau menyaman akhbar tersebut.

Satau lagi yang peelu diingat oleh peneroka-peneroka felda bahawa, semalam sudah ada himpunan dari ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar (tentang Israel) dan merreka juga telah meminta supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka berpendapat aqidah Anwar telah terpesong jauh dengan menyokong Israel.

Begitu juga dengan Nik Aziz semalam menyatakan tidak ada kenyataan peribadi dalam menilai aqidah, apa yang pentingya sekarang ialah Anwar sudah mengeluarkan kenyataan tersebut dan itu melanggar aqidah beliau sebagai orang islan. Yang tidak menyokong perjuangan islam, bahkan beliau menyokong pula supaya keselatan Israel (musuh islam) selama ini dititik beratkan juga.

Rakyat hari ini perlu menilai Anwar Ibrahim memang pandai bermuka-muka, tidak ada sedikit pun rasa bersalah beliau apa bila melakukan pembohongan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 17 Februari 2012

PAS P.PINANG MEMANG HEBAT

Sangkakala ucapkan tahniah kepada peserta-peserta himpunan aman di Pulau Pinang siang tadi.

Ini kerana kesemua yang hadir itu telah berani menunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawasanya bukan semua pengikut PAS akan mengikut apa yang beliau lakukan dan katakan.

Peserta-peserta itu juga telah menagatakan bahwa mereka tidak lagi akan mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Mereka juga berpendapat bahawa aqidah Anwar sudah jauh terpesong dengan cara menyokong Israel walau dalam apa jua cara tidak kira melalui parti atau secara peribadi.

Mereka juga menuntut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka tidak sanggup untuk terus bersama-sama orang yang tiada aqidah.

Tahniah sekali lagi sangkakala ucapkan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NGA KOK MENG HEBAT

Jawatankuasa disiplin DAP memutuskan bahawa Nga Kok Meng Penolong Bendahari parti itu tidak bersalah dalam kes tender yang dimenangi oleh Ethon & Elthan Sdn Bhd pada tahun 2008.

Nga juga dikatakan tidak mempengaruhi jawatankuasa tender untuk kontrak lounge suit walau pun ketika itu beliau adalah EXCO kerajaan negeri Perak dan isteri beliau Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Dalam kes ini cuba kita bayangkan jika ianya terjadi kepada ECXO atau ADUN dari golongan UMNO atau BN, sudah pasti ramai dikalangan pihak pembangkang akan menyalak dan mungkin ada yang minta ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja dalam menangani kes ini.

Mana mungkin Nga tidak mempengaruhi tender sedangkan dia sebagai EXCO kerajaan negeri pada ketika itu dan isteri beliau merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat Ethon & Elthon Sdn Bhd

Jawatan kuasa itu juga mengatakan bahawa kedudukan Nga pada ketika itu juga tidak menghalang isteri beliau untuk menjadi pengarah syarikat dan itu juga tidak menjadi satu kesalahan.

Situasinya pada ketika ini ialah, tentang jawatan yang dipegang oleh Nga didalam kerajaan pada ketika itu memang boleh mempengaruhi jawatankuasa tender.

Kenapa DAP Perak tidak mahu membawa kes ini kepada SPRM supaya penyiasatan dapat dilakukan dengan lebih terperinci. Dan badan itu mempunyai banyak kaedah penyiasatan.

Mujurlah kerajaan PR di Perak tumbang apabila ada ADUN PR pada masa itu hilang kepercayaan kepada mereka untuk terus menerajui negeri dan terus bertindak meninggalkan parti, kalau tidak, sudah tentu hari ini keluarga Nga, Ngeh dan Nizar Lambai akan memenangi semua tender-tender yang dikeluarkan oleh kerajaan. Mana pembekal-pembekal lain nak cari makan kalau depa berkuasa?


Pssttt.. Lu jangan mau tipu Nga, lu kasi lu punya bini itu tender kemudian cakap tak ada pulak..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 16 Februari 2012

AHLI DAP UGUT BAKAR DIRI

"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak."

Ayat diatas biasa digunakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam mana-mana ceramah di seluruh Malaysia.

Bezanya kali ini ianya digunakan oleh seorang pelabur dalam sebuah syarikat pembalakan di Pahang yang dikatakan akan membakar diri dihadapan kediaman Menteri Besar Pahang setelah kerajaan Pahang dikatakan belum membuat pulangan bayaran kepada syarikat Seruan Gemilang.

Mahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu. Tetapi walau bagai mana pun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar.

Apa yang menghairankan Sangkakala dan yang membuatkan Sangkakala berasa musykil ialah, Gan hanyalah seorang pelabur dan setiap pelabur akan membuat perjanjian dengan syarikat yang mana si pelabur sudah atau akan melabur bagi mendapatkan peratusan syer atau saham, jadi dalam kes ini, kenapa Gan tidak menuntut kepada syarikat Seruan Gemilang kesemua pelaburan serta hasil dari pelaburan tersebut? Kenapa perlu mengugut untuk mebakar atau membunuh diri dan sebagainya? Kenapa juga Gan tidak membawa perkara ini ke mahkamah? Dan apa yang penting sekali ialah kenapa Ahli Lembaga Pengarah syarikat tidak turut sama dalam siri ugutan ini? Sangkakala nampak perkara ini hanyalah gimik politik DAP yang menyuruh pengikutnya mengambil kesempatan dari kejadian yang sedia ada.

Pssttt..Gan, kasi wa pinjam lu punya duit, lu millionair ma..

SEMUANYA FITNAH BAGI AZMIN ALI

Azmin Ali kata isu keselamatan Israel yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim adalah fitnah UMNO/BN.

Takkan itu juga fitnah UMNO/BN kot? Sedangkan Nik Aziz sendiri meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman Wall Street juga dikira fitnah UMNO kepada Anwar.

Jika perkara ini tidak betul, masakan Nik Aziz meminta Anwar berbuat begitu.

Azmin juga berkata bahawa Anwar akan berjumpa dengan Nik Aziz dalam masa terdekat untuk menyelesaika isu terbabit.

Sangkakala nasihatkan Nik Aziz pakai cawat besi, manalah tahu kalau-kalau Anwar sedang berahi masa tu, diliwatnya Tok Guru nanti.

Atau pun Nik Aziz bersedia untuk menarik balik kenyataan beliau dengan mengatakan hal keselamatan manusia perlu dititik beratkan tanpa mengira fahaman kaum atau agama sebelum Nik Aziz dipecat oleh PAS kerana tidak menyokong Anwar seperti yang terjadi pada Hasan Ali baru-baru ini.


Pssttt.. Are you ok Nik?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MENTERI BESAR KEDAH LARI TAJUK

Menteri Besar Kedah yang diminta untuk menjawab isu tentang rebet bantuan atau sumbangan kepada NGO terus lari dari tajuk asal.

Azizan berkata bahawa setiap peruntukan atau sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kontraktor atau Badan Bukan Kerajaan dibayar terus kepada syarikat atau NGO terbabit oleh Pejabat Daerah sebagai Pegawai Pengawal.

Itu semua orang tau dan maklum, tetapi apa yang di perkatakan oleh MCA tempoh hari adalah kontraktor atau NGO yang mendapat bantuan atau projek harus memulangkan wang tersebut sebanyak 25 ke 30 peratus kepada individu atau orang tertentu.

Ini bermaksud, jika sudah mendapat bayaran, buka sebelum.

"Wakil rakyat atau anggota exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik. Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka. Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri, di Alor Setar.

Dari kenyataan diatas tidak kurang juga kemungkinan bahawa ADUN atau EXCO tersebut mengenakan syarat kepada penerima sekiranya duit bantuan tersebut telah diterima maka si penerima perlu memberikan saguhati dengan cara memulangkan wang tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan oleh individu terbabit.

Kenapa la Tok Zizan ni tak boleh fikir mcm tu? Ni dia cerita ke lain pulak, macam nak salahkan Pegawai Daerah yang buat pemotongan, Tok Zizan kena sekolah balik ni, pemotongan dan pemulangan pun dia tak dapat nak bezakan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone