Rabu, 17 Februari 2016

RAFIZI RAMLI TERSALAH SERANG !! TONJOL KEBODOHAN KAITKAN FGV DENGAN TH #supportfgv

Sekali lagi si Rafizi Ramli menunjukkan bahawa beliau bukanlah orang yang cerdik dalam perniagaan saham tapi apa yang penting fitnah yang dia sampaikan dipercayai oleh segelintir orang yang juga dikalangan orang kurang cerdik.

Setelah menyerang Tabung Haji yang kononnya akan bankrap hingga menimbulkan panik di kalangan penyimpan sampai ada beberapa individu sanggup mengeluarkan simpanan mereka sedangkan Rafizi memiliki simpanan lebih 400 ribu menerima dividen yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan yang telah termakan hasutan hanya mampu untuk mengigit jari.

Kali ni Rafizi buat cubaan kedua serangan ke atas Tabung Haji dengan mengaitkan Badan Berkanun itu kononnya mengalami kerugian akibat membeli saham Felda Global Ventures Berhad.

Sangkakala baca balik apa yang Rafizi sebut dan setelah diamati maka Sangkakala simpulkan bahawa Setiausaha Agong PKR itu memang hanya mahu merosakkan Institusi dan anak anak syarikat kerajaan dalam usaha untuk memenangi pilihanraya.

Berbalik kepada saham Tabung Haji dalam FGV, memang tidak dinafikan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian tetapi itu semua kerugian atas kertas kerana Tabung Haji tidak menjual saham yang dimiliki dalam FGV dan sekali lagi Sangkakala sebut ianya adalah kerugian atas KERTAS.

Pun begitu, Tabung Haji masih lagi menikmati dividen pelaburan yang dikeluarkan oleh FGV seperti pemegang pemegang saham dan pelabur pelabur yang lain.

Jadi disitu jelas membuktikan bahawa Tabung Haji tidak mengalami kerugian kerana pelaburan mereka masih mendatangkan hasil dalam bentuk dividen yang diterima hasil dari pelaburan tersebut.

Sangkakala nak tanya sikit kat sini, sampai bila si Rafizi ni nak menipu rakyat Malaysia dan sampai bila pulak rakyat Malaysia nak percaya cakap Rafizi sedangkan kita semua tahu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan sepanjang beliau berkecimpung dalam politik.



Tiada ulasan: