Sabtu, 20 Februari 2016

MAKI AZMIN ALI SEBAB BUAT KENYATAAN BODOH DALAM SELANGORKINI #scs

Pagi tadi Sangkakala lepak minum pagi di kedai mamak, macam biasa la, pekena nescafe segelas dengan telur setengah masak.

Tiba tiba Sangkakala terpandang seorang ahli PKR yang dulunya merupakan kawan Sangkakala di kampung dan apa lagi, terus Sangkakala sapa dia dan kami pun berborak.

Dalam perbualan Sangkakala dengan beliau, Sangkakala saja bertanya tentang pendapat beliau berkenaan dengan laporan Selangorkini, akhbar rasmi kerajaan Selangor yang disiarkan setiap minggu serta diedarkan di masjid masjid sekitar Selangor hingga membuatkan jemaah hilang fokus terhadap Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib kerana asyik membaca.


Berbalik kepada sahabat Sangkakala tadi, setelah beliau melihat screen shot yang Sangkakala tunjukkan, dia dengan selamba mengatakan bahawa Azmin bukan le manusia yang ada akal, lebih dari lembu bodohnya, agak terkejut juga Sangkakala dengar apa yang keluar dari mulut sahabat ni.

Sangkakala tanya kenapa ayat macam tu keluar dari mulut beliau sedangkan beliau adalah pengikut tegar PKR dan sampai sekarang beliau masih lagi ahli parti tersebut.

Sahabat Sangkakala menyatakan bahawa kenyataan Azmin dalam akhbar tersebut adalah rekaan serta retorik semata mata sebab, apa usaha kerajaan Selangor dalam memberikan kemahiran kepada anak negeri Selangor sedangkan kerajaan pusat ada menyediakan pusat GIAT MARA sebagai tempat untuk membimbing anak anak muda lepasan sekolah untuk memperolehi kemahiran.

Sedangkan menurut beliau, UNISEL sebagai sebuah Universiti kerajaan Selangor sendiri pun cekik darah, dan ini kata beliau lagi berlaku terhadap adiknya sendiri yang terpaksa menanggung pelbagai kos untuk pembelajaran.

Dalam PKR selalu melalak melolong kononnya kerajaan perlu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sedangkan kerajaan Selangor melalui UniSEL sendiri tidak termampu untuk berbuat demikian.

Berbalik kepada screen shot tadi, sahabat Sangkakala kata, berapa ramai anak Melayu atau anak tempatan yang sanggup untuk kerja kilang? Sahabat Sangkakala ni seorang pekerja kilang di Shah Alam dan kalau tak silap dah hampir 15 tahun beliau bekerja di situ.

Di kilang tempat beliau berkerja katanya, kalau ada anak tempatan masuk pun, takkan sampai terima surat pengesahan jawatan (confirm letter) mesti dah cabut dengan alasan gaji kecik kononnya.

Dan menurut beliau lagi, berapa banyak pelabur yang melabur di Selangor khususnya pembinaan kilang semenjak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri Selangor? Dan berapa banyak peluang pekerjaan baru yang diwujudkan oleh kerajaan negeri?

Banyak lagi yang diperkatakan dan akhir perbualan kami, sahabat Sangkakala ni mengatakan bahawa beliau tersilap langkah dengan mengikut pakatan dan kini jelas serta nyata bahawa pemimpin pakatan hanya mahukan jawatan tapi bukan perjuangkan rakyat dan segala apa yang di tunjukkan kepada rakyat tak lebih dan tak bukan hanyalah untuk mengaburi mata dan memekakkan telinga.



Tiada ulasan: