Selasa, 2 Februari 2016

AFDLIN SHAUKI !!! ARTIS YANG CEMBURU DENGAN KEJAYAAN MELAYU

Nampaknya ramai yang tak berapa selesa apabila Datuk Sri Vida yang merupakan pengasas produk Qu Putih mendapat layanan istimewa di beberapa rangkaian TV di Malaysia.

Ini termasuk juga seorang artis yang kononnya akan mengkritik jika didapati sesuatu yang tidak betul sedang berlaku.


Nak juga Sangkakala tanya pada Afdlin Shauki tentang maksud 'BAGI MUKA' yang dikatakan oleh beliau terhadap TV3 tentang promosi produk Dato Vida.

Beginilah bro Afdlin, lepas ni kamu tak payah berlakon atau jadi artis lagi sebab tak berapa elok juga kalau syarikat penerbitan terlalu 'BAGI MUKA' pada kamu untuk berlakon seperti mana yang kamu katakan tu.

Untuk makluman, mana mana syarikat akan melakukan promosi bagi menambah jualan produk mereka dan dalam kes ini, Dato Vida dilihat amat ke hadapan dalam membuat promosi.

Untuk mempromosikan sesebuah produk juga bukanlah percuma dan ianya harus dibayar kepada pihak yang akan menayangkan produk produk berkenaan.

Sebagai seorang artis dan seorang pengarah filem, takkan Afdlin Shauki tak tau benda benda ni atau sememangnya Afdlin cemburu dengan perniagaan Melayu berkembang maju.

Sudah sudahlah Afdlin, nak cari populariti tu biarlah dengan usaha sendiri, bukannya dengan cara mengkritik orang lain sehingga kita dilihat sebagai artis BODOH tak tau apa.



Tiada ulasan: