Selasa, 9 Februari 2016

ADUN PAYA JARAS BUTA BUDAYA RUPANYA #SCS

Sejak semalam kecoh dalam laman sosial gambar seorang ADUN dari PAS yang mewakili kawasan Paya Jaras mengenakan pakaian ala ala dewa semasa sambutan tahun baru cina.


Kalau nak dikira dengan jawatan yang disandang dalam PAS di peringkat negeri, adalah amat memalukan seorang ADUN mengenakan pakaian sebegini walaupun dalam perayaan.

Jika pakaian tersebut adalah pakaian biasa yang dipakai oleh kaum cina boleh maaf lagi la, tapi kalau dah pakai sama macam dewa tu agak melampau.

Takkan YB Khairudin tak boleh nak beza yang mana pakaian biasa dan yang mana luar biasa. Kalau itu pun tak boleh beza rasanya tak layak nak jadi wakil rakyat.

Lagi satu Sangkakala tengok, YB Khairudin ni juga tak kurang ilmu agama, agak mustahil juga kalau tak tau hukum hakam bab berpakaian ni atau orang Paya Jaras tertipu dengan agama separuh separuh ni.

Lepas ni kita tengok apa pula si Khairudin ni nak buat.



Tiada ulasan: