Selasa, 23 Februari 2016

EXCO PBT KERAJAAN SELANGOR BUTA UNDANG UNDANG @nohomar #SCS

Nampaknya EXCO kerajaan tempatan negeri Selangor buta undang undang atau sengaja mencabar undang undang negara sehingga nampaknya dengan sengaja membiarkan papan tanda (billboard) tentang Anwar Ibrahim dibiarkan dipasang di kebanyakan tempat di sekitar negeri Selangor.


Papan tanda seperti yang Sangkakala masukkan diatas jelas berada disekitar negeri Selangor dan persoalannya adalah, adakah Anwar Ibrahim seorang tahanan politik sedangkan kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim ditahan atau dipenjarakan selama 5 tahun akibat dari salahblaku beliau meliwat pembantu pribadinya Saiful Bukhari beberapa tahun lalu.

Dengan pemasangan papan tanda yang menunjukkan bahawa Anwar seolah olah seorang tahanan politik tidak sepatutnya dipasang di negeri Selangor kerana ianya mencabar keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman keatas salah laku Anwar.

Takkan sebagai seorang EXCO tak tau tentang perkara sebegini sedangkan sudah tercatat dalam undang undang kecil PBT yang tidak membenarkan apa juga paparan berbentuk papan tanda berkenaan dengan parti.

Satu lagi yang perlu diberikan perhatian adalah kepada YDP atau Datuk Bandar dalam PBT di seluruh Selangor, adakah mereka ini juga buta undang undang dan hanya menjadi pak turut kepada kerajaan negeri tanpa memikirkan implikasi tentang pemasangan papan tanda berkenaan? Itu nanti kita cerita lain.

Apa yang Sangkakala lihat sekarang ni, kerajaan Selangor begitu terdesak mengikut telunjuk parti hingga mengabaikan undang undang dan dengan sengaja mereka ini dilihat cuba merosakkan pemikiran rakyat serta cuba memperlekeh keputusan hakim.



Tiada ulasan: