Jumaat, 19 Februari 2016

FITNAH TERHADAP @Zahid_Hamidi !! JELAS PEMBANGKANG KETANDUSAN ISU #scs

Sehari dua ni banyak disebarkan melalui aplikasi WhatsApp serta laman facebook yang menunjukkan syarikat yang dianggotai sebagai lembaga pengarah oleh YAB Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Kita pun sedia maklum bahawa ini adalah kerja kerja mereka yang ketandusan isu untuk mengaitkan atau mengaibkan Timbalan Perdana Menteri.

Tapi yang kelakarnya, ramai yang terbuntang biji mata melihat begitu banyak syarikat yang dikaitkan dan ia menunjukkan bahawa Dato Sri Zahid mempunyai akses kepada syarikat syarikat berkenaan.

Tapi seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setelah menjadi Timbalan Menteri, seorang ahli parlimen mestilah tidak mempunyai apa apa ikatan perniagaan atau perjawatan dalam syarikat swasta atau apa sahaja yang melibatkan keuntungan.

Dalam kes ini, Dato Sri Zahid telah menafikan dan mengatakan bahawa semua syarikat berkenaan dianggotai sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri dan ianya telah berlaku lama dahulu.



Jelas menunjukkan bahawa ini adalah cerita lama yang digembar gemburkan semula atau recycle news untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri dan juga jelas ianya adalah niat niat jahat yang menjurus ke arah itu.


Tiada ulasan: