Sabtu, 6 Februari 2016

AZMIN ALI KUMPUL KEWANGAN UNTUK LANGGAR WAN AZIZAH #SCS

Banyak diperkatakan tentang projek projek di Selangor yang mana ianya melibatkan kos yang agak tidak masuk akal didedahkan oleh ahli PKR seumur hidup Chegu Bard.

Pertikaian demi pertikaian dilakukan namun Azmin Ali membisu seribu bahasa tidak menjawab tentang pembinaan pembinaan dan membaik pulih beberapa bangunan di Selangor.

Sebagai contoh, baik pulih pintu gerbang yang memakan belanja hampir 10 juta ringgit dan baik pulih kubah masjid Shah Alam yang menelan belanja lebih 30 juta ringgit.

Persoalannya kenapa berlaku perkara seperti ini?


Umum mengetahui bahawa pada pemilihan PKR penggal lepas, Anwar Ibrahim telah menyelamatkan Wan Azizah dalam mengekalkan jawatan presiden parti berkenaan dengan mencalonkan dirinya sendiri merebut jawatan Presiden dan kemudiannya menarik diri pada saat akhir setelah melihat tidak ada sesiapa yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan berkenaan.

Tapi dengan terbukti kebersalahan Anwar meliwat Saiful dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun telah membuka pintu seluas luasnya untuk seseorang bertanding merebut jawatan tersebut daripada Wan Azizah pada penggal akan datang dan orang yang paling hampir sekali ialah Azmin Ali.

Kita semua telah melihat bagaimana Azmin Ali potong konar semasa pergolakan Menteri Besar Selangor satu ketika dulu dimana Wan Azizah yang sepatutnya menduduki kerusi berkenaan dinafikan apabila Azmin dengan pantas merebut peluang.

Satu kerugian telah berlaku dimana ADUN Kajang pada ketika itu yang sedang sihat diminta untuk melepaskan jawatan bagi memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk bertanding dan seterusnya menjadi Menteri Besar.

Disini sahaja sudah jelas kelihatan bagaimana liciknya Azmin Ali mengambil kesempatan. Peluang dan ruang tidak dilepaskan begitu sahaja dan apa yanh terhidang di depan mata terus dilahap dengan rakus.

Adalah tidak mustahil jika segala projek yang menelan belanja jutaan ringgit ini adalah salah satu usaha Azmin untuk mencari dana bagi menjayakan kehendak beliau untuk menjawat jawatan presiden PKR.

Dan yang menjadi mangsa pada ketika ini adalah rakyat Selangor dimana segala kekayaan dan pendapatan negeri mengalir seperti air di sungai hanya semata mata untuk memenuhi kehendak dan kemahuan.

Kita akan dapat saksikan nanti apabila sampai masanya pemilihan PKR dan pada ketika itu, Azmin akan masuk bertanding memandangka  sudah tidak ada tembok perisai untuk Wan Azizah mengekalkan jawatan sebagai Presiden.



Tiada ulasan: