Isnin, 22 Disember 2014

DOKTOR SALAH POTONG !! SIAPA YANG SALAH ???

Maklumat dari rakan Sangkakala tadi bahawa ada seorang pesakit diabetis telah menjalani pembedahan memotong jari kaki beberapa minggu lalu.


Perkara ini telah disahkan oleh doktor dari sebuah hospital perubatan yang lain dan ianya adalah amat mengecewakan sekali memandangkan sepatutnya doktor yang merawat serta melakukan pembedahan tersebut lebih peka.


Bagi Sangkakala ini adalah satu perkara yang serius kerana telah menjadi kebiasaan apabila ada kesilapan dari kakitangan hopsital maka kesalahan akan diletakkan kepada kerajaan walaupun mereka yang bertanggunjawab.

Perkara perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Sangkakala ada bertanya kepada rakan yang juga merupakan seorang doktor bahawa sesuatu pembedahan sebelum dilakukan, beberapa orang pakar akan berbincang terlebih dahulu.

Tapi bila perkara sebegini berlaku, ianya seolah olah dipandang ringan serta tidak mendapat perhatian.

Sangkakala amat berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dimasa masa akan datang kerana ianya melibatkan manusia.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika berdasarkan surat tu aja, mungkin salah faham sahaja.
Medical decision very subjective, varies among doctors to doctors, patients, hospitals, countries, situations. The transmetatarsal amputation might be done to preserve as much as possibble viable tissue, but the infections spreading to the above condition, and as mentioned, below knee amputation could be better option.