Rabu, 31 Disember 2014

@Zahid_Hamidi POLIS BANTUAN BANGUNAN KDN TAK MESRA RAKYAT

Hari ni Sangkakala pergi ke Pejabat Kementerian Dalam Negeri atas satu urusan penting.


Alhamdulillah, semua kakitangan di pejabat KDN amat bagus dan menghormati sesiapa sahaja yang hadir.

Tapi apabila Sangkakala turun ke bawah, semasa menyerahkan semula kad pelawat di kaunter pendaftaran, ada satu kejadian yang amat mengguris perasaan dimana Sangkalala dapati Polis Bantuan yang ditugaskan untuk menerima dan memberikan kad pelawat bertindak dengan agak kasar.

Tindakan tersebut tidak dilakukan kepada Sangkalala tetapi kepada seorang lagi pelawat yang mana pelawat tersebut membawa barangnya keluar dari bangunan dan ada kemungkinan pelawat ini sudah biasa dengan keadaan serta kakitangan yang bertugas.

Pelawat yang Sangkakala boleh gelarkan sebagai pakcik ini dalam nada bergurau telah meminta Polis Bantuan berkenaan membantunya dan Sangkakala anat yakin bahawa pakcik tersebut memang bergurau kerana beliau turut dibantu oleh anak perempuannya mengangkat barang berkenaan.

Tapi jawapan daripada kakitangan polis bantuan tersebut amat mendukacitakan dimana depan Sangkakala beliau telah merungut dengan mengatakan "SIAPA ENGKAU YANG AKU NAK TOLONG..ANAK ENGKAU ADA, BUAT LE SENDIRI".

Sangkakala yakin bahawa ucapan yang dikeluarkan oleh anggota polis bantuan ini bukan dalam nada bergurau tapindia benar benar serius dalam.menyatakan kenyataan tersebut sebab beliau juga bertanya kepada Sangkakala, " BETUL TAK?".

Tapi soalan dari anggota polis ini Sangkakala tidak hiraukan kerana bagi Sangkakala lontaran yang dikeluarkan oleh anggota polis bantuan ini adalag biadap.

Sebagai kakitangan di barisan hadapan yang sentiasa bersemuka dengan orang ramai, mereka perlu lebih memahami dan melayan sesiapa sahaja yang hadir ke bangunan berkenaam dengam layanan yang baik.

Kalau tak mau tolong, jangan cakap apa apa tambahan pula dihadapan orang lain seperti Sangkakala kerana ini menunjukkan moral dan kredibiliti mereka berada ditahap yang amat minima.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada mereka mereka yang bertanggungjawab dalam menentukan siapa yang berada di tempat tersebut agar menasihati dan memberikan tunjuk ajar kepada para anggota keselamatan di bangunan tersebut supaya lebih menunjukkan sikap hormat menghormati tambahan pula kepada para pelawat.

Untuk makluman, Sangkakala tidak berseorangan ketika kejadian, dan rakan yang menemani Sangkakala juga merungut dengan sikap anggota polis bantuan (wanita) berkenaan.


Tiada ulasan: