Khamis, 18 Disember 2014

AHLI PARLIMEN BELIA GAH TAK TENTU KIRA @khairyKJ

Dalam beberapa hari ni Sangkakala perhatikan ada dua perkara yang berlaku dalam kes Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Yang pertama di keluarkan kisah memakai lambang Ahli Parlimen Belia pada kereta dan heboh diperkatakan hingga beberapa rakan penulisan Sangkakala juga ada mengeluarkan artikel tentang perkara tersebut.


Kenapa perlu pakai lambang atau logo ni dihadapan kenderaan? Adakah mereka merasakan bahawa diri mereka sudah cukup hebat dengan hanya bersandarkan sebagai Ahli Parlimen Belia?

Hari ni pulak keluar le satu lagi cerita yang Ahli Parlimen Belia ni ada Setiausaha Sulit Kanan.


Begitulah kehebatan Ahli Parlimen Belia Malaysia yang tak tau lagi dimana kedudukannya.

Itu belum Ahli Parlimen sebenar, kalau Ahli Parlmen sebenar agaknya tak tau le lagi kan.

Cuma satu la Sangkakala nak tanya pada Menteri Belia dan Sukan, apa hal sebenarnya ni sampai boleh jadi macam ni? Gah sangat ke Ahli Parlimen Belia sampai Sangkakala tengok agak melebih lebih macam tu sekali?

Sedar lah, jangan kerana budak budak hingusan ni nanti, kerajaan juga yang jadi mangsa. 

Yang menjawab Kerajaan, tapi yang buat hal budak budak yang tak tau datang dari mana ni.



Tiada ulasan: