Khamis, 25 Disember 2014

@NajibRazak BUAT APA LAGI NI ??

Ramai yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menangani isu banjir di beberapa buah negeri di Malaysia.

Namun tidak ramai pula yang mahu bercakap tentang apa arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kepada agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat.


Sangkakala nak tanya sikit, kalau Perdana Menteri pergi ke kawasan yang dilanda banjir, apa yang beliau boleh buat? Melainkan agensi serta jabatan yang berkenaan juga terpaksa melakukannkerja kerja memberikan bantuan serta menyelamat mangsa, jadi arahan serta kerahan dari Perdana Menteri adalah memadai untuk melaksanakan kerja.

Tapi Sangkakala tak nampak pula dimana bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang atau kerajaan Selangor yang merupakan rakan sekutu PAS dan Kelantan ditadbir oleh PAS? Tiadakah semangat setiakawan atau semangat bantu membantu diantara ketiga tiga parti ni?


Beriya iya PAS mempertahankan tahaluf siyasi, rupa rupanya ia hanya untuk kepentingan DAP dan PKR dalam usaha mereka untuk memerintah.

Jadi sekarang PAS mungkin dah nampak apa yang jadi apabila mereka bersama dengan DAP dan PKR, masa ketawa boleh bersama, masa menangis BN juga yang datang tolong.



6 ulasan:

SolitaireHunter berkata...

Ampu pun toksah la banyak-banyak....

Awanama berkata...

mmg la ah jib gor tak payah buat apapun kalau dia ada dgn mangsa banjir tapi contohnya hang sakit, mesti hang nak mak hang ada dekat hang jugak kan. Macam tu la mangsa banjir yg ketakutan dan kerisauan, depa nak PM tnjk muka.

Awanama berkata...

Takut kena bangang lg kut..he..he..he

Awanama berkata...

Aku tak pertikaikan guan eng,anwar dan hadi pasal depa bkn perdana menteri..awat nk heret depa skli?? Depa cuma ketua dinegeri msg2...tp pm ketua seluruh m'sia...lg satu mana kita tau depa tak hantaq bantuan...klu depa hantaq pun takkan media arus perdana nk siar...

Awanama berkata...

Ini lah sama wakil rakyat kena buat keje..

Awanama berkata...

Pkr Selangor telah salurkan bantuan 1 juta untuk Kelantan...rakyat tggu pm istihar darurat....