Rabu, 17 Disember 2014

CARA KOTOR JATUHKAN KHALID IBRAHIM OLEH PKR

Jelas sekarang sudah kelihatan cara bagaimana PKR menjatuhkan kredibiliti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Pelbagai isu dicipta dan pemimpin di peringkat akar umbi menjadi jentera penggerak untuk gerakan menjatuhkan Khalid Sebagai Menteri Besar semata mata untuk menaikkan Wan Azizah pada ketia itu sebagai Menteri Besar yang baru.

Diantara yang lantang bersuara supaya Khalid meletakkan jawatan ialah Hee Loy Sian dari Petaling Jaya Selatan yang menyatakan bahawa Khalid perlu melepaskan jawatan kerana bersetuju dengab pembinaan KIDEX.


Tapi apa yang dapat kita lihat pada hari ini, KIDEX tetap diteruskan oleh Menteri Besar yang baru iaitu Azmin Ali dan apa yang kelakarnya, ahli PKR di Petaling Jaya Selatan sendiri mahukan KIDEX.

Tidak seperti di zaman Khalid mereka menentang pembinaan lebuhraya ini dan sanggup mengatakan bahawa Khalid adalah pengkhianat parti kerana bersetuju dengan pembinaan tersebut.



Khalid Ibrahim setuju tentang KIDEX diminta untuk melepaskan jawatan, yapi Azmin meneruskan KIDEX diberi pula sokongan dan ahli PKR sendiri pula minta supaya KIDEX diteruskan, apa pendirian ahli PKR tentang perkara ni?

Nampaknya kejatuhan Khalid memang dirancang dengan penuh teliti dan amat rapi serta halus permainannya.

Pembaca perlu sedar bahawa permainan PKR yang kotor ini berlaku dalam parti mereka sendiri, jatuh menjatuhkan diantara satu sama lain kerana kuasa walaupun mereka terdiri dari pemimpin tertinggi parti.


1 ulasan:

Awanama berkata...

Ini dia ciri2 ahli neraka yang mengumpat dan mengkhianati orang lain demi mengumpul harta dan kuasa duniawi untuk Ego megahnya.