Sabtu, 1 Oktober 2016

LAKONAN MB SELANGOR NAK IKUT GERAK KERJA MB NEGERI SEMBILAN GAGAL @NajibRazak @NohOmar #scs14

Semalam Sangkakala tuliskan cerita berkenaan dengan Azmin Ali yang berlakon kononnya menghantar borang permohonan lesen penjaja kepada seorang wanita muda yang di saman oleh PBT kerana berniaga tanpa lesen.


Dalam masa yang sama, Azmin Ali terlupa bahawa permasaalahan air sedang meruncing di kawasan Semenyih hingga melibatkan ribuan orang bermasaalah dalam aktiviti seharian.

Yang paling kelakarnya apabila ada pencacai pakatan mengatakan bahawa Azmin mengikut jejak langkah MB Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengambil langkah membenarkan rakyatnya berniaga.


YAB Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengarahkan pihak PBT supaya tidak menggangu mereka yang mahu berniaga di Negeri Sembilan sejak tahun 2004 [KLIK SINI] sedangkan Azmin baru sahaja pergi ke sebuah gerai yang disaman oleh PBT.

Pihak berkuasa di Selangor pula sebelum ini begitu giat melaksanakan perobohan gerai gerai di tepi jalan dan baru inilah kali pertama Azmin turun melihat permasaalahan, itu pun mungkin sebab ada nama DARA sebagai trademark perniagaan wanita muda berkenaan.



Bukan setakat itu sahaja, malah sampai ada kejadian yang hampir mencetuskan pergaduhan apabila peniaga cuba mempertahankan barangan perniagaan mereka [KLIK SINI].

Persoalannya sekarang ialah, apa yang Azmin cuba nak tunjukkan disini? Nak tunjuk prihatin? Nak tunjuk baik? Atau baik ada makna?

Berbalik kepada cerita Tok Mat Hasan MB Negeri Sembilan, beliau dengan tegas mengatakan bahawa semua PBT dalam Negeri Sembilan diarahkan supaya tidak mengganggu para peniaga kecil kecilan ini selagi mereka tidak mendatangkan masalah kepada orang ramai.

Inilah perbezaan diantara pemimpin pembangkang dengan pemimpin kerajan Barisan Nasional.








Tiada ulasan: