Jumaat, 7 Oktober 2016

AZMIN ALI MALU BESAR RAHSIA DIBONGKAR ANAK DARA @NajibRazak @NohOmar #scs14

Beberapa hari lepas, viral di media sosial terutamanya dalam facebook dan portal portal kerajaan dan pembangkang yang menunjukkan Menteri Besar Selangor turun padang meninjau permasaalahan seorang wanita muda yang berniaga nasi lemak 'anak dara'.

Pelbagai reaksi diberikan oleh pembaca dan pengguna laman media sosial yang mengatakan bahawa Azmin Ali hanya melihat anak dara yang menjual nasi lemak tetapi membiarkan mereka yang mengalami masalah ketiadaan air yang sedang berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor.

Tiba tiba sehari dua ni keluar pula kenyataan dari peniaga yang di lawati oleh Azmin yang mangatakan bahawa beliau dipaksa berlakon oleh Azmin dengan cara memberikan beliau bungkusan nasi lemak walaupun ianya adalah bekas kosong.


Dari apa yang disebut oleh Siti Hajjar, peniaga yang dilawati oleh Azmin jelas menunjukkan bahawa Azmin sebenarnya sedang berpura pura prihatin kepada beliau yang disaman oleh pihak berkuasa kerana berniaga tanpa lesen.

Sangkakala rasa semua rakyat Selangor tahu bahawa sudah banyak kes perobohan gerai gerai perniagaan di Selangor tetapi belum pernah Azmin atau exco kerajaan negeri turun melihat permasaalahan.

Tapi kenapa bila kes Siti Hajjar, dengan pantas Azmin turun padang sambil memberikan borang permohonan lesen penjaja kepada beliau sedangkan lesen tersebut setahu Sangkakala dibekukan?

Cerita pembekuan lesen penjaja ini dimaklumkan oleh beberapa orang yang pernah memohon lesen penjaja.

Mungkin Azmin merasakan bahawa jika beliau pergi melawat Siti Hajjar, maka sokongan dari golongan muda akan bertambah.

Tapi dengan kenyataan Siti Hajjar rasanya cukup jelas bahawa Azmin bukanlah ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat khususnya golongan muda.

Sangkakala akan menulis lagi tentang apa yang dikatakan bahawa Azmin menidakkan hak rakyat dan orang muda di dalam artikel yang lain nanti.

Hingga itu, mari kita gelak sama sama pada Azmin Ali yang kantoi dengan penipuan dan lakonan yang dibuat kepada Siti Hajjar.



Tiada ulasan: