Jumaat, 8 April 2016

[VIDEO] SIAPA KATA NAJIB RAZAK TAK SALAH !! #scs

Semalam laporan dari jawatankuasa kira kira awam negara telah pun dikeluarkan di parlimen dan jelas menunjukkan bahawa Dato Sri Najib Razak tidak terlibat dengan permasaalahan yang melanda syarikat 1MDB.

Walaupun diakui 1MDB mengalami masalah urus tadbir tetapi itu bukanlah melibatkan Dato Sri Najib selaku penasihat syarikat berkenaan tetapi ianya adalah masalah dalaman semata mata.


Tapi seperti biasa, para pentaksub yang cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri akan terus merasa tidak puas hati selagi hajat mereka tidak tertunai.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Najib Razak dan kini akhirnya PAC sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dalam masalah 1MDB.

Tapi tidak mustahil akan ada juga yang mengatakan "walaupun tidak terlibat tetapi 1MDB masih bermasalah dari segi tadbir urus". Maka jawapan yang Sangkakala boleh bagi ialah setiap syarikat ada masalah tersendiri. Buka kedai runcit juga ada masalah inikan pula sebuah syarikat besar yang hanya diberi suntikan modal sebanyak RM 1 juta.


Tiada ulasan: