Selasa, 5 April 2016

SYARIKAT HANTU KINI BANYAK BERKELIARAN #scs

Nampaknya Lim Guan Eng makin tersepit apabila beberapa buah syarikat yang membida kawasan tanah kontroversi Taman Manggis didapati sudah ada yang tutup dan juga ada yang muflis.

Ini menunjukkan bahawa syarikat syarikat yang selama ini membida tanah tersebut adalah syarikat yang tidak layak untuk memiliki tanah berkenaan dan ia hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dengan menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP adalah telus walaupun pada hakikat sebenar ia berlaku sebaliknya.

Laporan penuh DISINI

Mungkin Guan Eng selama ini tidak menyangka bahawa apa yang dilakukan oleh beliau di Pulau Pinang tidak akan dapat dikesan dan ianya akan berlalu pergi dengan isu isu yang cuba dikaitkan dengan Barisan Nasional.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan kini ianya menjafi hangat diperkatakan sehingga beberapa pemimpin DAP terpaksa mengeluarkan kenyataan kenyataan bodoh untuk mempertahankan 'TOKONG' tersebut.

Kisah skandal tanah Guan Eng ini bermula apabila beliau membeli sebuah 'BANGLO TANPA KOLAM RENANG' dengan harga yang amat murah dibawah harga pasaran semasa dan beberapa kenyataan untuk menghalalkan pembelian banglo tersebut dikeluarkan oleh pemimpin DAP seperti FENG SHUI TAK BAGUS, TIADA KOLAM RENANG dan BERHANTU dikeluarkan bagi membantu Guan Eng menutup skandal berkenaan.

Bagaimana pun bapa kepada Guan Eng pernah mencabar pihak berkuasa khususnya SPRM untuk menjalankan siasatan dan mendakwa Guan Eng jika terdapat salah laku dan ini juga sebenarnya wayang semata mata kononnya untuk menunjukkan bahawa Guan Eng bebas dari salah guna kuasa.




Tiada ulasan: