Terkejut macam tak percaya satu agensi kerajaan di bawah KKMM yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga filem pergi bantu program Azmin Ali di Ampang Jaya.
Mohon Menteri KKMM tengok tengokkan agensi ni dan kalau perlu kena le tanya pada Ketua Pengarah Finas yang mungkin tidak sensitif dengan suasana politik semasa.
Adakah Ketua Pengarah Finas tak tau tentang perkara ni dan kalau ini le cara agensi kerajaan, Sangkakala cadangkan Ketua Pengarah Finas ni cari kerjalah kat Selangor dan bantu terus Azmin Ali.
Hairan juga, macam mana boleh berlaku jentera Finas digunakan untuk bantu Azmin Ali berkempen.
Finas siap hantar staff dengan wayang pacak untuk menarik orang ramai hadir program Azmin. Sensitiflah sikit KP Finas. Ke memang ada dalam perut tu sokong Azmin Ali? Kalau dah cam tu lebih baik pergi kerja dengan Azmin je lah senang.
Tak pelah nampak gayanya KP Finas ni dah di hujung hujung kontrak. Sebulan dua lagi dah nak pencen. Sebenarnya pun memang dah patut pencen pun. Lepas ni bolehlah minta kerja kat Azmin Ali kat Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan