Sabtu, 16 April 2016

LAGI ANGGOTA KERAJAAN SONGLAP DUIT ORANG #scs

Nampaknya makin menjadi jadi kes songlap duit untuk mangsa yang mengalami bencana di Selangor dan kali ini pula bekas exco kerajaan negeri dikaitkan.


ADUN Seri Andalas, YB Xavier Jaykumar dikatakan telah menyeleweng wang sumbangan bagi membantu mangsa yang ditimpa bencana.

Seorang mangsa telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan mangsa dikatakan telah diugut oleh beberapa individu yang tidak dikenali selepas laporan polis dibuat.

Baca lanjut DISINI.

Kalau nak dilihat dalam Sidang Dewan negeri Selangor, bukan main lagi Xavier mengatakan kerajaan Barisan Nasional menyalah gunakan dana yang sepatutnya diberikan kepada rakyat, rupa rupanya kes dia lagi hebat.

Mengikut kata mangsa, pihak Xavier telah meminta supaya beliau menandatangani voucer yang nilai duitnya sebanyak RM 200 ditulis dengan pensel sedangkan lain lain tulisan ditulis dengan pen.

Yang sebenarnya ini mungkin salah satu kes dan mungkin terdapat banyak lagi kes seumpama ini di seluruh Selangor cuma mungkin penerima bantuan tidak mengetahui perkara tersebut.

Satu lagi, kenapa sampai ada yang datang mengugut serta melempar cat ke rumah mangsa? Apakah Xavier memang menghantar samseng untuk menakut nakutkan mangsa supaya perkara tersebut tidak diperbesarkan?

Nilaikan sendiri wahai rakyat Selangor.







Tiada ulasan: