Selasa, 5 April 2016

KERAJAAN TERUS LUPAKAN RAKYAT DEMI KANTUNG SENDIRI #scs

Kerajaan Selangor nampaknya terus meluoakan rakyat dan apa yang dilihat hanya cuba memenuhkan kantung sendiri dengan beberapa pembinaan yang di lihat diluar batas pemikiran.

Hari ni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tanjung Karang telah menaikkam beberapa gambar dalam status akaun facebook milik beliau yang menunjukkan betapa ketidak pedulian kerajaan Selangor dalam usaha membantu rakyat.


Jalan Parit 3 Ban 1 di Tanjung Karang mengalami kerosakkan teruk namun ianya tidak mendapat perhatian dari kerajaan dan ianya dibiarkan sahaja walaupun mereka tahu jalan berkenaan amat penting untuk laluan rakyat atau penduduk kampung keluar masuk.

Cuba bayangkan jalan seperti yang Sangkakala masukkan diatas, bukankah ianya amat menyukarkan penduduk untuk melakukan urusan di luar kampung? Dan kenapa ianya tidak diselenggara oleh pihak kerajaan negeri demi kemudahan rakyat?

Kerajaan Selangor kerap kali mengatakan bahawa mereka menggunakan slogan negeri berkebajikan tetapi secara jelas dan terang bahawa kebajikan yang disebut hanyalah retorik semata mata.

Apa yang kerajaan Selangor buat sekarang? Adakah perkara ini perlu dibiarkan sahaja? Sedangkan jutaan ringgit diperuntukkan untuk mengecat pintu gerbang negeri Selangor kenapa jalan kampung seperti ini tidak mendapat peruntukan dari kerajaan negeri?

Bukankah penduduk dan rakyat di kawasan terbabit juga merupakan rakyat yang berusaha untuk memberikan pendapatan kepada kerajaan negeri?

Inilah kerajaan kebanggan rakyat Selangor dalam dua penggal pilihanraya yang lepas dan akhirnya menjadi igauan ngeri.



Tiada ulasan: