Jumaat, 15 April 2016

ABU BAKAR MOHD DIAH !! TIMBALAN MENTERI YANG JALANKAN TUGAS PENGERUSI JKKK @NajibRazak #scs

Sangkakala selalu mengikuti perkembangan laman facebook milik pemimpin negara dan yang paling Sangkakala suka untuk intai intai ialah akaun Timbalan Menteri MOSTI, Profesor Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah atau lebih selesa dikenali dengan nama Tok Burn.

Setiap posting yang Sangkakala lihat banyak menunjukkan khidmat beliau kepada masyarakat setempat dan apa yang Sangkakala lihat, Tok Burn bijak memainkan peranan dalam laman media sosial.






Sangkakala nak ucapkan tahniah kepada YB Profesor Dr Abu Bakar yang pandai mengambil peluang dalam menonjolkan gerak kerja beliau dalam laman facebook dan apa yang Sangkakala lihat ramai dikalangan anak muda dalam Parlimen Tangga Batu gemar dengan setiap posting beliau.

Tapi yang kelakarnya bila ada sorang rakan dari Tangga Batu mengatakan bahawa Tok Burn ni dah macam Ahli Parlimen merangkap Pengerusi JKKK atau di Melaka ianya di sebut JAPERUN.

Tapi walau apa pun teruskan usaha Tok Burn, insyaallah kalau ramai ahli parlimen macam ni BN akan terus dan akan lebih diyakini oleh rakyat.



Tiada ulasan: