Rabu, 13 April 2016

LAGI CUBAAN UNTUK LAGAKAN PEMIMPIN NEGARA #scs

Agak menyedihkan sekarang di Malaysia apabila ada beberapa pihak nampaknya masoh tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara khususnya YAB Perdana Menteri dengan YAB Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Tiba tiba ada pulak unsur unsur atau vakap cakap yang dilihat cuba nak bago geli geli pada pemimpin nombor dua negara dengan mengatakan bahawa YAB Datuk Seri Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menggantikan YAB Perdana Menteri.


Yang lebih menyedihkan lagi pula ialah yang mengatakan begitu adalah bekas Menteri cuma tak tau la dia ni masih lagi ada hati dalam UMNO atau tidak.

Cuma apa yang dilihat sekarang ialah ada dikalangan bekas bekas pemimpin ni nampaknya dengan sengaja cuba nak mengeruhkan keadaan sedia ada selepas beberapa insiden yang melanda kepimpinan UMNO.

Dan ini tidak lain dan tidak bukan mesti ada udang disebalik batu hingga niat melaga lagakan pemimpin timbul dalam hati dan jiwa mereka.

Satu soalan yang Sangkakala nak tanya disini, kalau Zahid atau siapa sahaja menggantikan Najib Razak, adakah mereka ini pasti bahawa tidak akan ada lagi sikap melaga lagakan ni?

Dulu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri, beberapa orang pemimpin juga pernah mengatakan bahawa jika Datuk Seri Najib jadi pengganti adalah lebih baik.

Sekarang bila Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri dah kata pula beri peluang pada Zahid, lepas ni kalau Zahid jadi Perdana Menteri agaknya mereka mereka ni nak kata siapa pula yang lebih sesuai? Atau akan ada seorang yang jadi pak turut menjadi Perdana Menteri baru mereka mereka ni diam sebab dapat apa yang dihajati?

Sudah sudah la tu, kalau dah nama pun BEKAS, baik le buat kerja amal sebab selama menjawat jawatan dah macam macam dapat kan.



Tiada ulasan: