Rabu, 27 Mei 2015

PANAS !!! AMUKAN PEGAWAI KPDNKK SELANGOR TERIMA ADUAN

Pegawai Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengamuk dan melakukan operasi setelah menerima aduan daripada orang awam yang mengatakan bahawa ada peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barangan dengan melakukan operasi khas di Sungai Buloh dan Gombak.

Beberapa buah kedai telah di periksa dan didapati kedai kedai berkenaan memang melanggar beberapa perkara seperti tidak mempamerkan harga barangan keperluan dan ada juga yang tidak memiliki lesen menjual barang kawalan seperti gas memasak.

Serbuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Selangor, tuan Rosik Yaakub dan dibantu oleh Ketua Cawangan KPDNKK Gombak serta beberapa orang pegawai penguatkuasa. 










Operasi di Sungai Buloh turut disertai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato' Harison Hasan dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Saudara Zulkifly Mat Taft yang sama sama memantau perjalanan operasi tersebut.

Sementara itu, dikawasan Gombak pula, sebuah premis menjual alat ganti kenderaan pula diserbu setelah mendapat laporan daripada orang ramai yang melaporkan premis tersebut disyaki menjual alat ganti tiruan.

Sebanyak 44'360 unit alat ganti tiruan yang bernilai lebih dari RM 130 ribu ringgit dirampas untuk dibawa ke stor simpanan KPDNKK sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut kata Tuan Rosik, jika sabit kesalahan, pemilik perniagaan boleh didenda sebanyak RM 10 ribu bagi setiap unit barangan tersebut.

klik gambar untuk video







Operasi operasi seperti ini akan kerap kali diadakan oleh KPDNKK jika kita sebagai pengguna melaporkan dimana ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan.

Jika tidak ada laporan, adalah agak mustahil untuk pihak KPDNKK mengambil tindakan kerana kita kena faham bahawa tidak semua peniaga yang mangambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan.

Jadi disini tindakan yang paling baik adalah, sebagai pengguna kita juga berhak membuat laporan untuk diambil tindakan demi kebaikan bersama.



1 ulasan:

maae berkata...

Aku suke ! Aku suke ! libas jer...