Ahad, 24 Mei 2015

APABILA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA NAK TUNJUK PANDAI

Kisah guru KAFA yang dipecat apabila memohon kenaikan elaun seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor sebelum Pilihanraya Umum ke 13 lalu rupanya mendapat perhatian meluas.


EXCO Pemuda UMNO Malaysia tampil kononnya untuk memberikan bantuan guaman kepada ustaz tersebut demi untuk menegakkan keadilan agaknya.


Persoalannya sekarang, sejauh mana saudara Rafiq tahu situasi dan siapa ustaz ni sebelum kes tuntutan ini keluar dan tersebar?

Tahukah exco pemuda UMNO ni apa yang berlaku di Selangor sampai beriya nak pertahan guru KAFA yang kononnya dianiaya oleh kerajaan Selangor?

Untuk pengetahuan saudara Rafiq, guru KAFA yang dimaksudkan adalah pengikut Pakatan Rakyat yang sebelum ini begitu beriya iya menghentam Barisan Nasional (UMNO khusunya) apabila ditawarkan dengan kenaikan elaun sebanyak RM 200 sebulan.

Hanya kerana janji tersebut maka guru KAFA ini secara terus menyokong Pakatan Rakyat dan kini beliau harus membayar pengorbanan kepada kerajaan Selangor dari apa yang dilakukan.

Takkan UMNO dan Barisan Nasional pulak yang beriya nak ambil berat sedangkan hanya kerana RM 200 maka UMNO Selangor kehilangan lagi 8 kerusi semasa PRU13.

Sepatutnya, sebagai seorang EXCO Pemuda, saudara Rafiq pergi menyelami hati para guru guru muda yang menyokong UMNO serta Barisan Nasional jika benar mahu membantu golongan guru guru dan bukannya seolah olah nak ambil populariti dari apa yang berlaku tanpa usul periksa.

Kerajaan Barisan Nasional telah lama memberikan bantuan awal kepada guru guru KAFA dengan memberikan elaun sebanyak RM 800 berbanding kerajaan negeri yang hanya memberikan RM 500 kepada guru guru berkenaan.

Itu juga masih belum mampu untuk memuaskan hati guru guru ini dan sekarang sepertimana yang Sangkakala nyatakan tadi, mereka harus membayar pengorbanan mereka dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Jadi kepada saudara Rafiq, adalah lebih baik selaku exco Pemuda UMNO Malaysia, cuba cubalah berjumpa dengan guru guru muda yang menyokong Barisan Nasional kerana mereka ini rasanya lebih memerlukan perhatian berbanding dengan mereka yang dulunya boleh dibeli hanya dengan hanya janji sebanyak RM 200.



4 ulasan:

Zaharah Kassim berkata...

Mmm .... pengajaran pd guru KAFA ..tp peluang pd UMNO utk menarik yg lain kpd UMNO. INSYA ALLAH dgn keikhlasan saudara Rafiq membantu guru KAFA ini akan membuka pintu hati pd yg lain utk menerima UMNO .

Zaharah Kassim berkata...

Mmm .... pengajaran pd guru KAFA ..tp peluang pd UMNO utk menarik yg lain kpd UMNO. INSYA ALLAH dgn keikhlasan saudara Rafiq membantu guru KAFA ini akan membuka pintu hati pd yg lain utk menerima UMNO .

Rakyat prihatin berkata...

Bagi saya terpulang kepada Exco berkenaan jika hendak membantu.

Jika dibiarkanpun tak mengapa kerana ia akan menjadi pengajaran kepada yg lain yg terlalu mudah memakan janji & meludah mereka yg selama ini memberi bantuan kepada guru2 kafa.

so buat ok, tak buat pun ok.

Tanpa Nama berkata...

Nk bntu guaman mcm mn?guru kafa ni kontrak la