Khamis, 14 Mei 2015

LOKMAN ADAM JELASKAN ISU PERTENGKARAN DALAM DEBAT GST DI UIA


Oleh Lokman Adam

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu.

Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. 

Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. 

Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil.  

Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa.  

Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA.  Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan.  

Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga.

Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya.  

Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya".  

Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA.  

Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003.  Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004.  

Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan.  

Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007.

Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti.  Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama.  

Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak.  

Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita.  

Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp. 

Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa.



Tiada ulasan: