Selasa, 9 Disember 2014

SHAMSUDDIN LIAS BUAT PR SELANGOR TERKEDU

Siang tadi Yang Berhormat Dato Shamsuddin Lias, Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional membuat kejutan apabila menyerahkan semula kereta rasmi yang diberikan oleh kerajaan Selangor.

Klik gambar untuk video

YB Shamsuddin yang menyifatkan bahawa pemberian kenderaan tersebut adalah merupakan umpan agar beliau menerima jawatan Pengerusi Jawatankuasa kira kira awam yang dikatakan tidak telus.

Kalau nak diikutkan jawatankuasa PAC di Selangor memang tidak telus apabila meletakkan hanya 2 ahli jawatankuasa daripada pembangkang (BN) sedangkan ADUN PR ada 5 orang dalam jawatankuasa tersebut.

Ini nanti sudah tentu akan menyukarkan pergerakan Dato Shamsuddin selaku pengerusi kerana segala keputusan sudah pasti akan memihak kerajaan negeri dan ianya akan dipersetujui sebulat suara dan dalam masa sama kerajaan negeri akan mengatakan bahawa kelulusan tersebut dibuat oleh wakil BN yang menjawat jawatan sebagai pengerusi.


Kerajaan PR memang pandai bermain politik apabila cuba membuat paksaan apabila mengusulkan satu usul dalam Dewan Undangan Negeri yang mana Ketua Pembangkang diwajibkan untuk memegang jawatan tersebut dan ini juga telah membuatkan YB Dato Shamsuddin melepaskan jawatan Ketua Pembangkang berkuatkuasa serta merta.

Klik gambar untuk video

Shamsuddin juga mengatakan bahawa beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang untuk menjaga integriti beliau sebagai seorang wakil rakyat dimana Dewan Undangan Negeri telah pun membuat ketetapan bahawa Ketua Pembangkang wajib menjawat jawatan Pengerusi PAC dan ini bertentangan dengan prinsip yang beliau pertahankan selama ini.

Dalam sidang media yang sama, ADUN Sungai Burong tersebut juga telah mencabar Menteri Besar Selangor untuk memecat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjawat jawatan penasihat ekonomi negeri Selangor memandangkan Sultan Selangor sendiri sudah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar.

Klik gambar untuk video

Tapi mampukah Azmin memecat Anwar Ibrahim dari menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor? Kita boleh tengok nanti dan boleh lah kita sama sama nilaikan.

Dan apa yang pasti selepas ni takkan ada suara suara sumbang dari ADUN PR yang mengatakan bahawa YB Dato Shamsuddin hanya menerima kenderaan rasmi sedangkan jawatan yanh dipertanggungjawabkan kepada beliau ditolak.

EXCO kerajaan negeri selalu memberikan persepsi buruk terhadap Ketua Pembangkang dengan mengungkit tentang hal kenderaan ini sedangkan kereta rasmi tersebut telah diserahkan semasa zaman pentadbiran bekas Menteri Besar yang lama iaitu Khalid Ibrahim tetapi ianya tidaklah diberikan secara menunjuk nunjuk.

Agaknya apa pulak yang nak dibuat oleh Kerajaan Selangor lepas ni apabila YB Dato Shamsuddin memulangkan semula kereta dan segala kemudahan yang diberikan kepada beliau siang tadi? Sama sama kita nantikan episod drama kerajaan negeri selepas ni.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada perkataan yg lebih sesuai untuk umno selangor selain dari ke**** bu***.

Mereka sudahpun dibangsatkan oleh melayu selangor kalau ikut takrifan presiden umno semasa persidangan baru ini.

Tanpa Nama berkata...

Ni la barua dapigs,komunisspigss yg senantiasa,tidak puas hati. Semoga kamu 8.29 tidak berjaya melacurkan agama,dan bangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Lwak giler..org suruh jd pengerusi pac..klu ada kepincangan dlm kewangan ngko blh tau dan blh jd political milage pd umno..tp tak nak..heran betui..aku rasa bkn ape..umno ni nnt mgkn malu dgn pengurusan kweangan negeri selangor yg telus..ye lah..pengerusi..bknnya ajk..klu ajk tu lojik la jg klu tgn terikat...nk harap negeri umno bg jawatan pengerusi pac kt pembangkang??jgn harap la...anon 11.21..ko blh melalak mcm tu je la...fakta lgsg x ada...hakikatnya umno lah yg lacurkan agama dan bangsa...tanah rizab melayu ape cerita??sape yg lacurkan tanah tu klu bkn umno??

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.31..kalau tak telus pun apa pengerusi boleh cakap..mulut lu dengan anon 8.29 sama gak macam puki..yang jual tanah rizab melayu ti dah tentu le tuan punya tanah yang nak cepat kaya..silap2 mak bapa lu pun pernah jual tanah rizab melayu kat cina.

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha..ha..anon 11.37 ni paham ke apa yg diistilahkan sbg rizab melayu ni...??klu tak paham x pyh komen..nnt org tau kita ni bodoh...apa pengerusi blh ckp?? Lg sekali hang tonjol kan kebodohan hang...hg tau ke jawatan pengerusi tu apa?? Hang ingat jawatan pengerusi tu mcm kerusi ke?? Mmg betui la che' det kata dlm umno ni tinggai yg bodoh2 belaka...silap2 che' det pun hang tak kenai...sia2 jd org umno...

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.37 tu ingat isu rizab melayu tu isu pasai org melayu jual kebun kot...kah..kah..kah..kah..kelakor gila...itu je lah tahap pemahaman org umno...

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.37 lu orang kat selamgor da jadi bangsat la hehehe

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.37 dah la bangang, bangsat pulak tu...presiden umno yang cakap

Tanpa Nama berkata...

Woi..woi..dh ler tu..jgn kutuk anon 11.37 lg...dia bknnya bodoh...cuma.....tak cerdik jer...eh..!..sama la tu ! Kah..kah..kah..