Rabu, 31 Disember 2014

@Zahid_Hamidi POLIS BANTUAN BANGUNAN KDN TAK MESRA RAKYAT

Hari ni Sangkakala pergi ke Pejabat Kementerian Dalam Negeri atas satu urusan penting.


Alhamdulillah, semua kakitangan di pejabat KDN amat bagus dan menghormati sesiapa sahaja yang hadir.

Tapi apabila Sangkakala turun ke bawah, semasa menyerahkan semula kad pelawat di kaunter pendaftaran, ada satu kejadian yang amat mengguris perasaan dimana Sangkalala dapati Polis Bantuan yang ditugaskan untuk menerima dan memberikan kad pelawat bertindak dengan agak kasar.

Tindakan tersebut tidak dilakukan kepada Sangkalala tetapi kepada seorang lagi pelawat yang mana pelawat tersebut membawa barangnya keluar dari bangunan dan ada kemungkinan pelawat ini sudah biasa dengan keadaan serta kakitangan yang bertugas.

Pelawat yang Sangkakala boleh gelarkan sebagai pakcik ini dalam nada bergurau telah meminta Polis Bantuan berkenaan membantunya dan Sangkakala anat yakin bahawa pakcik tersebut memang bergurau kerana beliau turut dibantu oleh anak perempuannya mengangkat barang berkenaan.

Tapi jawapan daripada kakitangan polis bantuan tersebut amat mendukacitakan dimana depan Sangkakala beliau telah merungut dengan mengatakan "SIAPA ENGKAU YANG AKU NAK TOLONG..ANAK ENGKAU ADA, BUAT LE SENDIRI".

Sangkakala yakin bahawa ucapan yang dikeluarkan oleh anggota polis bantuan ini bukan dalam nada bergurau tapindia benar benar serius dalam.menyatakan kenyataan tersebut sebab beliau juga bertanya kepada Sangkakala, " BETUL TAK?".

Tapi soalan dari anggota polis ini Sangkakala tidak hiraukan kerana bagi Sangkakala lontaran yang dikeluarkan oleh anggota polis bantuan ini adalag biadap.

Sebagai kakitangan di barisan hadapan yang sentiasa bersemuka dengan orang ramai, mereka perlu lebih memahami dan melayan sesiapa sahaja yang hadir ke bangunan berkenaam dengam layanan yang baik.

Kalau tak mau tolong, jangan cakap apa apa tambahan pula dihadapan orang lain seperti Sangkakala kerana ini menunjukkan moral dan kredibiliti mereka berada ditahap yang amat minima.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada mereka mereka yang bertanggungjawab dalam menentukan siapa yang berada di tempat tersebut agar menasihati dan memberikan tunjuk ajar kepada para anggota keselamatan di bangunan tersebut supaya lebih menunjukkan sikap hormat menghormati tambahan pula kepada para pelawat.

Untuk makluman, Sangkakala tidak berseorangan ketika kejadian, dan rakan yang menemani Sangkakala juga merungut dengan sikap anggota polis bantuan (wanita) berkenaan.


Ahad, 28 Disember 2014

@ShaberyC @PDRMsia @KBAB51 #haramjadah KING JASON DAH MELAMPAU #SKMM JANGAN HANYA DUDUK DIAM

Nampaknya makin melampau sesetengah pihak yang seolah olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

Rasanya beberapa pihak telah mengeluarkan kenyataan serta amaran supaya jangan ada berita palsu disebarkan tambahan pula yang melibatkan mangsa banjir.

Tapi kali ni nampaknya masih ada yang tidak peduli dengan amaran tersebut dan rasanya pihak SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak boleh lagi buat buat tak nampak atau nak buat tak tau sebab Sangkakala rasa dah melampau puak puak ni.


Dengan memuat naik gambar yang menunjukkan seorang kanak kanak dijumpai meninggal dan mengatakan bahawa gambar berkenaan di ambil di Kelantan, Sangkakala rasa dah tak boleh lagi nak dimaafkan.

Dan untuk makluman, gambar tersebut adalah gambar lama kejadian tanah runtuh di negara jiran.

Ini sengaja mendatangkan keresahan dan kebimbangan dikalangan masyarakat tambahan pula mereka yang ditimpa bencana.

Harap pihak yang berkenaan tampil membuat siasatan dan membawa haram jadah ni ke muka pengadilan.


@NajibRazak #haramjadah SINGAPURA MULA SEBARKAN FITNAH KEATAS RAKYAT MALAYSIA

Memang sial Cina Komunis ni, baik di Malaysia sama juga di Singapura.

Singapura hari ni melaporkan sampai ada mangsa banjir yang terpaksa mencuri di pusat pusat perniagaan akibat kekurangan makanan.


Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan setahu Sangkakala, semua mangsa yang menghadapi banjir telah diberikan bantuan sewajarnya dan tidak akan ada mangsa yang menghadapi kesukaran atau sampai perlu mencuri untuk mendapatkan makanan.

Lagi pun, di Kelantan, air dilaporkan naik sehingga mencecah ke tingkat 3 bangunan, nak mencuri dari mana?

Tindakan Singapura ini sengaja hendak menjatuhkan maruah rakyat Malaysia dan sengaja hendak memburuk burukkan kerajaan kononnya tidak menghantar bantuan kepada mangsa.

Sangkakala nak bagi tau disini, yang selalu mencuri adalah rakyat Singapura yang membeli barang keperluan termasuk barang yang ada subsidi untuk menjadi makanan mereka di sana.

Dan disini Sangkakala nak tanya, siapa pencuri terbesar sebenarnya, mangsa banjir atau rakyat Singapura?

Memang bangsat punya kerajaan PAP yang bersekongkol dengan DAP di Malaysia, sengaja dengan berniat jahat untuk memburuk burukkan kerajaan Malaysia.


Sabtu, 27 Disember 2014

#DSIS #pray4pantaitimur KEMENTERIAN PERTANIAN KERAH SUKARELAWAN MISI BANTUAN BANJIR

Putrajaya 27hb Disember : Seramai 2,100  sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara.


Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kampung Gajah dan Kuala Kangsar di Perak, Jerantut, Kuala Lipis dan Bera di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.

"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain.

Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat.

"Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan  makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau.

Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan.

"Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi.


Jumaat, 26 Disember 2014

#DSIS BANTUAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DIGERAKKAN

Musibah banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur terus mendapat perhatian dari kerajaan.

Bukan sahaja agensi yang bertanggungjawab dalam usaha memberikan bantuan dan menyelamat mangsa, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani juga tidak terlepas dari menjalankan tanggungjawab mereka dalam memberikan bantuan kepada mangsa.


Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara  terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian  memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.

"Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan  kepada mangsa-mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pertanian bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi operasi menyalurkan bantuan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.

"Sejak hari pertama banjir melanda Kelantan, Kementerian Pertanian melalui agensinya iaitu KADA telah menggerakkan jenteranya bagi menyalurkan bantuan makanan berupa beras, ayam, daging, bihun serta makanan lain kepada mangsa di pusat penempatan dan pemindahan banjir," katanya.

Ismail Sabri memberitahu, antara pusat penempatan dan pemindahan yang terlibat adalah di Pasir Mas, Kubang Kerian,  Tumpat dan Rantau Panjang.

Kementerian Pertanian juga katanya, akan menjadi penyelaras kepada pusat pengumpulan di negeri terlibat seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Selain itu, Pejabat Pertanian di kawasan terlibat akan dibuka setiap hari sebagai bilik gerakan untuk pemantauan bantuan.

"MADA pula akan meyalurkan bantuan segera untuk kawasan yang terlibat dengan banjir di Kedah dan Perlis.

"Kita juga akan menggerakkan nelayan untuk tujuan penghantaran bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir memandangkan kebanyakan kawasan yang terlibat tidak boleh dimasuki kenderaan darat," katanya lagi.

Dalam.perkemvangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, Agrobank dan TEKUN akan membuat penstrukturan semula pembayaran pinjaman kepada semua mangsa yang terlibat.

Selain itu, peruntukan pasca banjir sebanyak RM50,000 turut disediakan Kementerian Pertanian untuk projek pembangunan bagi membaikpulih  pulih infra akuakultur.

"Sebanyak RM20,000 pula diperuntukkan kepada penternak ruminan untuk bantuan silaj dan isirung kelapa sawit (PKC)," katanya.

Pada masa yang sama,  beliau memberitahu, setakat ini bekalan ikan dan sayur untuk keperluan negara masih mencukupi.

"Saya telah mengarahkan eksport untuk beberapa jenis sayur dihentikan serta merta jika keperluan negara mendesak.

"Import beberapa jenis sayur juga akan dibuat jika keperluan negara berkurangan," jelas beliau.

Ismail Sabri turut menegaskan, beliau telah mengarahkan eksport ikan tempatan ke luar negara  dihentikan sejak Oktober lagi bagi persediaan menghadapi kekurangan bekalan akibat bencana banjir.

Katanya, sumber protein itu juga akan diimport sekiranya keperluan mendesak.

"Kita sentiasa memantau bekalan sayur, ikan dan cuba pastikan tiada masalah besar dihadapi rakyat negara ini," katanya.

Khamis, 25 Disember 2014

@NajibRazak BUAT APA LAGI NI ??

Ramai yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menangani isu banjir di beberapa buah negeri di Malaysia.

Namun tidak ramai pula yang mahu bercakap tentang apa arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kepada agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat.


Sangkakala nak tanya sikit, kalau Perdana Menteri pergi ke kawasan yang dilanda banjir, apa yang beliau boleh buat? Melainkan agensi serta jabatan yang berkenaan juga terpaksa melakukannkerja kerja memberikan bantuan serta menyelamat mangsa, jadi arahan serta kerahan dari Perdana Menteri adalah memadai untuk melaksanakan kerja.

Tapi Sangkakala tak nampak pula dimana bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang atau kerajaan Selangor yang merupakan rakan sekutu PAS dan Kelantan ditadbir oleh PAS? Tiadakah semangat setiakawan atau semangat bantu membantu diantara ketiga tiga parti ni?


Beriya iya PAS mempertahankan tahaluf siyasi, rupa rupanya ia hanya untuk kepentingan DAP dan PKR dalam usaha mereka untuk memerintah.

Jadi sekarang PAS mungkin dah nampak apa yang jadi apabila mereka bersama dengan DAP dan PKR, masa ketawa boleh bersama, masa menangis BN juga yang datang tolong.



Rabu, 24 Disember 2014

TAHNIAH KEPADA PEGAWAI PUNB YANG PEKA DENGAN MASALAH

Nampaknya selepas sehari Sangkakala buat artikel tentang PUNB, ada jawapan daripada pagawai PUNB sendiri melalui panggilan telefon dan jawapan yang diterima amat baik serta memberangsangkan.

Panggilan telefon dibuat setelah pegawai berkenaan membalas dalam laman komen blog Sangkakala berserta dengan nombor telefon beliau.


Ini adalah contoh yang baik sebab Sangkakala bukan menghentam tanpa usul periksa malah teguran yang Sangkakala buat berpandukan daripada apa yang Sangkakala serta rakan rakan lain alami sendiri.

Jika semua kakitangan PUNB bersikap mengambil tanggungjawab dalam melaksanakan tugas, maka perkara perkara sebegini insyaallah tidak akan berlaku dan banyak permasaalahan akan dapat diselesaikan dengan cara baik serta penuh harmoni.

Cuma satu Sangkakala nak pesan, entiti asing yang menjadi tangan hitam dalam PUNB juga perlu bersiap sedia kerana pendedahan akan Sangkakala buat dan jangan sampai entiti ini nanti akan menjadi rosak sepenuhnya atau dalam kata lainnya totally damage sebab bagi Sangkakala apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh entiti asing ini tidak seharusnya berlaku.

Sebab sekarang ni kalau tak dapat recommendation daripada entiti ini maka pinjaman daripada PUNB takkan mendapat kelulusan kononnya, dan perkara ini seharusnya tidak sesekali berlaku kerana akan merosakkan imej PUNB itu sendiri.

Jadi disini Sangkakala sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pegawai PUNB yang peka dalam permasaalahan dalam PUNB dan diharap agar perkara sebegini tidak lagi akan berulang.


Selasa, 23 Disember 2014

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD TUTUP ??? @NajibRazak @Ali_Rustam


Sangkakala ada menerima rungutan dari beberapa orang rakan Sangkakala yang mengadu mengatakan bahawa Permodalan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB amat sukar dihubungi melalui telefon.

Pada mulanya Sangkakala juga tidak berapa yakin dengan aduan berkenaan tapi apabila Sangkakala sendiri menghubungi nombor telefon hotline 1300 milik PUNB ternyata semua yang dilaporkan benar.

Sangkakala bukan membuat sekali panggilan telefon tapi 3 kali namun tiada jawapan atau panggilan di sambut oleh operator atau kakitangan PUNB.




Persoalannya sekarang, kenapa susah sangat nak berhubung dengan sebuah Perbadanan dan adakah Perbadanan ini tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menjawab panggilan telefon?

Bukan sahaja nombor telefon hotline yang susah untuk dijawab, telefon talian terus ke meja pegawai juga tidak berjawab walaupun berkali kali panggilan di buat.

Kerana sikap kakitangan yang sebegini, sebuah agensi akan dipandang rendah kerana tidak mengamalkan etika mesra pelanggan sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan dan adalah lebih malang apabila kerana kakitangan seperti ini maka yang menerima musibahnya nanti adalah kerajaan itu sendiri walaupun niat penubuhan Perbadanan ini adalah untuk membantu rakyat, tapi kalau dah panggilan telefon pun susah nak dijawab, maka tiada lagi bantuan kepada rakyat dapat diberikan.

Oleh itu Sangkakala rasa adalah lebih baik jika PUNB ditutup sahaja kerana tiada apa yang mampu dibuat oleh Perbadanan ini kerana tiadanya sikap bertanggungjawab serta amanah dari kakitangan PUNB sendiri.

Kerajaan memperuntukkan bajet bernilai jutaan ringgit serta kakitangan diberikan dengan gaji yang agak lumayan untuk menjadi jentera dalan membantu kerajaan dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Itu belum lagi Sangkakala buka adanya tangan hitam yang menentukan siapa yang layak dan siapa yang tak layak untuk membuat pinjaman dari PUNB, dan dengar cerita entiti ini juga mengambil komisen daripada setiap pinjaman yang diperolehi oleh para peminjam.

Nanti Sangkakala korek dan dapatkan bukti dulu sebab tuduhan melulu adalah tidak baik, tapi kena ingat, sekali Sangkakala mampu untuk buktikan, maka entiti ini akan menjadi lembaga hitam yang tidak lagi berguna dimata masyarakat atau rakyat Malaysia walaupun mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan nasib para peniaga.

Berbalik kepada panggilan telefon tadi, Sangkakala amat berharap agar Tan Sri Ali Rustam selaku Pengerusi berbuat sesuatu bagi mencegah sebelum ianya lebih parah dan tidak mengumpul nanah yang akan menjadi barah.

Cadangan Sangkakala, wujudkan operator komputer untuk mengesan panggilan telefon yang dijawab serta tidak dijawab oleh kakitangan dan ianya menjadi penunjuk prestasi kakitangan.



Isnin, 22 Disember 2014

DOKTOR SALAH POTONG !! SIAPA YANG SALAH ???

Maklumat dari rakan Sangkakala tadi bahawa ada seorang pesakit diabetis telah menjalani pembedahan memotong jari kaki beberapa minggu lalu.


Perkara ini telah disahkan oleh doktor dari sebuah hospital perubatan yang lain dan ianya adalah amat mengecewakan sekali memandangkan sepatutnya doktor yang merawat serta melakukan pembedahan tersebut lebih peka.


Bagi Sangkakala ini adalah satu perkara yang serius kerana telah menjadi kebiasaan apabila ada kesilapan dari kakitangan hopsital maka kesalahan akan diletakkan kepada kerajaan walaupun mereka yang bertanggunjawab.

Perkara perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Sangkakala ada bertanya kepada rakan yang juga merupakan seorang doktor bahawa sesuatu pembedahan sebelum dilakukan, beberapa orang pakar akan berbincang terlebih dahulu.

Tapi bila perkara sebegini berlaku, ianya seolah olah dipandang ringan serta tidak mendapat perhatian.

Sangkakala amat berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dimasa masa akan datang kerana ianya melibatkan manusia.



Sabtu, 20 Disember 2014

#haramjadah LADANG BABI DITERUSKAN BUKTI AZMIN ALI SEMAKIN GILA

Satu masa dulu seluruh rakyat Selangor dikejutkan dengan projek ladang babi mega yang bernilai RM 100 juta akan di bina di Kuala Langat dan ianya mendapat tentangan daripada penduduk setempat tambahan pula dengan beberapa gejala penyakit bawaan haiwan tersebut yang mampu meragut nyawa.

Kini sekali lagi dibawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, projek ladang babi tersebut akan diteruskan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat setempat apatah lagi orang Melayu yang tinggal di kawasan persekitaran.


Apakah kerajaan Selangor pada hari ini sudah lupa atau buat buat lupa dengan gejala penyakit bawaan haiwan ini yang pernah meragut nyawa satu ketika dulu?

Kerajaan Selangor seolah olah tidak melihat kepada keselamatan serta kesihatan penduduk setempat yang bakal mereka risikokan dengan menjalankan projek tersebut.

Virus JE pernah menggemparkan negara apabila ianya mampu untuk membunuh manusia dengan kadar yang amat pantas sekali.

Sangkakala melihat bahawa kerajaan Selangor pada hari ini tidak akan memperdulikan kesihatan rakyat dan ini terbukti apabila kes denggi semakin meningkat dan kini hendak ditambah pula dengan penternakan babi di kawasan terbabit.

Ladang babi yang kononnya paling canggih ini akan dibuka dan secanggih mana sekalipun ladang tersebut, ianya tidak akan menjamin keselamatan rakyat sekeliling.


Khamis, 18 Disember 2014

AHLI PARLIMEN BELIA GAH TAK TENTU KIRA @khairyKJ

Dalam beberapa hari ni Sangkakala perhatikan ada dua perkara yang berlaku dalam kes Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Yang pertama di keluarkan kisah memakai lambang Ahli Parlimen Belia pada kereta dan heboh diperkatakan hingga beberapa rakan penulisan Sangkakala juga ada mengeluarkan artikel tentang perkara tersebut.


Kenapa perlu pakai lambang atau logo ni dihadapan kenderaan? Adakah mereka merasakan bahawa diri mereka sudah cukup hebat dengan hanya bersandarkan sebagai Ahli Parlimen Belia?

Hari ni pulak keluar le satu lagi cerita yang Ahli Parlimen Belia ni ada Setiausaha Sulit Kanan.


Begitulah kehebatan Ahli Parlimen Belia Malaysia yang tak tau lagi dimana kedudukannya.

Itu belum Ahli Parlimen sebenar, kalau Ahli Parlmen sebenar agaknya tak tau le lagi kan.

Cuma satu la Sangkakala nak tanya pada Menteri Belia dan Sukan, apa hal sebenarnya ni sampai boleh jadi macam ni? Gah sangat ke Ahli Parlimen Belia sampai Sangkakala tengok agak melebih lebih macam tu sekali?

Sedar lah, jangan kerana budak budak hingusan ni nanti, kerajaan juga yang jadi mangsa. 

Yang menjawab Kerajaan, tapi yang buat hal budak budak yang tak tau datang dari mana ni.



KERAJAAN MALAYSIA JANGAN TERLALU RAKUS @NajibRazak

Sangkakala dapat berita ni melalui whatsapp yang dihantar oleh seorang rakan kepada Sangkakala.

Berita yang agak mengejutkam juga bila Menteri mengatakan bahawa berniaga melalui laman facebook diharamkan.


Kerajaan jangan le terlalu rakus hendak mengutip cukai perniagaan kerana mereka yang berniaga secara online ini biasanya hanyalah separuh masa untuk menambah pendapatan sedia ada.

Ada beberapa komen yang Sangkakala perolehi daripada beberapa orang rakan dan majoriti daripada mereka mengatakan bahawa adalah tidak adil jika kerajaan mengharamkan perniagaan secara sambilan seperti ini.

Bagi Sangkakala mungkin ada alasan mengapa ianya diharamkan dan yang pertama mungkin kerajaan merasa rugi kerana mereka ini tidak berdaftar.dengan SSM atau pendaftaran perniagaan.

Tapi alasan tersebut sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan kerana mereka ini berniaga secara kecil kecilan dan majoriti daripada peniaga ini adalah dikalangan orang Melayu.

Yang kedua mungkin juga untuk menjaga kepentingan para pengguna supaya tidak ditipu oleh peniaga online.

Itu juga alasan yang Sangkakala rasa tidak boleh diterima, jika ada laporan berkenaan perkara tersebut, pihak polis boleh mengambil tindakan dibawah akta penipuan dan ianya juga merupakan risiko kepada mereka yang membeli barangan secara online.

Sangkakala sendirj biasa membeli barangan melalui internet seperti facebook dan nampaknya tidak ada masalah sama sekali.

Kerajaan seharusnya lebih giat membanteras penipuan yang dilakukan oleh individu yang kerap kali dilaporkan dan ada diantaranya kerugian hingga puluhan ribu ringgit.

Bagi Sangkakala perniagaan melalui internet tidak harus di halang atau diharamkan, berilah peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan ekoran dari peningkatan kos sara hidup yang makin meningkat.



Rabu, 17 Disember 2014

CARA KOTOR JATUHKAN KHALID IBRAHIM OLEH PKR

Jelas sekarang sudah kelihatan cara bagaimana PKR menjatuhkan kredibiliti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Pelbagai isu dicipta dan pemimpin di peringkat akar umbi menjadi jentera penggerak untuk gerakan menjatuhkan Khalid Sebagai Menteri Besar semata mata untuk menaikkan Wan Azizah pada ketia itu sebagai Menteri Besar yang baru.

Diantara yang lantang bersuara supaya Khalid meletakkan jawatan ialah Hee Loy Sian dari Petaling Jaya Selatan yang menyatakan bahawa Khalid perlu melepaskan jawatan kerana bersetuju dengab pembinaan KIDEX.


Tapi apa yang dapat kita lihat pada hari ini, KIDEX tetap diteruskan oleh Menteri Besar yang baru iaitu Azmin Ali dan apa yang kelakarnya, ahli PKR di Petaling Jaya Selatan sendiri mahukan KIDEX.

Tidak seperti di zaman Khalid mereka menentang pembinaan lebuhraya ini dan sanggup mengatakan bahawa Khalid adalah pengkhianat parti kerana bersetuju dengan pembinaan tersebut.



Khalid Ibrahim setuju tentang KIDEX diminta untuk melepaskan jawatan, yapi Azmin meneruskan KIDEX diberi pula sokongan dan ahli PKR sendiri pula minta supaya KIDEX diteruskan, apa pendirian ahli PKR tentang perkara ni?

Nampaknya kejatuhan Khalid memang dirancang dengan penuh teliti dan amat rapi serta halus permainannya.

Pembaca perlu sedar bahawa permainan PKR yang kotor ini berlaku dalam parti mereka sendiri, jatuh menjatuhkan diantara satu sama lain kerana kuasa walaupun mereka terdiri dari pemimpin tertinggi parti.


Selasa, 16 Disember 2014

#haramjadah BELUM MATI DAH TUNTUT PUSAKA

Begitulah malangnya nasib seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sebelum ini Anwar berhasrat untuk menjadi ADUN kawasan Kajang namun terbantut disebabkan kes liwat beliau didengarkan di mahkamah.

Lepas itu letak pula isteri beliau sebagai calun di Kajang dan seterusnya ingin menjadikan isteri beliau sebagai Menteri Besar dan bermulalah episod menghentam Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar pada ketika itu.

Namun sekali lagi berlaku kekecewaan dalam hidup Anwar Ibrahim apabila Wan Azizah tidak mendapat sokongan majoriti ADUN tetapi sokongan diberikan pula kepada Azmin Ali maka dinobatkanlah Azmin sebagai Menteri Besar yang baru.

Belum reda dengan kes berkenaan kini Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Nampaknya Azmin seolah olah mendoakan agar Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat dan akhirnya dihumban ke dalam penjara dan seterusnya beliau akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Begitulah besar hajat seorang lelaki bernama Azmin Ali yang ketika ini sedang bergembira dengan kejayaannya merampas negeri Selangor dari tangan Khalid Ibrahim tanpa perlu bersusah payah.

Sangkakala lihat Azmin kini mula mencatur permainan politik dengan memijak sesiapa sahaja demi untuk mencapai maksud serta keinginan beliau.

Belum mati (kena penjara) Anwar Ibrahim, Azmin dah berkira nak jadi Ketua Pembangkang.


SELEPAS PENIAGA - PEMANCING PULA JADI SASARAN

Nampaknya kerajaan Selangor takkan habis habis membebankan rakyat dalam apa juga hal.

Sejak semalam kecoh apabila ada ura ura kedengaran bahawa setiap pemancing ikan pelru mendapatkan permit hingga Menteri Pertanian malam tadi mengeluarkan kenyataan supaya ianya ditarik balik dan pelaksanaan perlesenan tersebut tidak akan berlaku.

Tapi perkara sebaliknya berlaku di Selangor apabila Menteri Besar telah mengeluarkan arahan atau perintah bahawa setiap pemancing perlu atau wajib membayar permit di PBT berkuat kuasa serta merta.


Tahun tahun sebelum ini kita mendengar dan melihat kenaikan paras cukai premis perniagaan, cukai pintu dan sebagainya dan hari ini pemancing pula akan dikenakan bayaran untuk memancing.

Hallo Mr MB, pemancing ni sebenarnya hanya untuk suka suka la, kalau dapat hasil tangkapan pun biasanya hanya untuk dijadikan juadah untuk keluarga, bukan sampai nak diniagakan.

Apakah dengan belanjawan defisit yang dikemukakan oleh Menteri Besar baru baru ni maka pemancing pula dijadikan sasaran untuk mendapat semula keuntungan? 

Rasanya kalau amalan mereka sebegini, jangan terkejut jika tak lama lagi akan ada beberapa kenaikan lagi di Selangor, dan kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah untuk menghadapi kenaikan kenaikan ini.



Ahad, 14 Disember 2014

ZAHID HAMIDI SEDARKAN GUAN ENG

Nampaknya Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa beliau memberi kebenaran kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah telah mendapat respon dari Menteri Dalam Negeri.


Yb Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa Guan Eng tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Mungkin selama ni Guan Eng merasakan bahawa beliau mempunyai kuasa penuh terhadap negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan dan beliau terlupa bahawa Negeri yang tidak mempunyai Sultan berada di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agung.

Peruntukan penggunaan kalimah Allah telah ditetapkan hanya untuk orang Islam dan ianya juga telah di fatwakan.

Adakah Guan Eng sengaja mahu mencabar Institusi Raja yang selama ini menjaga kepentingan agama Islam?

Tapi dari segi politiknya, PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa mereka memperjuangkan agama Islam langsung tidak berani bersuara untuk mempertahankan kalimah tersebut dan PAS dilihat pada hari ini sengaja diam membisu seribu bahasa.

Adakah PAS hanya mementingkan politik serta kuasa dan membiarkan hal hal berkaitan dengan agama dipermain main kan oleh DAP?

Jelas PAS tidak mampu mempertahankan Islam dan kata kata mereka memperjuangkan serta mempertahankan Islam hanyalah gimik politik semata mata.


Jumaat, 12 Disember 2014

BANTUAN OLEH GEREJA SATU PENGHINAAN KEPADA SULTAN

Kecoh apabila gambar pemberian sumbangan oleh sebuah gereja kepada orang Melayu Islam dihadapan Menteri Besar Selangor serta Anwar Ibrahim yang dikatakan bertempat di Kajang baru baru ni.



Mungkin ada yang beranggapan bahawa ianya tidak menjadi permasaalahan besar tetapi sedar atau tidak, kebajikan orang Melayu Islam sebenarnya dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat Selangor?

Dan ini semua tidak boleh dinafikan lagi kerana ianya memang telah diketahui umum sejak dari dulu lagi.

Ketiga tiga jabatan atau majlis serta pusat berkenaan adalah dibawah kuasa DYMM Paduka Sultan Selangor.

Pemberian sumbangan oleh gereja di Kajang ini kepada penerima Melayu Islam seolah olah menunjukkan bahawa Jabatan dan Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat tidak mengambil peduli tentang mereka ini sehinggakan mereka terpaksa emnerima pemberian dari Gereja.

Adakah Azmin selaku Menteri Besar juga mengiyakan bahawa Jabatan dan Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat ini tidak mengambil kisah tentang orang Melayu Islam di Selangor?

Berbalik kepada penghinaan terhadap Sultan Selangor.

Apabila ada penerima dari kalangan orang Melayu Islam maka ianya sekaligus mencacatkan atau merosakkan nama Jabayan dan Majlis Agama serta Pusat Zakat yang selama ini dilihat sentiasa memberikan bantuan kepada orang Melayu Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Berjuta peruntukan disalur kepada ketiga tiga badan ini demi untuk melihat kebajikan orang Melayu Islam terpelihara tapi ianya seolah olah dinafikan oleh Menteri Besar Selangor sendiri.



Rabu, 10 Disember 2014

HENTIKAN BERI PUBLISITI KEPADA SAMPAH MASYARAKAT DAN IKON BIADAP


Saya menyambut baik tindakan pihak Imigresen Malaysia yg bertindak berdasarkan lunas undang undang sediaada serta Perlembagaan Persekutuan dengan membatalkan passport Alvin Tan dan Ali Bin Abd Jalil, namun saya bersetuju dengan pendapat Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak perlu "over react" sehingga menarik balik kewarganegaraan mereka berdua.

Tindakan tegas sememangnya perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dan memperlekeh institusi Di Raja.

Oleh yang demikian, saya mengesa semua pihak yang berhadapan dengan spesis manusia seperti mereka berdua ini agar segera melaporkan kenyataan menghasut mereka kepada pihak Polis dan biarkan tindakan diambil oleh pihak Polis.

Namun kita tidak seharusnya terperangkap dengan strategi Alvin Tan dan Ali Jalil untuk mencari publisiti murahan serta meraih simpati bagi menghalalkan tindakan mereka di media maya.

Namun, adalah lebih baik kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan tidak kita viralkan kerana ianya akan memberikan publisiti murahan kepada mereka.

Kebelakangan ini, kita sudah terlalu banyak mempromosi sampah masyarakat dan ikon biadap seperti Alvin Tan dan Ali Jalil.

Spesis seperti mereka berdua ini tidak harus kita berikan liputan media atau kita bicarakan langsung.  Sebaik tindakan tegas diambil ke atas mereka, berita tentang mereka perlu kita hentikan supaya harapan mereka untuk menjadi hero pihak pembangkang tidak kesampaian.

Lokman Noor bin Adam
Panel Pemikir
Jabatan Hal Ehwal Khas

HANIZA TALHA LEBIH PENTINGKAN ORANG LUAR

Nampaknya ADUN Taman Medan, Haniza Talha lebih mementingkan orang di luar kawasan daripada pengundi beliau di kawasan sendiri.

Kejadian banjir yang melanda kawasan Taman Medan dikatakan sedikit pun tidak mendapat bantuan dari ADUN PR ni, tapi banjir di kawasan Bentong Pahang beriya iya Haniza Talha menghulurkan bantuan.


Ini diakui sendiri oleh orang Taman Medan apabila ada yang mengatakan bahawa tiada bantuan yang diterima daripada ADUN Taman Medan kepada mangsa banjir.

Apa dah jadi ni? Agaknya lepas ni Haniza nak bertanding di Pahang pula agaknya tu yang sampai bagi bantuan sedangkan orang dalam kawasan sendiri dibiarkan.

Ini semua bak kata pepatah, kera dihutan disusukan anak dirumah mati tak makan.

Sepatutnya sebagai seorang ADUN kerajaan, Haniza boleh menyalurkan segala bagai peruntukan dan bantuan kepada para pengundi yang teribat dalam banjir di Taman Medan, tapi sekarang lain pulak jadinya.

Kalau orang Taman Medan sendiri tak boleh nak nilaikan ADUN PR ni, Sangkakala pun tak tau nak kata apa dah, kira nasib je lah.


Selasa, 9 Disember 2014

TAJUK AKHBAR MENGELIRUKAN !! HANYA KERANA NAK LARISKAN PERNIAGAAN

Nampaknya pihak penerbit surat khabar pun tak sensitif dengan isu yang nak dimainkan dalam akhbar mereka, adakah ini bermakna mereka hanya mementingkan perniagaan dan hanya untuk menghangatkan berita di dada akhbar yang diterbitkan?


Tajuk akhbar dalam Berita Harian jelas menunjukkan tajuk 'SEORANG LAGI MILITAN KITA MAUT'.

Persoalannya, bila Malaysia menghantar militan hingga perkataan 'KITA' tu wujud?

Setahu Sangkakala, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak menyokong mana mana individu rakyat Malaysia yang bertindak menjadi gerila untuk berperang di mana mana sahaja dan kita ( Malaysia) mengutuk sekeras kerasnya tindakan yang diambil oleh mereka mereka ini.

Bagi Sangkakala, penggunaan ayat yang digunakan oleh akhbar ini akan mencerminkan bahawa kerajaan Malaysia seolah olah menaja mereka (militan) ini untuk pergi berperang dan ini akan memberikan persepsi buruk terhadap negara.

Sangkakala harap agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk membuat penjelasan atau membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta kerajaan sekiranya mereka merasakan bahawa telah berlaku kesilapan dalam penggunaan bahasa tersebut.


#bangang ADUN PAS DAKWA EXCO KERAJAAN BAWA SAMSENG LAWAT KAWASAN

Memang tepat kalau ada yang mengatakan bahawa PR dan samseng berpisah tiada, ini bukan Sangkakala yang cakap, tapi ADUN dari PAS sendiri yang maklumkan dalam sidang DUN baru baru ni.

ADUN Meru naik angin apabila EXCO kerajaan negeri tidak memaklumkan kepada beliau tentang kehadiran EXCO berkenaan ke kawasan Meru dan dilaporkan di dalam akhbar berbahasa tamil.

Klik gambar untuk video

Sejak dari dulu kita asyik mendengar bahawa Pakatan Pembangkang tidak lekang dari insiden yang melibatkan gaya ala ala samseng hinggakan pergaduhan juga terlihat dalam pemilihan PKR sampai ada yang mengalami kecederaan.


Pelabagai spekulasi dibuat untuk menyalahkan pihak Barisan Nasional kononnya Barisan Nasional yang menjadi dalang hingga mengakibatkan pergaduhan dalam pemilihan tersebut tapi kali ini ianya didedahkan sendiri oleh ADUN dari PAS yang turut sama dalam PR.

Adakah YB Rani juga merupakan orang UMNO atau Barisan Nasional? Hingga mengatakan EXCO kerajaan Selangor ini membawa samseng apabila melawat kawasan beliau?

Pembaca boleh nilaikan sendiri bagaimana ADUN PAS ini tidak berpuas hati dengan tindakan atau pendekatan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor dan adakah ini yang mampu untuk mengharmonikan keadaan di Selangor jika EXCO kerajaan mendampingi samseng dalam menjalankan tugasan mereka?



#haramjadah AZMIN ALI MENTERI BESAR TAK TAU MALU

Agaknya Menteri Besar Selangor ni memang muka tembok tak tau malu sejak dari azali lagi.

Mana tidaknya, kalau Azmin tau malu sudah pasti dia takkan pergi untuk menyaksikan sebuah gereja di Kajang memberikan bantuan kepada orang Melayu beragama Islam sedangkan dia sendiri seorang Melayu dan menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.


Bukan saja Azmin, malah Anwar Ibrahim pun sama menyaksikan perkara tersebut.

Sangkakala tak mau cerita pasal Anwar sebab semua orang dah tau siapa Anwar yang sanggup meletakkan agama ke tepi demi kelangsungan politik.

Azmin pula sepatutnya malu apabila pihak gereja memberikan bantuan kepada orang Melayu sedangkan di Selangor mempunyai majlis agama Islam dan Azmin selaku Menteri Besar mampu untuk mengarahkan agar bantuan diberikan kepada orang Melayu seperti dalam gambar diatas untuk menerima bantuan.

Apa guna ada Menteri Besar Melayu sekiranya kebajikan Melayu itu sendiri tidak diambil berat hinggakan terpaksa menerima bantuan dari pihak gereja?

Apakah Azmin sudah lupa bahawa dia sepatutnya menjaga kebajikan serta kepentingan orang Melayu dan tidak sepatutnya orang Melayu menerima bantuan daripada pihak gereja yang melihatkan bahawa orang Melayu itu sendiri tidak mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan majlis agama.

Nampak gayanya orang Melayu di Selangor tidak lagi boleh bergantung harap kepada PKR dan PAS yang jelas tidak mampu untuk menjaga kebajikan Melayu dan Oslam walaupun itu yang sepatutnya dilakukan serta dititik beratkan.


SHAMSUDDIN LIAS BUAT PR SELANGOR TERKEDU

Siang tadi Yang Berhormat Dato Shamsuddin Lias, Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional membuat kejutan apabila menyerahkan semula kereta rasmi yang diberikan oleh kerajaan Selangor.

Klik gambar untuk video

YB Shamsuddin yang menyifatkan bahawa pemberian kenderaan tersebut adalah merupakan umpan agar beliau menerima jawatan Pengerusi Jawatankuasa kira kira awam yang dikatakan tidak telus.

Kalau nak diikutkan jawatankuasa PAC di Selangor memang tidak telus apabila meletakkan hanya 2 ahli jawatankuasa daripada pembangkang (BN) sedangkan ADUN PR ada 5 orang dalam jawatankuasa tersebut.

Ini nanti sudah tentu akan menyukarkan pergerakan Dato Shamsuddin selaku pengerusi kerana segala keputusan sudah pasti akan memihak kerajaan negeri dan ianya akan dipersetujui sebulat suara dan dalam masa sama kerajaan negeri akan mengatakan bahawa kelulusan tersebut dibuat oleh wakil BN yang menjawat jawatan sebagai pengerusi.


Kerajaan PR memang pandai bermain politik apabila cuba membuat paksaan apabila mengusulkan satu usul dalam Dewan Undangan Negeri yang mana Ketua Pembangkang diwajibkan untuk memegang jawatan tersebut dan ini juga telah membuatkan YB Dato Shamsuddin melepaskan jawatan Ketua Pembangkang berkuatkuasa serta merta.

Klik gambar untuk video

Shamsuddin juga mengatakan bahawa beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang untuk menjaga integriti beliau sebagai seorang wakil rakyat dimana Dewan Undangan Negeri telah pun membuat ketetapan bahawa Ketua Pembangkang wajib menjawat jawatan Pengerusi PAC dan ini bertentangan dengan prinsip yang beliau pertahankan selama ini.

Dalam sidang media yang sama, ADUN Sungai Burong tersebut juga telah mencabar Menteri Besar Selangor untuk memecat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjawat jawatan penasihat ekonomi negeri Selangor memandangkan Sultan Selangor sendiri sudah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar.

Klik gambar untuk video

Tapi mampukah Azmin memecat Anwar Ibrahim dari menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor? Kita boleh tengok nanti dan boleh lah kita sama sama nilaikan.

Dan apa yang pasti selepas ni takkan ada suara suara sumbang dari ADUN PR yang mengatakan bahawa YB Dato Shamsuddin hanya menerima kenderaan rasmi sedangkan jawatan yanh dipertanggungjawabkan kepada beliau ditolak.

EXCO kerajaan negeri selalu memberikan persepsi buruk terhadap Ketua Pembangkang dengan mengungkit tentang hal kenderaan ini sedangkan kereta rasmi tersebut telah diserahkan semasa zaman pentadbiran bekas Menteri Besar yang lama iaitu Khalid Ibrahim tetapi ianya tidaklah diberikan secara menunjuk nunjuk.

Agaknya apa pulak yang nak dibuat oleh Kerajaan Selangor lepas ni apabila YB Dato Shamsuddin memulangkan semula kereta dan segala kemudahan yang diberikan kepada beliau siang tadi? Sama sama kita nantikan episod drama kerajaan negeri selepas ni.



Ahad, 7 Disember 2014

PERTUBUHAN BIBLE MALAYSIA MINTA KERAJAAN SELANGOR MOHON MAAF

Nampaknya kerajaan Selangor kini berhadapan dengan satu lagi masalah apabila Menteri Besar yang baru, Azmin Ali telah memulangkan semula kitab bible yang tertulis perkataan Allah didalamnya kepada Persatuan Bible Malaysia.


Persatuan Bible kini meminta supaya kerajaan Selangor memohon maaf kerana kononnya telah mengecop dan ini menghina kitab tersebut.

Dah berkali kali dikatakan supaya jangan dipulangkan bible yang jelas melanggar perlembagaan negara kepada puak puak ni, tapi kerana politik, Azmin akur dengan kehendak kritianisasi dan seterusnya memulangkan semula kitab berkenaan.

Sekarang kita akan lihat sama ada kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Azmin akan terus tunduk akan terus dicucuk hidungnya untuk terus mengikut rentak DAP, atau beliau akan mempertahankan kewibawaan beliau sebagai seorang Menteri Besar yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.



Sabtu, 6 Disember 2014

CARA MACAI PR #haramjadah BERCAKAP DENGAN ORANG

Kali ni Sangkakala taknak cakap banyak banyak tapi Sangkakala nak biarkan gambar dibawah berbicara dan pembaca semua boleh nilaikan sendiri puak puak ni punya mentaliti.






Boleh nampak dan baca kan inbox macai PR ni dengan orang? 

Pembaca sendiri nilaikan dan rasanya tak salah kalau kita pulak ramai ramai pegi maki si haram jadah ni.

Untuk makluman, Jamil Sahat ni berhubung dengan salah seorang rakan FB Sangkakala.


#haramjadah JANDA TERDESAK DIHUKUM PENJARA

Sedih pula bila Sangkakala terbaca dalam posting seorang rakan FB yang menunjukkan seorang ibu tunggal dihukum penjara 6 hari hanya semata mata kerana mencuri barangan bernilai RM 138.


Memang akan ada suara yang mengatakan bahawa jika bersalah tetap bersalah dan setiap kesalahan perlu dihukum.

Baik..disini Sangkakala akui dan akur bahawa setiap kesalahan perlu dihukum dengan setimpal dan yang salah tetap salah.

Tapi cuba kita baca balik apa yang dicuri oleh ibu tunggal ini di pasaraya tersebut.

Dari apa yang Sangkakala baca, jelas 6 jenis barangan tersebut adalah barangan keperluan rumah serta susu kanak kanak dan ada juga barangan keperluan persekolahan.

Ada tak kita terfikir bahawa ibu tunggal ini begitu terdesak untuk membeli barangan keperluan anak anaknya?

Adakah kita terfikir bahawa ibu tunggal ini tak mampu untuk membeli barangan keperluan persekolahan anaknya?

Persoalannya disini, adakah masyarakat sekeliling mengambil peduli tentang kehidupan mereka mereka yang tidak berkemampuan seperti kes ibu tunggal yang dipenjarakan selama 6 hari kerana mencuri barangan keperluan?

Mungkin ibu tunggal ini bersalah, tapi bagi Sangkakala masyarakat keliling lebih bersalah kerana membiarkan mereka hidup dalam keadaan daif dan adakah masyarakat keliling dipenjarakan kerana itu? Jawapannya tidak kerana tiada undang undang diperuntukan kerana membiarkan mereka ini hidup susah.

Jadi disini, perhatikan permasaalahan disekeliling kerana kita mampu untuk mengubah keadaan tersebut.


Rabu, 3 Disember 2014

#bangang NG SWEE LIN KECEWA LAGI

Nak ketawa sampai guling guling bila Sangkakala tengok si pendek bernama Ng Swee Lin, ADUN dari Sekinchan bila dah kalah dalam pemilihan timbalan speaker baru baru ni meroyan bagai nak giler.

DAP mengatakan bahawa jawatan tersebut telah dijanjikan oleh Azmin selaku Menteri Besar yang baru untuk diberikan kepada DAP dan apabila pemilihan diadakan PAS telah mendapat mandat yang penuh untuk mengisi kerusi tersebut.


Dan sekarang dengar kata Ng Swee Lin mula mengelupur sampai minta jawatan timbalan speaker 2 diwujudkan pula untuk diisi oleh DAP.

Nampak sangat DAP ni lapar jawatan sebab jawatan speaker telah diberikan kepada Hannah Yeoh wakil dari DAP dan timbalan sebelum ini diisi oleh Nik Nazmi dari PKR dan apabila satu kerusi exco kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada PAS tapi diberikan kepada Nik Nazmi maka kerusi timbalan speaker digantikan pula dengan wakil PAS.

Ng Swee Lin yang sebelum ini mengatakan bahawa beliau bertanding dalam pemilihan kerusi timbalan speaker adalah untuk mengajar PAS nampaknya dah jadi terbalik pula bilabdia sendiri yang beriya iya minta jawatan tersebut.

Apa macam PAS? dah nampak game yanh dimainkan oleh DAP? Masih buta atau sengaja buat tak nampak bagaimana DAP menghina PAS yang mendapat undi majoriti ahli Dewan Undangan Negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Azmin pula menarikan yang beliau pernah berjanji untuk memberikan jawatan timbalan speaker kepada DAP sebab speaker Dewan telah diberikan kepada parti tersebut.

Tapi Sangkakala rasa ini semua sebab Ng Swee Lin rasa dia layak untuk duduk bukan sahaja sebagai timbalan speaker tapi sebagai exco kerana dalam penggal 2004-2008 yang lalu, hanya ada 2 wakil rakyat dari PR dalam Dewan iaitu Ng Swee Lin serta Dato Teng.

Jadi nampaknya harapan Ng Swee Lin terpaksa dikuburkan dan ianya hanya tinggal harapan.



Selasa, 2 Disember 2014

#bangang CHIN PENG HARAMKAN ABU MAYAT MENDIANG DI BAWA PULANG

Nampak gayanya makin biadap dan makin terserlah kebodohan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang apabila mengatakan bahawa abu mayat mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya perlu diberikan kebenaran untuk dibawa pulang.

Kononnya parti Komunis Malaya juga merupakan pejuang kemerdekaan tanah air dan mereka ini juga dikatakan sama sama berjuang ke arah tersebut.

Jangan jadi bodoh la mapley..kalau PKM berjuang menentang Jepun dan Inggeris, kenapa lepas merdeka pun mereka masih lagi mengangkat senjata memerangi kerajaan yang telah dipilih pula hingga membunuh dan mencederakan ratusan malah mungkin ribuan tentera serta pasukan keselamatan kita? Itu pejuang? 

Tak sudah dengan itu, ada pula satu persatuan entah dari hutan mana pun tak tau telah mendesak kerajaan Malaysia supaya menghormati Perjanjian Damai Hatyai seperti yang Sangkakala masukkan dibawah.


Nampak tak tertera pada tulisan perenggan pertama ayat terakhir? Ahli PKM yang berasal dari Malaya dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia, JIKA MEREKA MAHU.

Ayat JIKA MEREKA MAHU jelas menunjukkan bahawa Chin Peng tidak bersetuju untuk pulang ke Malaysia aemasa hayatnya ada, tetapi kenapa abu mayat perancang serangan serangan ini hendak di bawa pulang?

Kenapa tidak semasa hayatnya Chin Pemg meminta kebenaran untuk tinggal di Malaysia jika dia merasakan bahawa ini adalah negaranya? Kenapa mesti dia memilih Thailand sebagai destinasi akhir beliau untuk menghabiskan sisa sisa kehidupan lampau yang penuh dengan dosa pembunuhan, pemerkosaan, perompakan dan sebagainya?

Dan satu lagi, adakah Chin Peng masih menganggap bahawa Malaysia ini adalah negara mendiang sepanjang mendiang tinggal di Thailand?

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa Chin Peng pernah meminta atau memohon untuk pulang ke Malaysia tetapi kalau inya ditolak, itu adalah atas aspek keselamatan mendiang dimana Sangkakala jika dia pulang semasa hayatnya sudah pasti ramai yang angkat lengan untuk membalas dendam diatas kehilangan orang tersayang akibat dari kekejaman komunis



Sabtu, 29 November 2014

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KECOH KERANA SEORANG GADIS

Perhimpunan Agung UMNO telah pun tamat siang tadi dengan pelbagai nostalgia, teguran dan sindiran daripada pembahas dalam perhimpunan Agung dilihat diambil secara serius oleh pucuk pimpinan parti.

Tapi dalam pada itu berlaku juga satu perkara yang membuatkan Perhimpunan Agung kali ini menjadi panas ditambah pula apabila ianya melibatkan peggiat media iaitu para blogger yang selama ini menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.


Sangkakala lihat ramai yang naik angin apabila gadis yang bernama Farhana dari Kelab UMNO Luar Negara ini mempertikai atau mempersoal para blogger yang kononnya lewat menjawab isu atau fitnah pembangkang.

Bagi Sangkakala ada dua sudut yang perlu dilihat disini dan yang pertama ialah, memang ada kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh adik Farhana ni.

Dalam memjawab isu atau fitnah pembangkang  memang kita mengalami kelewatan tetapi perlu juga diingat bahawa setiap satu fitnah atau isu perlu dijawab dengan fakta dan bukannya dengan auta atau suka suka nak jawab dan kadang kadang fakta dan jawapan ini kami sebagai blogger dimaklumkan agak lewat dan ini yang membuatkan jawapan berkenaan lewat dikeluarkan.

Mungkin Farhana tidak tau tentang apa yang berlaku sebenarnya di Malaysia kerana beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan dengan itu Sangkakala rasa tidak menjadi masalah jika beliau mengeluarkan apa yang terpendam.

Satu lagi sebab Sangkakala agak bersetuju dengan Farhana ialah, bukan sahaja penggiat media ini lambat menjawab iau atau fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang malah ada juga dikalangan penggiat media yang menghentam kepimpinan sendiri.

Sebagai contoh Sangkakala berikan disini ialah isu teguran Perdana Menteri terhadap kepimpinan UMNO Selangor, ada dikalangan penggiat media yang turut sama menghentam kepimpinan UMNO Selangor seterusnya memberi input kepada cybertrooper pembangkang untuk menjadikan isu tersebut menjadi lebih hangat.

Bagi Sangkakala, kadang kadang teguran seperti ini perlu juga kita sebagai penulis laman blog terima dan tidak ada salahnya jika orang luar bercadang untuk memberikan nasihat serta cabaran dan disini Sangkakala lihat Kelab UMNO Luar Negara telah memberikan cabaran dan dari apa yang Sangkakala lihat, Farhana mengatakan bahawa sekiranya blogger UMNO lewat menjawab isu maka Kelab UMNO Luar Negara akan cuba membantu untuk menjawab fitnah tersebut.

Disini Sangkakala harap ada pembetulan, sepatutnya Farhana mengatakan bahawa mereka ( KULN ) sama sama membantu tidak kira siapa dulu siapa kemudian dalam menjawab satu satu isu.



Jumaat, 28 November 2014

#haramjadah PEMBERI RASUAH PARTI PEMBANGKANG DIBONGKAR

Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang mengamalkan rasuah sebenarnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengatakan bahawa beliau meberima tawaran sehingga RM 100 Juta jika membawa ahli parlimen BN untuk menyokong PR.


Menurut kata Anifah, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan parti pembangkang telah membuat tawaran
tersebut kepada beliau.


Nampaknya bukan sikit duit yang ditawarkan dan persoalannya darimana sumber kewangan mereka ni dapat? Takkan dari perniagaan semata mata atau memang ianya adalah duit Pembangkang dan disalurkan kepada ahli perniagaan berkenaan untuk memujuk Anifah bagi melaksanakan tugasan yang diberi.

Sangkakala mohon kepada pihak SPRM untuk menyiasat dakwaan Menteri Luar ini dan jika ianya terbukti maka mereka mereka ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan jangan dibiarkan sewenang wenangnya nak beli orang.

Agaknya selama ni yang dikatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional membeli pemimpin pakatan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat sedangkan mereka sendiri yang melakukan perkara tersebut.



#haramjadah MAHASISWA DALAM NEGARA DIANAK TIRIKAN

Bangga bila melihat UMNO mahu mendampingi mahasiswa dalam satu perjumpaan diantara Perdana Menteri dengan Kelab UMNO Luar Negara semalam.

Tapi apa yang mengecewakan ialah apabila mahasiswa tempatan terbiar seolah olah dianak tirikan oleh UMNO sedangkan yang merancang untuk pertemuan diantara mereka ini hanyalah beberapa orang dan Sangkakala yakin ianya diatur oleh biro pendidikan.



Ini ke yang di namakan nak meremajakan UMNO? Kalau kesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin parti pun dah macam ada double standard?

Untuk yang mengatur pertemuan, Sangkakala tak mengatakan bahawa pertemuan diantara Kelab UMNO Luar Negara dengan Perdana Menteri tak bagus, tapi biarlah dibuat secara menyeluruh agar ianya lebih berkesan.

Rasanya Perdana Menteri akan ada menyebut hala tuju UMNO serta harapan beliau kepada para mahasiswa ni, kenapa tidak diberika  peluang kepada semua tak kira lah dalam negara atau luar negara untuk sama sama mendengar apa harapan dan permintaan kepada mereka.

Kalau ini rupa yang korang buat, mahu ke nanti mahasiswa dalam negara datang untuk mendampingi UMNO atau mereka ini akan terus menjauhkan diri apabila merasa tersisih?

Kadang kadang Sangkakala tengok dikalangan orang sekeliling Presiden Parti tak peka dengan keadaan dan selalu buat perkara yang lebih kepada syok sendiri sedangkan dalam ucapan Perdana Menteri sendiri dalam konvensyen UMNO Selangor mwngatakan kita jangan buat program syok sendiri.

Kalau lah ini gayanya, jangan le harap ada anak muda dari golongan bijak pandai yang akan mendampingi UMNO, tambah jauhkan diri ada lah.

Kepada mahasiswa, kalian jangan berkecil hati sebab kalian masih lagi menjadi harapan kami sebagai ahli UMNO untuk menjadi pelapis kepimpinan dimasa akan datang, persetankan dengan perlakuan manusia manusia yang tak sedar diri ni, teruskan usaha dan Sangkakala yakin Presiden serta ahli UMNO masih bersama kalian.



Khamis, 27 November 2014

MALAYSIAN INSIDER BAKAL DIKEMUKAKAN SAMAN

Sedap sedap je portal Malaysian Insider memfitnah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dalam artikel mereka baru baru ni yang mengatakan bahawa Datuk Seri Noh mendakwa UMNO Selangor banyak duit dan tak perlukan peruntukan dari kerajaan Pakatan di Selangor.

Tapi nampaknya apa yang difitnah oleh Malaysian Insider telah mendapat respon daripada Datuk Seri Noh dan beliau telah memberikan amaran kepada Malaysian Insider untuk memohon maaf kepada beliau dalam masa 2 minggu dan sekiranya Malaysian Insider gagal berbuat demikian maka satu tindakan saman akan dikeluarkan.

Klik gambar untuk video

Lain kali jangan suka suka nak keluarkan artikel fitnah orang, kan dah mendapat.

Ingatan Sangkakala kepada editor Malaysian Insider supaya membuat permohonan maaf sesegera mungkin sebab nampaknya Datuk Seri Noh serius dan bukan main main dalam hal ni.