Ahad, 3 Februari 2013

MP PARIT BUNTAR PENGGUBAL UNDANG UNDANG RUPANYA

Sangkakala biasa berjumpa juga dengan pemimpin di peringkat parlimen di seluruh negara, tidak kiralah beliau Menteri, Timbalan Menteri atau Ahli parlimen biasa.

Tapi takde pula mereka mengatakan bahawa mereka hanyalah penggubal undang undang semata mata di Parlimen hingga terlupa dengan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat di kawasan masing masing.

Tapi apa yang terjadi seperti gambar di atas apa bila ahli parlimen Parit Buntar yang boleh dikatakan berdebat dengan sahabat Sangkakala dalam laman facebook menyatakan bahawa beliau menggubal undang undang seluruh negara.

Mungkin juga Sangkakala tidak berapa faham dengan maksud yang dikatakan oleh beliau namun apa yang Sangkakala tau ialah ahli parlimen perlu memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka untuk dibawa kepada pengetahuan kerajaan pusat.

Dalam perdebatan itu juga Sangkakala lihat ianya telah menunjukkan bahawa Mujahid (ahli parlimen PAS Parit Buntar) berkata seoalah olah beliau BOLEH membiarkan permasaalahan di kawasan diserahkan kepada ADUN (yang juga tidak menjalankan tanggungjawab) serta parti lain.

Walau pun dalam kenyataan yang Sangkakala masukkan diatas menunjukkan bahawa beliau mengatakan yang mana beliau menjalankan tugas tugas menjaga kebajikan rakyat namun ianya hanyalah omongan kosong semata mata.

Perkara ini Sangkakala sahkan dari penduduk di kawasan Kampung Kuala Bagan Tiang yang kerap kali banjir apabila hujan lebat bahawa YB Mujahid hanya datang ke Kampung mereka untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional hinggakan apa bila permasaalahan diajukan kepada beliau, beliau masih juga menyalahkan kerajaan pusat dalam permasaalahan tersebut.

Ada juga yang meminta agar Sangkakala bertanya kepada Mujahid, dimanakah rumah kediaman beliau sebagai ahli parlimen di Parit Buntar, ini kerana ada dikalangan penduduk sekitar Parit Buntar yang tidak dapat menghubungi beliau ketika dalam kesusahan dan mereka akhirnya terpaksa menghubungi pejabat UMNO Bahagian untuk mengadu nasib walau pun mereka tahu bahawa ahli parlimen mereka dari parti yang lain.

Seperti hari ini, program yang dinamakan Beutiful Malaysia telah dijalankan di seluruh negara dan tidak terkecuali juga kawasan Parit Buntar yang mendapat perhatian Barisan Nasional dalam program tersebut, dan gambar diatas juga Sangkakala ambil pada hari ini dimana Presiden Gerakan Belia 4B bersama sama penduduk menjalankan kerja kerja gotong royong membantu masalah banjir kilat di kawasan kampung Bagan Tiang Parit Buntar disebabkan aliran air tidak sempurna dan palong laluan air tersebut juga disumbangkan oleh Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden GB4B Malaysia dalam usaha memberikan keselesaan kepada penduduk.

Jadi disini Sangkakala persoalkan, dimana tugas tugas mereka sebagai ahli parlimen dikawasan? Adakah hanya sekadar jawatan dan tugas diserahkan kepada orang lain?

Tepuk dada tanya iman dan buka mata serta minda, kalau berterusn begini, kemajuan dikawasan tidak akan tercapai, dan Sangkakala melihat bahawa KPI atau Indek pencapaian mereka ini tidak setanding dengan ahli parlimen Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh gebang ja la di blog ini. syiok sendiri. baru buat prg sikit dah tunjuk gah konon hanya umno bantu rakyat.

itupun dah dekat pilihanraya baru muncul umno nak tgk rakyat. peruntukan wakil rakyat semua disapu.

nak tulis pasal parit buntar, tapi tak faham suasana politik di parit buntar

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.2.13 @12.46 ptg

Betul la kata tuan tu...UMNO dekat pilihanraya baru muncul nk tengok rakyat...baru nk tolong rakyat...ada yang buat dan ada yang tidak...tapi pembangkang buat apa???? 20 tahun memerintah yang depa dok buat hanyalah ceramah, ceramah dan ceramah...nak nak yang wakil bukan orang tempatan... langsung tak nampak muka sehinggalah hari penamaan calon...baru keluar jumpa rakyat konon nak bela rakyat...ada yang rakyat tak kenal pun...haprak punya wakil...tspi nak salahkan wakil tu 100% takleh juge sbb rakyat kawasan tu tongong juge...dah tau tk buat apa2 pun masih dipilih juge atas sbb agama... landasan agama apa kalau ceramahnya tkder yang lain selain dari mengutuk, menghina, memaki dan memfitnah...itulah darah daging dan budaya pembangkang di bumi bertuah ini...langsung tidak ada kritikan membina dari puak2 haprak dan haramjadah ini...so fikir2 lah ya....

Tanpa Nama berkata...

tu dia umno punya komen. dok kata orang maki tak sedar dia dok maki.

nak tulis bagi la fakta, jangan dok ikut perasaan marah.