Sabtu, 18 Ogos 2012

LIM KIT SIANG TAK MENGAKU TERLIBAT DENAGN KES 13 MEI

13 Mei 1969 merupakan detik sejarah hitam yang melanda negara selepas kemerdekaan tercapai.

Lim Kit Siang seperti didalam gambar dibawah telah diletakkan sebagai salah seorang yang mencetuskan provokasi dalam insiden tersebut.

Tapi kali ini, Lim Kit Siang tidak mengaku seperti mana yang didakwa dan beliau telah memfailkan saman kepada penerbit filem 'Tanda Putera' yang didakwa menuduh beliau sebagai pencetus kejadian 13 Mei.

Sangkakala memang tidak lagi lahir ke muka bumi semasa kejadian tersebut, tetapi daripada apa yang diceritakan oleh arwah datuk Sangkakala dulu, beliau sendiri mengatakan bahawa beliau telah melihat LKS yang menjadi tukang provok diikuti dengan orang-orang cina yang lain.

Antara ayat yang dikeluarkan oleh mereka ialah 'malay si a' yang membawa maksud 'mati melayu', oleh kerana provokasi melampau sambil membawa penyapu ini yang menjadi simbolik bahawa kaum cina pada ketika itu ingin menghalau orang-orang Melayu dari Malaysia maka orang-orang Melayu telah bangkit dan terjadilah peristiwa berdarah iaitu pergaduhan antara Cina dengan Melayu yang selama ini berganding bahu bersama-sama menuntut kemerdekaan.

Gambar dibawah juga menunjukkan bahawa LKS ditahan oleh anggota keselamatan kerana kesalahan yang sama.

Satu lagi yang Sangkakala hairankan disini, jika LKS tidak terlibat dalam insiden tersebut, kenapa beliau begitu marah dengan sebuah filem hingga sanggup memfailkan saman terhadap penerbit filem tersebut?

Nampaknya LKS sendiri telah membuka siapa diri beliau sebenarnya dan telah membuktikan bahawa beliau mungkin terlibat sama, jika tidak, takkan LKS begitu marah dengan filem Tanda Putera.

Tiada ulasan: