Khamis, 2 Ogos 2012
RAFIZI RAMLI BAKAL HILANG KELAYAKAN UNTUK BERTANDING PRU13
Akibat dari sikap yang suka menunjuk pandai dan menganggap dirinya bijak serta berani, kini ianya ternyata memakan diri pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi yang diakatakan akan bertanding sebagai calon PKR dikawasan Pandan mungkin perlu melupakan sementara hasrat beliau ekoran daripada penahanan dan pendakwaan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta BAFIA.
Dalam undang-undang tersebut, jelas menunjukkan bahawa si pelaku atau tertuduh beoleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun atau denda sebanyak RM 3 Juta.
Mengikut undang-undang Suruhanjaya PilihanRaya pula, seseorang calon akan hilang kelayakan untuk bertanding setelah mahkamah menjatuhkan hukuman dan ianya mengambil masa selama 5 tahun untuk membolehkan seseorang itu bertanding semula mewakili parti atau calon bebas.
Untuk bacaan lanjut sila <klik>
Jika Rafizi disabitkan dengan kesalah ini dan dijatuhi mana-mana hukuman sama ada penjara melebihi setahun atau denda tidak kurang dari RM 2000 maka hasrat beliau untuk menjadi calon wakil rakyat hanya akan diperolehi selepas lima tahun akam datang.
Rafizi didakwa di bawah akta BAFIA kerana berhubung kes pencabulan undang-undang itu dengan mendedahkan butir-butir peribadi perbankan Pusat Fidlot Negara (NFC) dan pengarahnya.
Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin dalam keputusannya di kamarnya menetapkan tarikh perbicaraan pada 10 September depan.
Menurut Akta BAFIA (Bank & Financial Act) atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen peribadi syarikat diambil dari bank tanpa persetujuan pemiliknya, apatah lagi didedahkan kepada umum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan