Jumaat, 31 Ogos 2012

BEZA ANTARA PR DAN BN

Malam tadi semasa sambutan diambang kemerdekaan di Bukit Jalil telah terjadi satu kejadian dimana pengikut-pengikut PR telah membuat kekacauan di Dataran Merdeka dengan berhimpun beramai-ramai mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman.

Jika dilihat pada senario semasa, pengikut kerajaan Barisan Nasional mengadakan himpunan di kawasan yang telah diberikan kelulusan sedangkan mereka pula melanggar perintah pihak berkuasa dengan berhimpun secara haram di Dataran Merdeka.

Satu lagi perbezaan yang boleh dikatakan ketara dan menunjukkan bahawa pengikut Barisan Nasional lebih bertamadun ialah, semasa himpunan diambang kemerdekaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di Dataran Selangor berjalan dalam keadaan aman dengan tidak ada apa-apa gangguan langsung.

Disini kita semua dapat melihat bahawa pengikut-pengikut PR lebih mengikut telunjuk pemimpin PR dengan menghantar mereka ke Dataran Merdeka untuk melakukan kekecohan dan kekacauan.

Adakah ini dinamakan rakyat sebuah negara yang merdeka?

Bagi Sangkakala mereka ini tidak lagi merdeka apabila masih mengikut telunjuk pemimpin mereka yang secara terang-terangan cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan negara.

Jadi pembaca sekalian boleh menilai, yang mana lebih baik dan yang mana lebih buruk.

Tiada ulasan: