Khamis, 30 Ogos 2012

ANAK TERUS MENCUBA LAGI

Setelah gagal dalam usaha untuk menggagalkan penyenaraian FGVH ke bursa saham Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengancam untuk mendedahkan dakwaan salah laku seorang pegawai kanan Felda jika dilantik menjadi pengarah besar baru agensi tanah tersebut, bagi menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pada 1 September ini.

Ini juga mungkin salah satu lagi usaha untuk ANAK untuk menjatuhkan kekuatan FELDA yang dilihat banyak membantu peneroka disamping menjadi ajen bagi memastikan kejayaan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Manakan tidak, hinggakan pengurusan di dalam FELDA sendiri tentang pertukaran pegawai atau pengarah FELDA di ambil kira.

Bagi Sangkakala, setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan dalam menukarkan pegawai-pegawai atasan sudah tentulah mengambil kira tentang kepakaran dan kesesuaian serta pengalaman mereka didalam satu-satu bidang dan barulah mereka akan ditukarkan.

Mazlan Aliman dilihat lebih kepada mencari publisiti murahan dengan cara mengugut Perdana Menteri berkenaan perkara ini, dan sudah terlalu ketara bahawa pembangkang ketandusan idea dalam meraih simpati rakyat.

Tiada ulasan: