JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Ahad, 12 Ogos 2012

TAMRIN LUPA PADA SEJARAH ANWAR DAN TUN GHAFAR

Bekas pemimpin Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam tadi.

Agaknya Tamrin lupa bahawa satu masa dulu Anwar Ibrahim telah membeli beberapa orang ketua bahagian untuk menjatuhkan allahyarham Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan disitu jugalah bermulanya politik wang dalam UMNO.

Tapi mungkin juga Tamrin tidak mahu mengenangkan kisah itu kembali kerana dijanjikan jawatan yang membuatkan beliau hilang pertimbangan dan melupakan jasa UMNO terhadap negara dan mengabaikan segala perjuangan yang dilakukan oleh alhhayarham bapa beliau yang dianggap sebagai pejuang UMNO yang jitu.

Apa pun Tamrin memang dari dulu lagi dipandang lebih kepada pengikut pembangkang selepas beliau tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Kata-kata beliau serta gerak geri beliau didalam menyokong pembangkang amat ketara dan ini adalah hasil dari apa yang dilakukan oleh beliau selama ini.

Jika ada lagi allahyarham Tun Ghafar, sudah pasti kekecewaan akan terpancar di raut wajah, anak yang diharap dapat meneruskan perjuangan beliau kini berpaling tadah dengan menyokong orang yang menjatuhkan beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia tak tahu siapa yang mainkan bapa dia dulu