live streaming / siaran langsung

Khamis, 9 Ogos 2012

ADUN SEKINCHAN TIADA TUGAS DI KAWASAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim kali ini nampaknya cuba mencari salah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau cuba mengaitkan Datuk Seri Noh dalam projek menternak udang dalam kolam sedangkan Menteri Pertanian tersebut hanya terlibat dalam perjanjian sewa tanah kepada pemilik kolam.

Nampaknya ADUN Sekinchan yang satu masa dulu heboh dikatakan melanggar seorang remaja Melayu ini, tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap kemajuan ekonomi kawasan DUN yang di wakili beliau walaupun Pakatan Rakyat memrintah Selangor.

Ini turut dikatakan oleh Datuk Seri Noh secara sinis apabila meminta ADUN tersebut memberi perhatian kepada projek kondominium di Sekinchan dan bukan hanya menjaga atau mencari salah orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: