Selasa, 7 Ogos 2012

BARU NAK MINTA MAAF LEPAS KENA HENTAM

ADUN DAP M Manoharan hari ini memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei atas tulisannya semalam berhubung pencapaian pemain badminton negara itu di temasya Olimpik 2012 yang menerima cemuhan ramai.

Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Manoharan memohon maaf kepada Lee dan keluarga atas tulisan yang dikesalinya itu.

"Saya amat mengesali komen yang saya buat dan memohon maaf setulusnya kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga.

"Saya dengan ikhlas berharap permohonan maaf ini akan diterima," katanya.

Ianya bermula sejurus selepas lawan Lee, Lin Dan dari China kelmarin berjaya merangkul pingat emas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki.

Sejurus keputusan itu, Manoharan menulis dalam Twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."
Manoharan antara lainnya dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa lawan Lee itu "begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo."

Tulisannya menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman micro-blogging tersebut yang antara lainnya menjawab: "Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan."

Malah, rakan-rakannya Manoharan dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya.

Tiada ulasan: