Isnin, 30 Julai 2012
MASJID JADI MEDAN PEMBANGKANtG BERPOLITIK
Beliau mengatakan bahawa gambar ini diambil di salah sebuah masjid dalam negeri Selangor.
Kenapa boleh jadi begini? Selama ini Pakatan Rakyat sebelum memerintah mengatakan bahawa kerajaan barisan Nasional telah menggunakan surau dan masjid untuk berpolitik walau pun pada hakikatnya tidak terjadi sebegitu.
Kini apa bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah di negeri Selangor, mereka telah menggunakan masjid-masjid serta surau-surau untuk berpolitik.
Walaupun hanya meletakkan akhbar politik mereka di masjid-masjid, ianya sama juga seperti berpolitik dan ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku.
Masjid adalah rumah Allah yang suci dari segala kegiatan kecuali kegiatan keagamaan bagi agama islam dan tidak sama sekali untuk berpolitik.
Ini adalah salah satu kegagalan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dalam corak pemerintahan mereka sepanjang mereka menjadi pemerintah.
Rakyat perlu dan harus sedar dengan kegiatan sebegini dan wajib juga untuk menghalang agar perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej atau nama baik masjid-masjid dia seluruh negeri Selangor khasnya dan di Malaysia amnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 29 Julai 2012
YANG NI MEMANG HEBAT @NajibRazak
Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.
Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.
Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" – hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.
Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat semalam, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'.
Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.
Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov.
Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.
"Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau. Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes.
"Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan," menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com.
Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain.
Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naik gambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube.
Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi seperti menjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau -- baik secara langsung atau sesi soal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1Malaysia Roundtables.
Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yang bermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dan kemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.
Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah.
Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatan dan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.
Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan idea mereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 27 Julai 2012
PEMUDA MIC MAHUKAN JAWAPAN DARI KERAJAAN SELANGOR
Ketua Pemuda MIC T. Mohan mendakwa kerajaan negeri telah melakukan salahguna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2007, tanah seluas 15 hektar diluluskan bagi penduduk di Ladang Bukit Raja dan 10 hektar bagi penduduk Kampung Bunga Raya.
Tetapi, dakwanya lagi, apabila pakatan pembangkang mengambil alih, hanya tanah seluas tujuh hektar diberikan kepada penduduk Ladang Bukit Raja manakala tiga hektar sahaja diberikan kepada penduduk Kampung Bunga Raya.
Bercakap kepada pemberita di ibu negara, Mohan berkata terdapat 144 penghuni di Ladang Bukit Raja tetapi hanya 82 rumah teres dibina dan baki 62 buah rumah belum dibina.
Mohan mendakwa sekolah tamil berkenaan yang sebelum ini terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai i-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun sekolah itu hanya diberikan lebih kurang RM3 juta oleh syarikat i-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.
Apa yang meragukan, dakwanya lagi ialah di mana baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu.
Mohan juga mendakwa bahawa hampir RM1.9 juta disumbangkan oleh orang ramai dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi pembinaan sekolah baru itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMUDA MIC MAHUKAN JAWAPAN DARI KERAJAAN SELANGOR
Ketua Pemuda MIC T. Mohan mendakwa kerajaan negeri telah melakukan salahguna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2007, tanah seluas 15 hektar diluluskan bagi penduduk di Ladang Bukit Raja dan 10 hektar bagi penduduk Kampung Bunga Raya.
Tetapi, dakwanya lagi, apabila pakatan pembangkang mengambil alih, hanya tanah seluas tujuh hektar diberikan kepada penduduk Ladang Bukit Raja manakala tiga hektar sahaja diberikan kepada penduduk Kampung Bunga Raya.
Bercakap kepada pemberita di ibu negara, Mohan berkata terdapat 144 penghuni di Ladang Bukit Raja tetapi hanya 82 rumah teres dibina dan baki 62 buah rumah belum dibina.
Mohan mendakwa sekolah tamil berkenaan yang sebelum ini terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai i-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun sekolah itu hanya diberikan lebih kurang RM3 juta oleh syarikat i-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.
Apa yang meragukan, dakwanya lagi ialah di mana baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu.
Mohan juga mendakwa bahawa hampir RM1.9 juta disumbangkan oleh orang ramai dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi pembinaan sekolah baru itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMBANGKANG TERUS GUNDAH GULANA
Sangkakala melihat dengan bahawa slogan ini ditakuti apa bila rakyat sudah mula mengenang kembali pengorbanan yang telah dilakukan oleh kerajaan sepanjang memerintah negara.
Pembangkang mungki merasa risau jika keadaan ini berterusan maka sokongan rakyat terhadap mereka (pembangkang) akan lebih malap.
Ini juga diikuti dengan keputusan kerajaan yang memberikan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan kadar minima sebanyak RM500.
Ini juga adalah satu tekanan terhadap pembangkang dan ianya ketara apabila pembangkang mengatakan bahawa ianya adalah rasuah kerajaan kepada penjawat awam.
Pemberian bonus tersebut juga adalah bukti kerajaan menepati janji yang telah di beri kepada rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMUDA MIC MAHUKAN JAWAPAN DARI KERAJAAN SELANGOR
Pemuda MIC pada 26 julai lalu telah mendesak kerajaan Selangor menjelaskan dakwaan salahguna kuasa terhubung isu penjualan tanah membabitkan puluhan juta ringgit di Shah Alam dan Kuang.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan mendakwa kerajaan negeri telah melakukan salahguna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2007, tanah seluas 15 hektar diluluskan bagi penduduk di Ladang Bukit Raja dan 10 hektar bagi penduduk Kampung Bunga Raya.
Tetapi, dakwanya lagi, apabila pakatan pembangkang mengambil alih, hanya tanah seluas tujuh hektar diberikan kepada penduduk Ladang Bukit Raja manakala tiga hektar sahaja diberikan kepada penduduk Kampung Bunga Raya.
Bercakap kepada pemberita di ibu negara, Mohan berkata terdapat 144 penghuni di Ladang Bukit Raja tetapi hanya 82 rumah teres dibina dan baki 62 buah rumah belum dibina.
Mohan mendakwa sekolah tamil berkenaan yang sebelum ini terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai i-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun sekolah itu hanya diberikan lebih kurang RM3 juta oleh syarikat i-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.
Apa yang meragukan, dakwanya lagi ialah di mana baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu.
Mohan juga mendakwa bahawa hampir RM1.9 juta disumbangkan oleh orang ramai dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi pembinaan sekolah baru itu.
PEMBANGKANG TERUS GUNDAH GULANA
Sangkakala melihat dengan bahawa slogan ini ditakuti apa bila rakyat sudah mula mengenang kembali pengorbanan yang telah dilakukan oleh kerajaan sepanjang memerintah negara.
Pembangkang mungki merasa risau jika keadaan ini berterusan maka sokongan rakyat terhadap mereka (pembangkang) akan lebih malap.
Ini juga diikuti dengan keputusan kerajaan yang memberikan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan kadar minima sebanyak RM500.
Ini juga adalah satu tekanan terhadap pembangkang dan ianya ketara apabila pembangkang mengatakan bahawa ianya adalah rasuah kerajaan kepada penjawat awam.
Pemberian bonus tersebut juga adalah bukti kerajaan menepati janji yang telah di beri kepada rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 25 Julai 2012
BELIA TIDAK MUDAH TERPEDAYA DENGAN DAKYAH PEMBANGKANG
Usaha pembangkang mempengaruhi golongan belia agar menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana mereka semakin bijak menilai siapa yang mampu memenuhi aspirasi golongan itu.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.
"Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka. "Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid di Parlimen Kepala Batas.
Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai, beras dan kurma untuk keperluan sepanjang bulan puasa ini.
Reezal, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, berkata dakwaan pembangkang bahawa mereka mendapat sokongan generasi muda termasuk generasi kedua Felda juga sebenarnya tidak menjadi kenyataan.
Katanya golongan muda kini mula memberi sokongan kepada BN kerana percaya parti itu mampu memberi jaminan masa depan kepada mereka berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji.
"Kita boleh lihat sendiri sokongan golongan muda terhadap kerajaan kerana setiap program yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan berkenaan, contohnya himpunan belia baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata pembangkang juga kini sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan apabila kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan program bagi memenuhi setiap lapisan masyarakat.
APA BILA G PALANIVEL BERSUARA
Tindakan pakatan pembangkang yang sering memburuk-burukkan usaha kerajaan membantu rakyat jelas menunjukkan sifat terdesak mereka demi meraih sokongan politik.
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, dalam keadaan rakyat semakin bijak menilai dan menjiwai perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) melalui gagasan 1Malaysia, pembangkang terpaksa berbuat sesuatu termasuk menghalang usaha-usaha baik kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat.
Hakikatnya beliau berkata, Perdana Menteri serta kerajaan BN melalui gagasan 1Malaysia sentiasa mendahulukan kesejahteraan, kepentingan dan kemakmuran rakyat.
Justeru itu beliau berpandangan apabila mahu meningkatkan taraf hidup rakyat, tidak perlu kita layan isu-isu remeh-temeh yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Beliau juga amat yakin rakyat kini lebih bijak memahami, mendalami dan menjiwai perjuangan BN dan Perdana Menteri.
Semalam, Perdana Menteri berkata, walaupun pembangkang tidak menyokong kerajaan tetapi mereka tidak boleh menghalang usaha baik yang dilakukan demi kepentingan rakyat.
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn ketika memberikan reaksinya pula berkata, sifat pembangkang di Malaysia sememangnya begitu kerana matlamat perjuangan mereka hanyalah politik semata-mata.
Beliau berpendapat ini adalah strategi pihak pembangkang. Meskipun satu-satu projek itu baik untuk rakyat, mereka akan sedaya upaya memutar belitkan isu agar projek itu dilihat buruk.
Terdapat dua contoh projek yang telah diputar belit oleh pembangkang. Pertama, pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation dan kedua, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia," katanya.
Beliau berkata, walaupun berusaha memutar belit fakta isu Lynas dan FGV, jelas yang kedua-dua projek berkenaan itu banyak memberikan manfaat kepada rakyat.
Inilah 'hebatnya' pembangkang. Mereka memang bijak untuk putar belit isu berbanding BN. Kita di sebelah sini tidak ada kemahiran tersebut. Mungkin disebabkan mereka terlalu lama menjadi pembangkang.
RAFIZI RAMLI MEROYAN LAGI
Dalam Malaysiajini hari ini ada satu artikel bertajuk bahawa Pakatan Rakayat akan mengurangkan harga kereta sebagai menifesto pilihanraya. Seperti juga yang telah sudah, menifesto mereka yang amat pelik ini hanya dibuat sebelum mereka dapat memerintah menjadi kerajaan dan ini terbukti setelah mereka mendapat mandat dari rakyat di beberapa buah negeri yang dimenangi mereka pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Menifesto yang dianggap pelik ini hanyalah gula-gula pakataan rakyat dalam usaha untuk memenangi pilihanraya semata-maaat dan ianya tidak mungkin dapat dilakukan oleh pakatan rakyat jika mereka memerintah kelak.
Apa yang terjadi dimasa kini dengan janji-janji kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, masing-masing tidak melihatkan menifesto mereka yang lalu telah berjaya dilaksanakan. Tetapi apa yang terjadi adalaah sebaliknya.
Pengurangan harga kenderaan yang kononnya di nejadi barangan keperluan bukanlah matlamat utama pakatan rakyat yang sebenarnya. Mereka hanya membuat janji serta omongan kosong dengan mengeluarkan halwa telinag supaya rakyat serta pengundi terpedaya dengan setiap yang mereka janjikan.
Sangkakala seperti biasa mencabar agar kenderaan di Selangor dan Pulau Pinang diberikan subsidi oleh kerajaan negeri untuk setiap rakyat dinegeri itu memiliki kereta masing-masing.
Selangor umpamanya adalaah sebuah negeri yang kaya dan rasanya untuk melaksanakan menifesto tersebut sebagaia salah astu percubaan adalah tidak mustahil, kenapa mereka perlu menunggu untuk pilihanraya aakan datang jika tidak ianya sebagai pemanis kata semata-mata.
Sangkakala juga amat yakin bahawa rakyat sendiri dapat menilai sejauh mana pembohongan ini dapat dilihat dan ianya sudah pasti akan membawa masalah kepada rakyat jika memilih mereka di masa akan datang.
Selasa, 24 Julai 2012
MB DAN KERAJAAN SELANGOR TIDAK MEMANDANG KE MASA HADAPAN
Suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air setelah dilanda kemarau panjang yang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus menyebabkan kegagalan loji-loji rawatan air di negeri tersebut menyedut dan menapis air dari empangan tersebut.
Pada tahun 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.
Kesan daripada itu loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah untuk dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.
Mengambil iktibar dari dua kejadian tersebut, Kerajaan Pusat telah melaksanakan pendekatan pro aktif untuk kepentingan jangka masa panjang dengan melancarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).
Tujuan pembinaan Langat 2 adalah sebagai tambahan kepada loji rawatan sediaada yang kebanyakannya telah beroperasi melebihi paras optimum disamping menampung aliran air mentah dari Sungai Pahang yang disalurkan melalui terowong air PPAMPS.
Dalam konteks sekarang, Selangor sememangnya tidak mengalami masalah dari segi sumber air mentah kerana empangan dan sungai-sungai yang membekalkan air ke loji-loji rawatan masih lagi penuh.
Jika mengikut congak ramai pemimpin dari PKR, DAP dan PAS, mereka sependapat tiada apa yang perlu dirisaukan sangat setelah dilihat pada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.
Atas sebab itu, mereka menyokong langkah keras Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sengaja mahu untuk menghalang dan melambat-lambatkan proses pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan terowong air PPAMPS.
Walhal, realiti sebenarnya soal hujan atau tidak, kemarau atau sebaliknya bukannya ketentuan kita. Tak selamanya hujan akan membasahi bumi Selangor dan tidaklah kerap kemarau panjang berlaku secara tiba-tiba.
Namun apabila beberapa negeri termasuk Selangor sendiri pernah mengalami krisis air dek kerana perubahan cuaca, bukanlah meragukan lagi terdapatnya keperluan untuk mengadakan satu saluran air mentah dari Sungai Pahang untuk dirawat di loji baru Langat 2 sebagai satu persediaan jangka masa panjang untuk kebaikan semua.
Sementelah lagi rata-rata loji rawatan air di seluruh negeri sedang beroperasi melebihi kemampuan asal, mahu tidak mahu proses selenggara loji-loji tersebut terpaksa kerap dilakukan. Ini bermakna tiap kali loji diselenggara, bekalan air bersih yang telah dirawat terpaksa dihentikan sementara.
Walaupun pada 20 Mac lepas Kerajaan Pusat telahpun siap membina sebuah loji baru di Sungai Labu yang mampu merawat air mentah sehingga 45 juta liter sehari seterusnya membekalkan kepada pengguna di sekitar Sepang hingga tanjung Sepat, Bagan Lalang, Sungai Pelek dan Kundang, namun rizab air bersih keseluruhan yang cuma 151.8 juta liter sehari sahaja yang pastinya tidak mencukupi untuk keperluan mendatang.
Disinilah peri pentingnya keperluan loji rawatan air Langat 2 sebagai loji tambahan bagi meningkatkan kapasiti rizab air bersih sekaligus mengurangkan risiko bekalan air terpaksa dicatu.
Terowong air PPAMPS pula selain berperanan menyalurkan air mentah dari Pahang ke loji Langat 2, ia juga merupakan satu plan jangka waktu panjang sekiranya dalam keadaan tertentu kemarau panjang atau fenomena El-Nino melanda negara sekali lagi.
Pengalaman lepas yang pernah dialami majoriti rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna pada kerajaan negeri untuk mengetepikan seketika perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk kelak.
Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air PPAMPS terus disekat, bukan sahaja rakyat bawahan yang merana malah turut memberi kesan buruk pada ekonomi negeri apabila krisis air yang melanda.
Soal air percuma atau tarif air turun naik bukan lagi persoalan utama sekiranya krisis air 1998 menimpa Selangor sekali lagi.
Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya.
Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikat nyatanya masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.
Segerakan pembinaan Langat 2 dan PPAMPS untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana tika itu penyesalan tiada gunanya lagi.
Isnin, 23 Julai 2012
MENTERI BESAR SELANGOR ANGGAP VIDEO SESUATU YANG LUCU
Sangkakala berasa sedikit terkejut dengan apa yang Sangkakala baca dalam keratan Akhbar diatas, Menetri Besar Selangor mengatakan bahawa video keadaan dalam pejabat beliau yang didedahkan adalah sesuatu yang melucukan.
Untuk bacaan lanjut sila <KLIK>
Tidakkah Tan Sri Khalid merasakan bahawa asalah amat bahaya jika tempat segala maklumat sulit terdedah dikhalayak umum?
Mungkin ada yang mengatakan bahawa ianya tidak membawa apa-apa masalah, tetapi bagi Sangkakala tetap mengatakan bahawa ini adalah satu petanda bahawa sistem keselamatan dalam pejabat Menteri Besar Selangor tidak kuat dan mengalami kelonggaran dan tidak mustahil segala dokumen sulit kerajaan negeri Selangor akan jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggungjawab dimasa akan datang.
Jika ini menjadi satu kelucuan buat Menteri Besar Selangor, mungkin akan ada lagi kisah lucu jika apa yang Sangkakala katakan tadi menjadi kenyataan.
KERAJAAN SELANGOR UGUT RAKYAT DENGAN ISU AIR
Apa maksud di sebalik kata-kata EXCO kerajaan negri ni? Pada Sangkakala ianya seperti satu ugutan untuk kerajaan negeri tidak menjalankan kewajipan mereka dalam memenuhi janji kepada rakyat Selangor.
Sangkakala tidak nampak dimana masalah dengan pembinaan tersebut jika kerajaan negeri Selangor benar-benar membela rakyat negri itu.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan rakyat negeri itu akan terus diberikan air percuma jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan ini adalah janji Barisan Nasional kepada rakyat sekiranya diberi semula mandat untuk memerintah negeri itu pada PRU13 akan datang.
Xavier juga berkata Syabas adalah syarikat korporat swasta yang berorientasi keuntungan dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
Kenyataan tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa EXCO ini tidak mempunyai wawasan dan akal fikiran, Syabas memang sebuah syarikat dan kerajaan tidak meminta supaya Syabas memberikan air tersebut secara percuma kepada rakyat, bahkan kerajaan Barisan Nasional akan membayar bil penggunaan air kepada Syabas dan ini tidak dilihat sebagai satu masalah dengan sumber ekonomi yang begitu kukuh bagi kerajaan negeri Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia.
Beliau juga mengatakan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta sedangkan kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 bernilai RM8.65 bilion.
Kenyataan ini pula Sangkakala lihat seperti ingin mengatakan bahawa kerajaan negri Selangor yang sedia ada kini juga tidak mampu lagi menanggung bil penggunaan air sebanyak 20 meter padu yang diberikan secara percuma, dan ini mungkin juga ada kena mengena dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan mengambil air dari kawasan perlombongan untuk diberikan kepada rakyat Selangor.
Nampaknya segala menifesto yang diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang sebenarnya lebih retorik tetapi mereka cuba untuk melindunginya dengan caravmenyalahkan pihak-pihak lain termasuk Barisan nasional.
BILA JANJI TAK BOLEH DITUNAIKAN SYABAS JADI SASARAN
Kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah. Tapi malangnya apa yang berlaku di negeri Selangor. Kenapa ianya tidak berlaku dulu semasa Barisan Nasional memerintah dan sekarang dikatakan SYABAS penyebabnya.
Tiada apa yang perlu dikaitkan dengan SYABAS. Apa yang penting di sini ialah bagaimana nak menyelesaikan isu ini.
Masalah yang dihadapi oleh kerajaan Selangor perlu diatasi dengan membina loji rawatan air.
Masalah kerajaan perlu dikenal pasti. Nak mengatasi masalah ialah kerajaan perlu mewujudkan pusat untuk rawat air. Ia tidak memerlukan wang yang banyak sehingga RM10 bilion. Kurang daripada RM10 bilion di mana kerajaan negeri tak perlu melabur dari segi perbelanjaan yang begitu besar.
Kalau dilihat secara rasional dan tak berpandu pada ideologi politik, ia (pusat rawatan air) satu kepentingan bagi rakyat.
Kerajaan Selangor menentang pembinaan Loji Langat 2 dengan alasan, negeri itu akan menanggung kos bernilai RM8.65 bilion, selain bayaran RM60 juta royalti air kepada Pahang setiap tahun untuk bekalan air mentah.
Selain itu, menurut kerajaan Selangor, akan menghalang usaha memberi bekalan air percuma kepada warganya.
Selangor telah mengumumkan untuk campur tangan dalam pengurusan SYABAS dan akan merombak pengurusan tertinggi syarikat tersebut bagi mengurangkan kos pentadbiran syarikat tersebut.
Rancangan penyusunan semula perhidmatan air di Selangor juga melibatkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh syarikat berkenaan.
Kenapa perlu dirombak Syarikat Bekalan Air tersebut? Mungkin kerajaan Selangor melihat bahawa syarikat ini mempunyai kekuatan dari segi kewangan dan mereka (kerajaan Selangor) kini memang sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing.
Ahad, 22 Julai 2012
KETARA SANGAT PEMBANGKANG MULA TAKUT DENGAN SLOGAN
Dengan slogan sahaja sudah cukup menggoyangkan pembangkang di Malaysia, iyulah kekuatan yang ada pada kerajaan hari ini, slogan yang dimaksudkan ialah "JANJI DITEPATI". Ini jelas sekali kelihatan apabila parti pembangkan amat risau jika slogan ini digunakan sebagai slogan sambutan hari kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Situasi ini lebih membuatkan pembangkang menjadi gundah gulana kerana mereka risau gelombang Tsunami politik yang melanda tanah air pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu akan melanda pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 13.
"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara.
Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama luas' dan rata untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu, dan itu semua telah dilakukan oleh pihak kerajaan selama memerintah negara.
Mungkin dengan semua ini, pembangkang sudah merasakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai jalan untuk menakluki PutraJaya dan seterusnya menguburkan hasrat mereka dalam mencari jalan untuk merampas kerajaan yang telah berada dihati rakyat sejak sekian lama.
UMNO DAH SAHUT PAS BILA LAGI
Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.
"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.
Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.
"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.
"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.
Laman Harakahdaily semalam dalam laporannya memetik kenyataan Mahfuz yang mendakwa Umno telah diresapi komunis.
"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," katanya seperti dipetik.
Mahfuz mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
PULAU PINANG TERUS DI LACUR DAP
Barisan Nasional (BN) negeri mendedahkan kawasan kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini yang sepatutnya didirikan rumah kos rendah bakal dibina bangunan setinggi 30 tingkat tetapi bukannya hospital swasta.
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, beliau hairan bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh membenarkan pemaju mendirikan bangunan setinggi itu.
Sehubungan itu, beliau mendesak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memberi penjelasan sama ada dakwaan tersebut benar atau menafikannya.
"Tapak ini sepatutnya dibina rumah kos rendah kerana kerajaan BN dahulu telah merancang untuk membangunkan pangsapuri 17 tingkat yang mempunyai 272 unit bagi menyelesaikan masalah kekurangan rumah mampu milik di kawasan Parlimen Tanjung.
AZIZAN RAZAK GELABAH BILA RAHSIA PECAH
Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan pembabitan dalam isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pasti tahu mengenai pembelian 500,000 unit saham FGV itu.
"Saya pernah menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK. Setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh salah seorangnya ialah pengerusi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kes FGV yang harga sahamnya RM4.55 seunit itu, PKNK perlu mengeluarkan cek bernilai RM2.275 juta.
"Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa dia berbohong kepada rakyat dengan mengatakan 'terlepas' dari pengetahuannya," katanya.
Mahdzir berkata sikap Azizan itu amat dikesali kerana sering mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya.
"Isu ini sebenarnya bukan 'terlepas' tetapi 'melepaskan'," katanya.
Baru-baru ini, PKNK telah membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pakatan pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham.
Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, dilapor berkata ia 'terlepas' daripada pengetahuannya dan menyifatkannya sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan.
PKNK kemudian diarah menjual kembali saham terbabit.
Sabtu, 21 Julai 2012
MASJID DIANAKTIRIKAN OLEKH KERAJAAN SELANGOR
Sangkakala baru mendapat maklumat dari seorang rakan yang berada di Klang yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan sekeping cek berjumlah RM 150'000.00 untuk sebuah tokong yang berada di hadapan Bangunan Yayasan Selangor menghala ke Kampung Delek Klang.
Sangkakala merasa sedikit hairan apabila rakan Sangkakala memberitahu perkara tersebut, ini kerana, Sangkakala pernah mengeluarkan sebuah artikel tentang Masjid Al-Rahimiah Klang yang menghadapi masalah kerana karpet didalam Masjid tersebut habis basah akibat banjir yang melanda tidak berapa lama dahulu.
Masjid tersebut sehingga kini masih tidak di beri apa-apa peruntukan sedangkan sekarang sudah masuk bulan ramadhan dan Masjid tersebut sudah pasti tidak dapat diguna pakai oleh orang ramai untuk menjalankan ibadat disepanjang bulan yang mulia ini.
Bukan itu sahaja, dalam tepoh 29 hari sahaja lagi, masjid tersebut sudah tentu akan digunakan untuk solat sunat Aidilfitri dan ini sudah pastinya akan mengundang kesulitan bagi orang-orang islam disekitar kawasan tersebut.
Sangkakala juga merasa dukacita apabila kerajaan negeri Selangor seolahiolah melebih-lebihkan rumah ibadat yang lain tetapi apa yang terjadi kepada masjid Rahimiah?
Bukan Sangkakala bersikap rasist dalam perkara ini, tetapi jika benar apa yang dikatakan oleh rakan Sangkakala tentang perkara tersebut, maka ianya adalah satu ketidak adilan bagi umat islam yang menggunakan Masjid Rahimiah dan Sangkakala merasakan bahawa kerajaan Selangor sengaja menidakkan hak orang melayu serta islam di kawasan tersebut.
Sangkakala harap rakyat Selangor khususnya bangkit dalam memperjuangkan hal ini, bukan dengan kekerasan tapi bangkit dengan cara menolak kepimpinan Pakatan rakyat yang kini nampaknya lebih cenderong ke arah yang berlawanan daripada apa yang mereka katakan sewaktu mereka ingin bertanding dahulu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 20 Julai 2012
PUNCA KENAPA AHLI PAS KELUAR PARTI
Baru-baru ini Sangkakala dengar ada ahli PAS dari Pengkalan Chepa seramai 160 orang yang keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS dikawasan itu yang diketuai oleh Nik Aziz.
Untuk bacaan lanjut sila klik <disini>
Tapi Sangkakala berpendapat, mereka ini keluar parti bukan sahaja kerana kepimpinan kawasan, ianya juga adalah kerana kenyataan anak Nik Aziz sendiri seperti yang terdapat dalam video di bawah ini:
Kenyataan Nik Abduh seperti mengatakan bahawa beliau telah mendapat wahyu dari Allah dan mungkin pengikut-pengikut PAS sudah merasakan bahawa mereka selama ini mengikut pemimpin sesat.
Yang hanya boleh menerima wahyu hanyalah nabi dan adakanh Nik Abdyh menyamakan diri beliau setaraf Nabi hingga sanggup mengatakan bahawa Allah telah mengarahkan PAS ke PutraJaya.
Belum pernah tertulis dalam Al-quran dalam mana-mana ayat sekalipun bahawa ada arahan sebegitu dari Allah dan tidak ada lagi dalam mana-mana ayat dalam Al-quran bahawa Allah mengarahkan PAS untuk merampas kuasa.
Jadi fikir-fikirkanlah dimana kedudukan ahli PAS apabila mereka mengikut pemimpin yang sebegini.
ARTIKEL BODOH BLOG PEMBANGKANG
Sangkakala tidak mahu menyebut apa-apa, tetapi rakan-rakan Sangkakala mengatakan ini adalah statement atau artikel yang amat bodoh pernah mereka baca selama ini. Sila baca artikel di link ini http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/07/polis-kecewa-elaun-uniform-kenderaan.html?m=1
Dalam artikel tersebut si penulis mengatakan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia negeri Johor merasa kecewa apabila seorang anggota polis memaklumkan bahawa butang baju, kasut, Uniform juga perlu di beli sendiri itu adalah fitnah kata rakan-rakan Sangkakala di sini.
Menurut mereka PDRM membekalkan butang baju secukupnya dan ianya dimasukkan kedalam rekod, ada sebahagian anggota kehilangan butang2 tersebut dan ianya terpaksa diganti dengan yang baru kerana PDRM membekalkan butang mengikut pasang baju yang dibekalkan.
Berkenaan dengan kasut pula, ada sesetengah anggota, memang sengaja untuk membeli kasut sendiri yang lebih versatile kononnya untuk keselesaan, sedangkan kasut yang dibekalkan oleh PDRM juga selesa dan ianya diberikan secara percuma, jadi tak perlu la timbulkan isu kasut tersebut, sendiri minta sendiri tanggung la.
Berkenaan dengan baju pula, baju yang dibekalkan adalah dari kain pilihan dan ianya adalah kain terbaik dari jenis kain kalis api, ada juga sesetengah anggota polis yang menghantar baju mereka untuk di tempah mengikut keselesaan si pemakai/anggota.
Tentang wang elaun perjalanan semasa rondaan pula, ianya dibayar mengikut pangkat anggota dan menurut rakan Sangkakala lagi, belum pernah terjadi PDRM tidak membayar elaun tersebut dan bayaran akan dibuat selewat-lewatnya 5 hari bekerja.
Jadi apa yang sebenarnya cuba ditulis oleh penulis tersebut? Adakah dia hanya cuba memutar belitkan cerita dengan cara memburuk-burukkan pasukan polis.
Seperti yang kita ketahui, pembangkang memang bermusuh dengan polis yang menjalankan tugas menghalang mereka dalam himpunan bersih dahulu, dan perkara ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini.
Segala dakwaan yang di ceritakan oleh pembangkang berkenaan bayaran serta pakaian ini adalah bohong semata-mata, ini disahkan oleh rakan Sangkakala yang juga merupakan anggota polis dan beliau juga berpesan supaya pembangkang jangan main api dengan membabitkan anggota polis kedalam kancah politik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, 17 Julai 2012
SAH HINDRAF TIADA MORAL
Dalam Malaysiakini hari ini ada artikel yang mengatakan bahawa Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menuntut supaya mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana ia didakwa mendiskriminasi pelajar bukan Islam.
Jika satu-satu mata pelajaran diminta supaya dimansuhkan kelulusannya, maka pelajar-pelajar ini mungkin satu masa nanti menjadi pelajar yang tidak mempunyai moral dan kita semua tau bahawa pelajaran moral itu adalah satu bentuk pembelajaran dimana para pelajar akan dilatih menjadi insan yang berguna disatu masa nanti.
HINDRAF mengatakan bahawa pendidikan moral itu seolah-olah tidak berguna dan mengatakan bahawa pelajar-pelajar bukan melayu atau islam kebanyakannya gagal dalam pelajaran moral yang membolehkan mereka mendapat 9A dan seterusnya melayakkan mereka menrima biasiswa.
Hindraf mengemukakan tuntutan itu dalam satu memorandum yang turut ditandatangani satu NGO, Morally Upright dan juga beberapa wakil ibu bapa.
Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu, kumpulan itu mendakwa, ketetapan wajib lulus mendiskriminasi pelajar bukan Islam kerana menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Memorandum itu mendakwa kegagalan untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran itu menyukarkan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk mendapatkan biasiswa yang memerlukan kelulusan 9A+.
Adakah HINDRAF melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik? Adakah HINDRAF mahu melihat para pelajar ini ketinggalan dalam bidang pelajaran dikemudiah hari?
Mata pelajaran moral juga adalah salah satu mata pelajaran yang membangkitkan jati diri bagi seseorang pelajar. Jadi kenapa ianya perlu diberi kelonggaran? Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran.
Nampaknya HINDRAF memang tiada moral selama ini dan itu juga mungkin antara sebab kenapa mereka menghantar memorandom seperti itu.
BETUL KE MIC TAK SUKA UMNO @NajibRazak
Sangkakala mendapat pelbagai reaksi dan pandangan termasuklah pengakuan dari orang-orang MIC sendiri.
Dalam akaun twitter, Sangkakala telah dikejutkan dengan ayat yang berbunyi, "pemuda BN buat program pun Ketua BN kawasan Batu tak bagi duit, dia kata peruntukan dah habis".
Cuba kita baca ayat diatas, apa maksud ayat tersebut? Adakah pemuda serta ahli atau pemimpin MIC hanya akan datang ke program-program UMNO apabila segala kehendak mereka dipenuhi?
Dalam ruangan komen blog Sangkakala pula lebih menyerlahkan lagi ketidak ikhlasan MIC dalam perjuangan bersama-sama Barisan Nasional, ayat yang berbunyi;
"Pala Kumaran16 Julai 2012 8:52 PTG
Bukan MIC & MCA yang tak hadir tapi ada ketua cawangan & ahli2 UMNO sendiri tak hadir. MIC tak hadir sbb nak beritahu pemimpin kedua tertinggi bahawa kami tidak menyokong kepimpinan Ketua Bhg UMNO sebagai ketua BN di Batu. MIC dah pun hantar surat bantahan & komplain kpd TPM tapi sehingga keini tiada balas."
Atau boleh tengok komen tersebut disini
Apakah ini perjuangan MIC selama ini? Apakah mereka (MIC) berharap supaya pengerusi BN Parlimen Batu diserahkan kepada mereka? Dan diakhirnya nanti Presiden Barisan Nasional serta timbalan dan semua kepimpinan diserahkan kepada MIC?
Lagi satu, Sangkakala telah terlibat dalam banyak PRK atau Pilihanraya Kecil, ada di sesetengah tempat Sangkakala tidak melihat komitmen atau kerjasama yang diberikan oleh MIC, kenapa jadi begitu? Tetapi bagi mewakili kaum india buat masa ini, Sangkakala lihat KIMA, sebuah parti yang boleh dikatakan baru lebih agresif lagi berbanding MIC.
Kawasan Ulu Selangor contohnya, calonnya sendiri terdiri daripada calon MIC dan pemimpin serta ahli UMNO berkerja keras dalam memastikan kemenangan calon.
Agaknya perjuangan MIC Batu ada sesuatu yang terselindung mungkin, perkara ini perlu diambil kira kerana Sangkakala tidak mahu ada 'duri dalam daging, ada gunting dalam lipatan di dalam parti komponen Barisan Nasional'.
Mungkin juga ada segelintir ahli MIC berasa kurang selesa dengan apa yang Sangkakala katakan, tapi terimalah kenyataan bahawa itu yang berlaku, jangan kita tegakkan benang yang basah semata-mata untuk menarik perhatian pemimpin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 16 Julai 2012
PAS BIARKAN KHAZANAH NEGERI DIROMPAK
Pelombong yang melombong secara haram di Kelantan itu juga telah bertindak menyerang pegawai SPRM yang membuat serbuan ke atasa kawasan perlombongan itu Khamis lepas.
Bagaimana sebuah kerajaan tidak dapat membasmi kegiatan perlombongan secara haram dan menganggap ianya secara kecil-kecilan.
Dengan kenyataan Nik Aziz tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kelantan gagal dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam menjaga khazanah milik negeri.
Sangkakala juga merasa seperti ada udang disebalik batu tentang perkara ini.
Mungkin juga yang melombong itu semua dari golongan orang-orang PAS atau mereka mempunyai talian atau hubungkait dengan PAS Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek berusia alam lingkungan 30-an dan akan ditangkap pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata mereka adalah antara individu yang dikatakan menahan sebuah kereta dipandu pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya dalam operasi mencegah kegiatan lombong haram di kawasan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata maut dalam rusuhan), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kem Kendiri Kesedaran Jenayah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan di Kota Bharu semalam.
Dalam operasi itu, pegawai SPRM menahan tiga jengkaut, dua pam air, sebuah kereta Perodua Kembara dan dua Toyota Hilux di kawasan perlombongan selain menahan beberapa suspek yang menjalankan kerja melombong.
"Kelapan-lapan suspek yang menaiki empat buah motosikal dan bersenjatakan benda tajam, menahan pegawai berkenaan dan mengugut untuk memukulnya jika tidak menyerahkan rakan mereka yang ditahan penjawat awam terbabit," katanya.
Jalaluddin berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak SPRM menahan beberapa pekerja lombong emas haram dan menyita jentera serta peralatan perlombongan di kawasan itu.
Beliau berkata ekoran kejadian itu, empat laporan polis dibuat oleh pihak SPRM yang akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mengugut), Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan), Seksyen 353 (menghalang penjawat awam) dan Seksyen 427 (khianat) kanun sama.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 15 Julai 2012
TPM YAKIN BN MAMPU MENANG
Menurut beliau kekalahan di kawasan-kawasan parlimen termasuklah parlimen Batu adalah kerana sikap pengikut-pengikut Barisan Nasional sendiri yang memboikot calon Barisan Nasional itu sendiri.
Beliau juga berkata bahawa parlimen Batu bukanlah kawasan yang sukar untuk dimenangi semula oleh Barisan Nasional.
Ini berikutan sebelum ini Parlimen Batu tidak pernah mengalami kekalahan tetapi hanya tumpas pada PKR semasa PRU12.
Menurut beliau juga, semua kerusi parlimen Barisan Nasional akan dapat di rampas semula dalam PRU12.
Timbalan Perdana Menteri juga berasa amat yakin dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan melalui program-program di bawah Gagasan 1Malaysia yang dijalankan demi untuk keselesaan rakyat.
Ini juga menurut beliau akan lebih memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil kira kebajikan rakyat secara total.
Dalam ucapan hari ini, beliau juga meminta Datuk Yahya Mat Ghani selaku ketua UMNO bahagian Batu supaya membawa wakil penduduk Kg Medan Wira yang mengalami masalah kependudukan kawasan kediaman mereka pada masa ini untuk mengadakan perbincangan lanjut.
Sangkakala harap lepas ni tidak ada lagi desas desus yang mengatakan bahawa ketua UMNO bahagian Batu tidak menjalankan tugas beliau selaku ketua UMNO Bahagian.
Sudah acap kali Ketua bahagian Batu membawa perkara ini ke peringkat kepimpinan dalam setiap mesyuarat perwakilan.
Harapan Sangkakala kepada semua ahli Barisan Nasional bahagian Batu agar mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KETUA UMNO BATU TEMPELAK MIC DAN MCA
Mesyuarat hari ini di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin serta dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Wangsamaju yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan serta ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional.
Dalam ucapan aluan Datuk Yahya Mat Ghani yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu pada majlis perasmian pagi ini, beliau meminta supaya ahli UMNO serta Barisan Nasional Bahagian Batu untuk sama-sama bangkit merampas kembali bahagian Batu yang telah tumpas di tangan PKR pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada parti-parti komponen kerana begitu cemerlang dalam menjayakan program-program di Bahagian Batu.
Tapi apa yang menjadi kekecewaan beliau apabila MIC serta MCA tidak pernah memperlihatkan muka dalam mana-mana program di bahagian.
Hairan juga Sangkakala dengan keadaan ini, kenapa MIC dan MCA menyepikan diri dari bahagian Batu?
Apa yang mereka mahukan sebenarnya dari Barisan Nasional? Bukan disini sahaja Sangkakala perhatikan kejadian sebegini rupa, bahkan sudah acapkali Sangkakala pergi kesana dan kesini memang itulah keadaan yang sebenarnya terjadi.
Kita akan menghadapi PRU 13 tidak lama lagi, jika ini berterusan, adalah agak sukar untuk Barisan Nasional merampas kembali parlimen Batu.
Sangkakala rasa sesuatu perlu dilakukan supaya perkara ini tidak berlanjutan dan akan menjadi barah serta nanah dalam Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 13 Julai 2012
PAS KELANTAN MAKIN TERHIMPIT
PAS Kelantan kini makin terasa terimpit apabila seramai 30 penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu serentak untuk menyertai UMNO kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.
Kumpulan yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini hari ini.
Apa sudah jadi PAS? kalau selama ni penyokong tegar pun dah nampak PAS itu pincang, yang lain bagaimana pula?
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.
Ramli berkata keputusan menyertai UMNO adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan Pas yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.
Beliau berkata, adalah lebih bermakna untuk memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak daripada membantu Pas yang akrab dan sentiasa diperkudakan oleh DAP sejak kebelakangan ini.
"Dulu Pas menghukum UMNO kerana membuat pakatan dengan parti politik bukan Islam tetapi nampaknya mereka juga lebih intim dengan parti politik yang jelas tidak akan sepakat untuk membangunkan kepentingan Melayu dan agama Islam," katanya.
Kini PAS kelantan berada dalam keadaan kritikal dan amat berbahaya, ini akan membuatkan Tuan Guru Nik Aziz tidak berapa lena tidur malam akibat dari perbuatan anak muda ini.
Apa-apa pun Sangkakala ucapkan tahniah pada bekas ketua pemuda cawangan Ketereh Tunggal yang telah pu sedar sekaligus menyedarkan rakan-rakan yang lain bahawa perjuangan PAS tidak seperti dulu.
ANWAR JADI PEMBOHONG NURUL IZZAH JADI BODOH
Apabila melihat dan mendengar apa yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin PKR rasa macam nak muntah pulak Sangkakala, sebab apa? Sebab Sangkakala rasakan bahawa mereka ni memang tidak mempunyai pandangan untuk masa depan terhadap negara.
Semalam sekali lagi pemimpin PKR menunjukkan kebodohannya apabila Nurul Izzah anak kepada presiden serta ketua umum parti itu mengatakan bahawa ada pegawai SPR yang mengatakan kepada beliau sekiranya beliau menjaga kawasan Parlimen Lembah Pantai (Nurul) akan kalah.
Oleh kerana kenyataan tersebut, Nurul Izzah yang juga merupakan naib presiden PKR menjadi marah terhadap SPR.
Untuk makluman si baghal anak peliwat dan si perasuah ni, apa yang diakatakan olehpegawai tersebut adalah benar, ini kerana jika Nurul Izzah bertanding dimana sekalipun, beliau tetap akan kalah dengan apa yang telah dilakukan oleh bapa beliau serta beliau sendiri.
Bukan kerana pegawai SPR atau sebagainya, kekalahan beliau nanti adalah disebabkan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dilakukan oleh PKR Lembah Pantai selama Nurul Izzah menjadi ahli parlimen dikawasan tersebut.
Khamis, 12 Julai 2012
MUNGKINKAH KERANA RATING BLOG SAMPAI JADI BEGINI
Sangkakala merasa agak sedih apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai blogger JayaNegara ditembak mati baru-baru ini di hadapan bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa perkara yang membawa kepada kematian ini telah dirancang oleh seseorang dan orang tersebut juga adalah seorang blogger.
Kenapa sampai jadi begitu? Adakah kerana terlalu taksub dengan penulisan seseorang hingga sanggup menggadai nyawa atau munkin juga arwah mempunyai penyakit mental dan ada sesetengah pihak mengambil kesempatan ke atas arwah dengan meminta supaya arwah berbuat demikian?
Bagi Sangkakala, walau apa dan siapa pun simati, Sangkakala sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Jika arwah di suruh melakukan perkara tersebut, maka Sangkakala berharap kepada pihak berwajib supaya segera mengambil tindakan sewajarnya.
Kejadian ini amat mendukacitakan kerana ketaksuban manusia serta kepuasan hati sesetengah pihak telah membawa kepada kematian blogger ini.
Isnin, 9 Julai 2012
PENYERANG JPM CONTOHI IBRAHIM LIBYA
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.
Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek
telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent
dan Perodua Kancil milik petugas JPM.
Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.
Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang
tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat
dengan menggunakan pedang samurai.
"Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.
Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.
Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.
Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.
Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan.
Agaknya kedua-dua orang gila ni nak ikut jejak langkah Ibrahim Libya kot, tu sampai bawa pedang samurai hingga ke JPM tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PKR HILANG KEPERCAYAAN ANWAR LARIKAN DIRI
Seperti juga konvension PKR di negeri-negeri lain, punca ketidakhadiran penyokong-penyokong PKR kali ini adalah kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang tidak konsisten dan hanya memberi janji palsu semata-mata.
Baru-baru ini juga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari arena politik tanah air sekiranya Pakatan Rakyat gagal menakluki PutraJaya dalam PRU yang akan datang.
Nampaknya Anwar sendiri sudah memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk melangkah ke PutraJaya.
Ini mungkin juga disebabkan oleh keceluparan mulut pemimmpin pembangkang yang mengatakan bahawa pembinaan PutraJaya semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir dulu adalah satu kerugian, tapi kini mereka terhegeh-hegeh untuk merampas PutraJaya.
Kepada para pembaca sekalian, Sangkakala harapa kita dapat memikirkan sejauh mana kebenaran dan pembangunan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat terhadap negeri-negeri dibawah kepimpinan mereka sekarang.
Janganlah dengan hanya dakyah mereka, kita pula sanggup untu menggadaikan nasib anak cucu kita di kemudian hari.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MASJID KENINGAU HANYA GIMIK POLITIK PAS
MASJID KG GOBEK TANAH MERAH KELANTAN |
Sangkakala memuji tindakan PAS yang begitu perihatin terhadap keperluan orang islam dikawasan itu, tetapi apa yang menghairankan ialah, kenapa perlu sampai ke Sabah? Sedangkan gambar yang Sangkakala letakkan di atas terletak dalam negeri yang di tadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun dahulu.
Apa sebenarnya modus operandi PAS hingga jauh merentas lautan untuk berdakwah seangkan disekeliling mereka sendiri mempunyai masalah yang boleh dikatakan kritikal.
Perjuangan Islam PAS pada hari ini tidak menampakkan dimana kekuatannya. Kerana apa Sangkakala katakan begitu?
Yang pertama tentulah berkenaan gambar sebuah Masjid usang yang terletak didalam negeri Kelantan seperti di atas. Adakah PAS merasakan bahawa Masjid tersebut dudah begitu indah di mata mereka?
Yang kedua, adakah PAS benar-benar memperjuangkan hak orang Islam seperti yang mereka katakan dan laungkan selama ini? Untuk mengetahui perkara ini lebih lanjut, pembaca boleh klik <disini>.
Jika pembaca sekalian telah membaca link yang Sangkakala berikan tadi, harap-harap dapatlah kiranya berfikir secara waras kenapa dan mengapa PAS beriya-iya untuk membina Masjid di Keningau Sabah, dengar cerita juga bahawa pembinaan Masjid ini akan menggunakan duit hasil kutipan orang ramai, jangan nanti ianya menjadi seperti lebuhraya di Kelantan yang disebut sebagai lebuh raya rakyat terus lebuh di telan suara Ahli Majlis Mesyuarat yang mengatakan bahawa lebuhraya tersebut tidak mendapat kelulusan.
BOB LOKMAN MENGAMUK
Siri kemasukan Bob Lokman ke dalam parti PAS telah membawa kepada keasukan artis-artis lain yang sudah tidak bergemerlapan lagi di persada seni tanah air.
Bermula dari rentetan Bob Lokman menyertai PAS kemudian diikuti oleh penyanyi Aishah yang merupakan ibu tunggal kemudian disusuli juga dengan bekas penyanyi dan pelakon GEBU Abby Abadi yang juga merupakan seorang ibu tunggal serta pelakon Khairi Othman.
Setelah sesi kemasukan artis ini kedalam PAS bermula, nama Bob Lokman tidak lagi sehangat semasa beliau mula-mula menyertai PAS dahulu yang diusung ke hulur ke hilir untuk menyebarkan dakwah agenda politik PAS.
Begitu juga dengan Aishah yang sudah hilang serinya di dalam PAS apabila janda atau pun ibu tunggal semuda Abby Abadi menyertai PAS.
Persaingan jelas kelihatan apabila kini Abby Abadi lebih menonjol kehadirannya dalam PAS berceramah kesana kemari menggantikan tempat Aishah dan tempat Bob Lokman digantikan dengan Khairi Othman.
Adakah harapan bapa Bob Lokman akan tercapai untuk melihat Bob Lokman menjadi calon pada PRU13 nanti seperti yang dinyatakan oleh beliau semasa Bob Lokman mula-mula menyertai PAS dahulu?
Bob Lokman sudah pastinya akan mengamuk sakan jika mendapati dirinya tidak tersenarai nanti sebagai calon PRU13 bagi mewakili PAS, sedangkan pengorbanan telah pun dilakukan dan beliau sendiri sudah amat yakin dengan mengatakan rakan-rakan seni yang lain tidak begitu terserlah keislamannya.
Jadi sama-samalah kita lihat nanti apa kesudahan yang bakal melanda ke atas diri Bob Lokman, dan mungkinkah ini juga akan terjadi jika ada artis yang jauh lebih muda dari Abby Abadi dan mungkin juga ibu tunggal seperti beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 7 Julai 2012
BETTY CHEW KATA SOI LEK KEJAM
Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew mengatakan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai seoarang yang kejam setelah parti komponen Barisan Nasional itu meneyerang keluarganya setelah pendedahan tentang hubungan sulit di antara Lim Guan Eng dengan pekerjanya didedahkan.
Nampaknya Betty sendiri kini sudah tidak tahan dengan cabaran apabila menempuh alam politik dan sudah tidak tahan dengan pembongkaran demi pembongkaran salah laku suami beliau.
Betty juga meminta Datuk Seri Chua Soi Lek menghentikan dan menyekat anggota partinya daripada menyebarkan berita bahawa suaminya Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan.
Tapi cerita ini sudah tersebar meluas dan ada yang mengatakan bahawa Betty pernah melemparkan bekas abu rokok kearah Lim kerana perlakuan tersebut.
Adakah Betty juga kini bertindak seperti Wan Azizah yang terpaksa menelan segala macam hempedu serta racun demi untuk menyelamatkan maruah Lim Guan Eng?
Cerita ini telah hebat diperdebatkan didalam sidang DUN negeri Melaka yang lalu hingga membuatkan Betty yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Laksamana keluar meninggalkan sidang kerana tidak dapat menanggung malu akibat dari perilaku suaminya.
Betty seakan -akan merayu kepada Soi Lek dengan mengatakan bahawa mereka (Lim dan Betty) juga mempunyai keluarga dan anak-anak mereka mendapat tekanan dari insiden tersebut.
Satu persoalan dari Sangkakala, adakah Betty juga merayu sebegini semasa Soi Lek dihentam sekeras-kerasnya semasa kes video beliau didedahkan dan antara orang yang lantang bersuara ialah suami beliau sendiri?
Adakah Lim Guan Eng dan Betty mengingati bahawa Soi Lek juga mempunyai keluarga serta anak? Sudah pastilah tidak dan kini apabila kes suami beliau didedahkan, beliau merayu dengan mengatakan bahawa kes tersebut adalah fitnah semata-mata?
Lagi pun bagi Sangkakala, jika kesemua itu adalah tidak benar, buat apa Betty merasa runsing atau risau? Tapi kini seolah-olah beliau merasakan beliau perlu membantu membersihkan nama suami beliau sedangkan kisah Lim dengan salah seorang pekerjanya itu telah tersebar melus dan diketahui oleh umum.
pssstttt..Nyonya!! Lu ada Melaka..Guan Eng ada Penang..mana boleh tahan maaa...
Jumaat, 6 Julai 2012
RAMADHAN SALE DI SELANGOR
Gambar ini telah diambil oleh seorang rakan dan ianya dikatakan telah terjadi di pasaraya The Store dalam negeri Selangor, apa kesudahannya kalau ini berlaku di negeri yang diterajui oleh UMNO/BN? Sudah pastilah ianya akan menjadi bahan hingga berketak seluruh alam gegak gempita seluruh dunia mengatakan bahawa UMNO tidak sensitif terhadap isu agama Islam dan tidak menghormati agama islam.
Tetapi apabila ianya terjadi di negeri yang dikuasai oleh Pembangkang, adakah perkara ini perlu dibiarkan berleluasa? Kemana pergi suara_suara yang lantang mengkritik UMNO dengan mengatakan bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak menghormati Islam?
Atau mungkin juga Khalid Ibrahim yang kini memegang jawatan EXCO Agama Islam Selangor yang juga merupakan Menteri Besar terpaksa mendiamkan diri oleh kerana takut akan suara Ronie Liu seperti mana yang terjadi terhadap Datuk Dr Hasan Ali semasa serbuan keatas kedai serbaneka 24 jam dahulu?
Kita harus berfikir bahawa kejadian seperti ini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dulu, tetapi kenapa ianya boleh terjadi semasa pemerintahan Pakatan Rakyat?
Harap rakyat Selangor dapat menilai tentang perkara ini sedalam-dalamnya, jangan hanya kerana janji-janji kosong Pakatan Rakyat maka masa depan agama juga dipermain-mainkan.
Gambar diatas seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Selangor khususnya orang Islam
berbuka puasa dengan meneguk arak hingga pasaraya ini membuat jualan arak untuk bulan yang yang penuh kemuliaan ini.
Fikir-fikirkanlah apa akan jadi sekiranya perkara ini berlanjutan di kemudian hari.
Khamis, 5 Julai 2012
PAKATAN DI SELANGOR TERUS BERAKSI
Kerajaan Selangor hari ini didedahkan pula dengan pemberian projek tanpa melalui tender terbuka bernilai RM 2 juta kepada beberapa buah syarikat untuk membekalkan hamper sejak tahun 2009.
Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan
kendallian jawatankuasa kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin Selangor, yang dipengerusikan oleh Exco Dr Xavier Jayakumar.
Sumber-sumber yang dalam kerajaan Selangor memberitahu bahawa tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta.
"Mereka diberikan melalui rundingan terus," kata sumber yang ada akses kepada dokumen-dokumen rasmi untuk menyokong dakwaannya itu.
Ini adalah bukti sebenar dimana kerajaan Selangor tidak telus didalam pemberian projek kerajaan dan mungkin syarikat-syarikat yang diberikan projek tersebut mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri atau pemimpin di negeri tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
UMNO CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Sangkakala amat bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa UMNO yang menjadi parti tunggak di dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional bercakap tidak seperti yang di katakan seperti sebelumnya.
Sangkakala mendapat reaksi dari pelbagai pihak terutamanya pembangkang yang mengatakan hal sebegini, dan Sangkakala terfikir bahawa apa yang dikatakan oleh pembangkang itu ada juga kebenarannya.
Kenapa Sangkakala katakan begini? Datuk Seri Najib Razak pada mulanya hanya menyebut tentang 1Malaysia, dan gagasan 1Malaysia di lancarkan dengan penuh gilang gemilang.
Tapi apa yang menghairankan, semasa pelancaran tersebut, tidak pula ada lain-lain 1Malaysia.
Tidak seperti hari ini, pelbagai kemudahan diberikan dengan menggunkan nama 1Malaysia sedangkan semasa pelancarannya dulu tidak pula disebut tentang perkara-perkara ini.
Bantuan Rakyat 1Malaysia contohnya, rasanya tidak ada dalam Gagasan 1Malaysia semasa ianya dilancarkan dulu, Kedai Rakyat 1Malaysia juga tidak ada dalam Gagasan 1Malaysia semasa pelancaran dulu, hinggakan pada baru-baru ini diberikan pula Tayar Rakyat 1Malaysia kepada pemandu atau pemilik teksi, ini juga tidak ada dalam Gagasan 1Malaysia semasa pelancarannya.
Jadi disini, Sangkakala menyifatkan bahawa kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO bercakap tidak serupa bikin, cakap Gagasan 1Malaysia, tapi bagi pula pelbagai bantuan 1Malaysia.
Jadi rakyat Malaysia kena fikir-fikirkanlah, kerajaan hari ini akan melakukan sesuatu kebaikan kepada rakyat tanpa memerlukan masa yang panjang untuk membuat perlaksanaan, kita harus bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan pada hari ini dan apa yang telah diberikan pada semalam, kita perlu bersama-sama membantu kerajaan untuk membentuk hari esok agar kesinambungan untuk generasi yang akan datang terjamin dan terbela.
Rabu, 4 Julai 2012
LIM GUAN ENG TERKEDU BILA DICABAR CHUA SOI LEK
Skandal yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang heboh diperkatakan pada ketika ini hingga membuatkan isteri Lim Guan Eng sendiri tidak dapat menanggung akibat dari perkara tersebut.
Hari ini, bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek pula mencabar Lim untuk membuat pengakuan seperti yang berlaku kepada beliau satu masa dulu.
Presiden MCA itu menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.
"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri).
Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.
Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.
Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".
Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.
Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.
Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.
"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.
PENGIKUT PAS TERTIPU LAGI
Dalam mengatakan PAS Kelantan akan mengadakan Lebuhraya tanpa TOL di negeri tersebut, berebut-rebut orang kononnya datang untuk memberikan sumbangan, kononnya untuk membantu kerajaan negeri dalam membina laluan di negeri itu.
Tapi apa yang jadi pada hari ini, Sangkakala dengar dari rakan-rakan di kelantan dan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, pembinaan lebuhraya tersebut dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan dari EXCO kerajaan negeri yang bermesyuarat hari ini.
Tak jadi tu satu hal, yang jadi persoalannya sekarang, dimana duit sumbangan tersebut? Dan apa nak jadi dengan duit sumbangan orang ramai termasuklah selebriti kita saudara Mustapha kamal yang juga telah memberikan sumbangan untuk membina lebuhraya yang disebut-sebutkan tu.
Mungkin jawapannya nanti ialah, saya ikhlas menderma, tetapi dalam hati siapa tau, sumpah seranah sudah tentu ada tak banyak sikit dalam benak si penderma.
Mungkin juga PAS merancang segala-galanya bagi mengumpul dana untuk pilihanraya umum nanti.
Ye lah, perbelanjaan untuk pilihanraya umum bukannya sedikit, PAS mungkin dah tak boleh nak cari daripada hasil kutipan tong milo mereka hingga terpaksa membohong sedikit demi kepentingan parti.
Walau apa pun PAS dan kerajaan negeri Kelantan perlu menjawab isu ini.
KENAPA SEMUA NAK SALAHKAN SPR
Sudah menjadi lumrah pada masa kini SPR akan tetap dipersalahkan dengan apa juga kaedah yang akan dijalankan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia bersih seperti mana yang dituntut oleh parti pembangkang yang selalu mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya.
Adakah pembangkang pada hari ini berfikir sedalam-dalamnya bahawa beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan mereka semasa PRU12 yang lepas? Kenapa mereka masih mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya? Adakah Kelantan kalah jika ada konspirasi antara SPR dengan kerajaan? Tidak bukan? Isu ini sengaja di bawa oleh pihak pembangkang semata-mata mereka merasakan bahawa meraka adalah yang terbaik dan yang terhebat.
Tahukah mereka, bahawa rakyat Malaysia menolak pembangkang kerana sifat serta sikap pembangkang itu sendiri yang menunjukkan bahawa meraka tidak layak untuk merintah negara?
Ramai rakyat Malaysia yang mengetahui apa pengorbanan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dan rakyat Malaysia terus memberi mandat kepada Barisan Nasional bukan kerana SPR.
SPR hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan Pilihanraya di negara ini setelah Parlimen dibubarkan dan bukanlah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa menjadi pemerintah, yang mempunyai kuasa tersebut ialah rakyat.
Jika selama ini Pembangkang mengatakan bahawa kuasa rakyat adalah penentu masa depan, kenapa masih lagi menyalahkan SPR tentang perkara ini, atau mungkin juga pembangkang boleh diibaratkan seperti pukul anak sindir menantu.
Dengan mengatakan bahawa SPR tidak telus tetapi yang sebenarnya mereka mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang tidak bijak.
Sangkakala amat yakin bahawa pengundi serta rakyat Malaysia amat bijak dalam membuat pilihan siapa yang perlu diletakkan sebagai kerajaan dan kita dapat lihat kini, apa bila rakyat memberi peluang kepada pembangkang untuk memerintah, macam-macam kepincangan telah terjadi. inikah bukti bahawa pembangkang layak untuk menjadi kerajaan bagi negara Malaysia? sedangkan sebuah negeri sudah tidak mampu untuk diurus tadbir, apatah lagi sebuah negara.
Sangkakala harap rakyat Malaysia meneliti semula sikap pembangkang ini dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya, dimana kemampuan mereka dalam mentadbir, siapa yang bakal menjadi pentadbir dan mentadbir negara, sama ada dalam terang mahupun disebalik tabir nanti.
Kita ikuti apa kata Pengerusi SPR seperti yang tercatit dibawah gambar tentang perkara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah tidak adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.
Beliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan dan ia belum muktamad lagi.
Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.
Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.
SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre.
Ada yang mengatakan bahwa tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan, siapa yang arif sangat tu? Penahkah mereka terlibat dalam mana-mana pilihanraya, perlu diingat bahawa mereka dikatakan tidak BANYAK pengalaman, ini bermakna mereka juga berpengalaman dan bukanlah tidak mempunyai pengalaman langsung, dan siapa pula yang menjadi juri untuk menilai meraka layak atau tidak?
Pengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim
Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya. Pengalaman yang bagaimana dimaksudkan oleh beliau tentang pilihanraya agaknya ni?
Syed Ibrahim juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus, ketelusan yang bagaimana lagi ingin dipinta oleh Syed Ibrahim agaknya?
Abdul Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang" dan bagaimana mereka ini boleh dipilih sebagai pemerhati jika mereka sendiri berat sebelah?
Jadi rakyat perlu menilai, apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam memastikan mereka mendapat laluan ke Putrajaya.
SETIAUSAHA CAWANGAN SUAJAYA BAHAGIAN BATU MEROYAN KENAPA
Dalam sms yang dihantar kepada Datuk Dr Syed Ali, beliau telah mengatakan bahawa kehadiran pemuda dan puteri tidak memuaskan dan sejauh mana pemuda serta puteri bahagian Batu bersedia dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.
Beliau yang digelar sebagai 'CIKGU' di Bahagian Batu nampaknya cuba untuk menampakkan bahawa pemuda dan puteri tidak berwibawa dan Sangkakala menyanggah apa yang dikatakan oleh beliau.
Untuk makluman, artikel Sangkakala kali ini adalah untuk memberitahu beliau yang mana Sangkakala sendiri adalah pemuda UMNO bahagian yang dimaksudkan.
Adalah menjadi tanggungjawab Sangkakala untuk menyatakan bahawa kami, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Batu bersedia menghadapi pilhanraya pada bila-bila masa jika parlimen dibubarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Untuk makluman Cikgu Hanafi juga, pemuda dan puteri dibawah kepimpinan Ybhg Datuk Yahya Mat Ghani amat komited dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami.
Walaupun Sangkakala hanya ahli pemuda biasa di bahagian, Sangkakala sendiri bersama-sama ketua serta ahli pemuda bahagian berganding bahu dalam memastikan Barisan Nasional akan menang di Bahagian Batu, begitu juga puteri serta ahli-ahlinya.
Tapi apa yang mengecewakan, selaku setiausaha cawangan, cikgu Hanafi tidak dapat menjaga puteri UMNO cawangan beliau sendiri apabila puteri UMNO cawangan beliau hanya datang sekejap itu pun semasa perasmian dan semasa persidangan semuanya telah pun pulang ke sarang masing-masing.
Jadi kepada cikgu Hanafi, tak payahlah nak menunding jari kepada mana-mana pihak sedangkan pihak sendiri tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya.
Bukan Sangkakala mengatakan puteri Suajaya tidak bertanggungjawab, tetapi rasanya tanggungjawab untuk memberitahu betapa pentingnya ahli puteri cawangan untuk hadir ke mesyuarat agung bahagian adalah penting dan ini terletak dibahu peminpin di peringkat cawangan.
Lagi satu, untuk makluman juga, tidak perlulah, cikgu Hanafi cuba untuk menjadi pelapor tentang kegiatan kerana zaman beliau menjadi Setiausaha Bahagian telah pun tamat dan janganlah cuba untuk menarik perhatian dengan cara yang agak bodoh begitu.
Sangkakala sempat membaca sms yang dihantar kepada Datuk Dr Syed Ali, ada ayat-ayat yang Sangkakala rasa tidak menampakkan bahawa beliau (cikgu Hanafi) sebagai orang yang mempunyai pendidikan tinggi kerana penulisan yang agak berterabur dan ejaan ayat yang mampu membuat Sangkakala tersenyum lebar.
Pemberitahuan kepada cikgu Hanafi, kalau beliau masih memegang jawatan Setiausaha Bahagian rasanya Sangkakala sendiri keluar dari bahagian kerana malu apabila mempunyai Setiausaha yang tidak bijak dari segi penulisan dan penggunaan ayat.
Pssstttt..pakcik duk diam-diam tau!! Kami pemuda dan puteri nak buat keje ni ok!!