Ahad, 15 Julai 2012

KETUA UMNO BATU TEMPELAK MIC DAN MCA

Sangkakala hari ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada UMNO Bahagian Batu yang telah berjaya mengadakan perhimpunan Agung perwakilan UMNO Bahagian Batu.

Mesyuarat hari ini di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin serta dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Wangsamaju yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan serta ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional.

Dalam ucapan aluan Datuk Yahya Mat Ghani yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu pada majlis perasmian pagi ini, beliau meminta supaya ahli UMNO serta Barisan Nasional Bahagian Batu untuk sama-sama bangkit merampas kembali bahagian Batu yang telah tumpas di tangan PKR pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada parti-parti komponen kerana begitu cemerlang dalam menjayakan program-program di Bahagian Batu.

Tapi apa yang menjadi kekecewaan beliau apabila MIC serta MCA tidak pernah memperlihatkan muka dalam mana-mana program di bahagian.

Hairan juga Sangkakala dengan keadaan ini, kenapa MIC dan MCA menyepikan diri dari bahagian Batu?

Apa yang mereka mahukan sebenarnya dari Barisan Nasional? Bukan disini sahaja Sangkakala perhatikan kejadian sebegini rupa, bahkan sudah acapkali Sangkakala pergi kesana dan kesini memang itulah keadaan yang sebenarnya terjadi.

Kita akan menghadapi PRU 13 tidak lama lagi, jika ini berterusan, adalah agak sukar untuk Barisan Nasional merampas kembali parlimen Batu.

Sangkakala rasa sesuatu perlu dilakukan supaya perkara ini tidak berlanjutan dan akan menjadi barah serta nanah dalam Barisan Nasional.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 ulasan:

  1. Adakah komponen parti diundang ke semua program anjuran umno? Jika ya, syaa rasa umno perlu laporkan kepada ketua bahagian atau jika tk berkesan laporkan kepada ketua negeri atas semnagat BN

    BalasPadam
  2. Pada kebiasaannya..mesyuarat agung UMNO sudah pasti kita jemput semua parti komponen..tambahan pula hari ini yang merasmikan mesyuarat tersebut adalah pemimpin kedua tertinggi, tapi seperti biasa, MIC dan MCA tidak menghantar wakil untuk bersama-sama..ini adalah satu kekecewaan kerana kita semua adalah dalam satu komponen barisan nasional.

    BalasPadam
  3. Bukan MIC & MCA yang tak hadir tapi ada ketua cawangan & ahli2 UMNO sendiri tak hadir. MIC tak hadir sbb nak beritahu pemimpin kedua tertinggi bahawa kami tidak menyokong kepimpinan Ketua Bhg UMNO sebagai ketua BN di Batu. MIC dah pun hantar surat bantahan & komplain kpd TPM tapi sehingga keini tiada balas.

    BalasPadam
  4. kalau macam tu..saya tak nampak dimana keikhlasan MIC (BATU) dalam memperjuangkan kemenangan BN di Parlimen (BATU) pada PRU akan datang..mungkin MIC mahu pengerusi BN BATU diberi kepada ketua bahagian MIC..adakah ianya bermaksud begitu?

    BalasPadam
  5. Orang2 ini semua duri dalam daging.....
    Mula mengambil kesempatan bila ada peluang''
    Mereka semua ada aginda di sebalik tu.
    Dulu mereka masuk BN sbb nak kerusi
    Skrang dah ada kerusi nk plk abik meja......
    Y rugi orang2 kite jg bergaduh sesama sendiri
    Last2 apa pun tak dapat cuma menjadi pencacai makhluk asig''
    Sedar2 lah semua... malaysia adalah tahan org2 melayu dari zaman terdahulu
    Jgn di ikut kata2 orang yg tak bersukur...... kerna ia hanya membawa kebinasaan semata2...
    Renung2kan lah''

    BalasPadam