Isnin, 23 Julai 2012

KERAJAAN SELANGOR UGUT RAKYAT DENGAN ISU AIR

Rakyat bakal hilang air percuma jika Kerajaan Selangor tetap meneruskan pembinaan Loji Langat 2, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Apa maksud di sebalik kata-kata EXCO kerajaan negri ni? Pada Sangkakala ianya seperti satu ugutan untuk kerajaan negeri tidak menjalankan kewajipan mereka dalam memenuhi janji kepada rakyat Selangor.

Sangkakala tidak nampak dimana masalah dengan pembinaan tersebut jika kerajaan negeri Selangor benar-benar membela rakyat negri itu.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan rakyat negeri itu akan terus diberikan air percuma jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan ini adalah janji Barisan Nasional kepada rakyat sekiranya diberi semula mandat untuk memerintah negeri itu pada PRU13 akan datang.

Xavier juga berkata Syabas adalah syarikat korporat swasta yang berorientasi keuntungan dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

Kenyataan tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa EXCO ini tidak mempunyai wawasan dan akal fikiran, Syabas memang sebuah syarikat dan kerajaan tidak meminta supaya Syabas memberikan air tersebut secara percuma kepada rakyat, bahkan kerajaan Barisan Nasional akan membayar bil penggunaan air kepada Syabas dan ini tidak dilihat sebagai satu masalah dengan sumber ekonomi yang begitu kukuh bagi kerajaan negeri Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia.

Beliau juga mengatakan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta sedangkan kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 bernilai RM8.65 bilion.

Kenyataan ini pula Sangkakala lihat seperti ingin mengatakan bahawa kerajaan negri Selangor yang sedia ada kini juga tidak mampu lagi menanggung bil penggunaan air sebanyak 20 meter padu yang diberikan secara percuma, dan ini mungkin juga ada kena mengena dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan mengambil air dari kawasan perlombongan untuk diberikan kepada rakyat Selangor.

Nampaknya segala menifesto yang diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang sebenarnya lebih retorik tetapi mereka cuba untuk melindunginya dengan caravmenyalahkan pihak-pihak lain termasuk Barisan nasional.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau BN TERUS BERI AIR PERCUMA JIKA BN MENANG, KAMI DINEGERI YG DIPERINTAH BN BILA NAK BERI AIR PERCUMA,

JIKA BN JANJI SELANGOR DAPAT AIR PERCUMA KAMI DINEGERI LAIN MENUNTUT HAK YANG SAMA, JIKA TIDAK ???????????????????

Tanpa Nama berkata...

Selama ni pn mmg BN bg air percuma pn!!!