Isnin, 9 Julai 2012

BOB LOKMAN MENGAMUK

Siapa yang tak kenal dengan Bob Lokman yang merupakan seorang artis yang kini telah bertaubat untuk meneruskan karier beliau sebagai anak seni yang kononnya adalah haram.

Siri kemasukan Bob Lokman ke dalam parti PAS telah membawa kepada keasukan artis-artis lain yang sudah tidak bergemerlapan lagi di persada seni tanah air.

Bermula dari rentetan Bob Lokman menyertai PAS kemudian diikuti oleh penyanyi Aishah yang merupakan ibu tunggal kemudian disusuli juga dengan bekas penyanyi dan pelakon GEBU Abby Abadi yang juga merupakan seorang ibu tunggal serta pelakon Khairi Othman.

Setelah sesi kemasukan artis ini kedalam PAS bermula, nama Bob Lokman tidak lagi sehangat semasa beliau mula-mula menyertai PAS dahulu yang diusung ke hulur ke hilir untuk menyebarkan dakwah agenda politik PAS.

Begitu juga dengan Aishah yang sudah hilang serinya di dalam PAS apabila janda atau pun ibu tunggal semuda Abby Abadi menyertai PAS.

Persaingan jelas kelihatan apabila kini Abby Abadi lebih menonjol kehadirannya dalam PAS berceramah kesana kemari menggantikan tempat Aishah dan tempat Bob Lokman digantikan dengan Khairi Othman.

Adakah harapan bapa Bob Lokman akan tercapai untuk melihat Bob Lokman menjadi calon pada PRU13 nanti seperti yang dinyatakan oleh beliau semasa Bob Lokman mula-mula menyertai PAS dahulu?

Bob Lokman sudah pastinya akan mengamuk sakan jika mendapati dirinya tidak tersenarai nanti sebagai calon PRU13 bagi mewakili PAS, sedangkan pengorbanan telah pun dilakukan dan beliau sendiri sudah amat yakin dengan mengatakan rakan-rakan seni yang lain tidak begitu terserlah keislamannya.

Jadi sama-samalah kita lihat nanti apa kesudahan yang bakal melanda ke atas diri Bob Lokman, dan mungkinkah ini juga akan terjadi jika ada artis yang jauh lebih muda dari Abby Abadi dan mungkin juga ibu tunggal seperti beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila tak tercalon nti...die melompat ler...mungkin nak masuk UMNO pulak kot...heheheh..nawaitu tak ikhlas...islamik mendenyer...Islamik taik kucing...luluspun spm gred 3 nak jdi calon...ingat bila masuk PAS pakai ketayap putih leh jadi ustaz ker...tula...tak pikio pjg dulu...leh blah lah bob oiii

Tanpa Nama berkata...

musim menuai dah berlalu,kini musim luruh,sabarlah tunggu pusingan musim menuai akan datang itu pun kalau sempat.sebabnya berbaris-baris senarai menunggu menanti giliran,

Tanpa Nama berkata...

PAS tak cukup kerusi untuk di bahagikan.

Tanpa Nama berkata...

mana nak cukup.... rakan karibnya nak sampai 90 kerusi.... dulu2 pun bertanding 60
kerusi lebih je....

Tanpa Nama berkata...

Artis yg masuk PAS hanya nampak islam hanya ada pada PAS sahaja,,ertinya, sama lah juga ia percaya ALLAH hanya ada dlm PAS sahaja, sesuata yang kepercayaan ugama yg dengkel buat umat islam masa kini.

Tanpa Nama berkata...

Ada je tempat... bukan setakat bob lokman... 10 bob lokman pun masih ada tempat...

sebab pemimpin PAS bukannya ramai pun yang layak jadi wakil rakyat