Selasa, 17 Disember 2013

PROGRAM BACK TO SCHOOL SUBANG KECOH

Memang kecoh apabila anak anak kecil yang akan menjejakkan kaki ke sekolah pada sessi persekolahan yang akan datang hadir bersama sama ibu bapa masing masing untuk menrima sumbangan berupa Beg serta pakaian sekolah di perkarangan pejabat UMNO Bahagian Subang pada hari ahad lepas.

Sejumlah 100 beg sekolah beserta kelengkapan pakaian diberikan kepada kanak kanak tersebut.

Program tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan peringkat Bahagian, seperti Ketua< timbalan dan Naib Ketua Bahagian serta ketua ketua sayap.

Program tersebut telah dianjurkan oleh pergerakan Puteri UMNO Bahagian.