Jumaat, 27 Disember 2013

NIK AZIZ IBARAT SANG KELEMBAI DALAM PAS

Sangkakala agak terperanjat apabila seorang rakan baru baru ini mengajukan soalan sama ada Sangkakala kenal atau tidak dengan Sang Kelembai di dalam PAS. 

Sangkakala memanglah pernah mendengar kisah dongeng Sang Kelembai yang dikatakan mampu menyumpah apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang dimahukan.

Tapi sebelum ini tak pernah pula Sangkakala dengar dalam PAS ada Sang Kelembai dan itu lah yang membuatkan Sangkakala agak terperanjat.

Rupa rupanya apa bila Sangkakala katakan tak tau maka kawan tersebut telah mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai didalam PAS dan kerana itu lah beliau agak digeruni oleh orang orang dan Pemimpin PAS sendiri.


Apa bila Sangkakala meminta alasan mengapa beliau mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai, ini jawapan beliau.

Presiden PAS, Haji Hadi pernah mengatakan bahawa akan ada muzakarah diantara UMNO dan PAS dan pada masa itu jugalah Nik Aziz menentang dengan keras bahawa tidak boleh diadakan sebarang muzakarah diantara PAS dan UMNO. 

Dan kerana itu jugalah PAS tidak jadi untuk mengadakan muzakarah walaupun ianya dilihat amat baik demi untuk agama Islam dan kepentingan orang orang Melayu di tanah air.

Jadi disitu rakan Sangkakala telah mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai yang mana apa sahaja kata katanya akan dituruti oleh para pengikut atau pemimpin PAS itu sendiri.

Walaupun agak kelakar, namun Sangkakala terfikir ada juga kebenarannya apabila kawan Sangkakala memberikan alasan sebegitu.

Macam hal yang baru baru ni, Menteri Besar Kelantan pada mulanya mengatakan bahawa beliau tidak akan menghantar peserta dari Kelantan kerana himpunan tersebut menggunakan slogan gulingkan kerajaan dan hari ini sudah terbalik pula. 

Adakah ini semua kerana kata kata Nik Aziz yang mahukan peserta dari Kelantan turut sama dalam demonstrasi kali ini seperti mana yang terdahulu.

Apa yang pasti, PAS Kelantan akan mengeluarkan wang untuk membolehkan pengikutnya pergi ke Kuala Lumpur untuk turut serta dalam himpunan haram tersebut.


Tiada ulasan: