Isnin, 9 Disember 2013

KEADAAN MANGSA BANJIR DI KUANTAN MENYAYAT HATI @NajibRazak @Khairykj @MuaamarGhadafi @GB4BMalaysia

Pilu dan menyayat hati apabila Sangkakala lihat mereka yang terlibat dalam bencana banjir tidur di tempat pemindahan di wisma belia Kuantan.


Sangkakala yang tiba bersama sama dengan Presiden GB4B Malaysia saudara Muaamar Ghadafi, Naib Presiden GB4B , saudara Daniel dan EXCO pergerakan pemuda UMNO Malaysia, saudara Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman begitu terharu apabila melihat keadaan mangsa di pusat pemindahan ini.


Namun seperti biasa, Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Skuad Prihatin telah menghantar bantuan awal bagi membantu nasib mereka yang dilanda bencana yang boleh dikatakan buruk kali ini.

Skuad Prihatin yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Pengerusi Gerak Remaja GB4B Malaysia telah tiba ke kawasan bencana sehari selepas air naik ke kawasan ini.

Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan oleh GB4B Malaysia dalam usaha memberikan bantuan sebaik mungkin demi untuk meringankan beban mangsa yang terlibat.

Sebentar lagi konvoi akan bergerak ke kemaman untuk memberikan bantuan ke kawasan tersebut yang juga dilanda bencana sama.