Selasa, 10 Disember 2013

MANGSA BANJIR DI KUANTAN TERUS MENDAPAT BANTUAN @NajibRazak @Khairykj @MuaamarGhadafi

Mangsa banjir di Kuantan khususnya di kawasan Sungai Isap fasa 3 terus mendapat bantuan kemasyarakatan yang dilakukan oleh Majlis Belia Malaysia melalui Gerakan Belia 4B Malaysia. 

Majlis Belia Malaysia menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan bagi membantu mangsa bencana banjir dengan mengagihkan bantuan makanan serta pakaian di Masjid Sungai Isap fasa 3 tengah hari ini.

Hebahan yang dilakukan oleh Bilal masjid tadi telah membolehkan para penduduk mengetahui serta datang untuk menerima sumbangan.




Gambar dibawah menunjukkan Naib Presiden GB4B Malaysia, saudara Daniar, Naib Presiden Wanita Majlis Belia Malaysia, Saudari Wan Salwati dan Pengerusi Gerak Remaja Gerakan Belia 4B Malaysia sedang mengagihkan bantuan kepada magsa banjir.



Bantuan juga diberikan kepada kanak kanak sekolah berupa peralatan menulis yang turut disampaikan.