Rabu, 11 Disember 2013

PORTAL KERAJAAN SELANGOR KETEPIKAN SULTAN @khalidibrahim @nohomar


Gambar diatas adalah screenshot portal kerajaan Selangor.

Apa yang kurang dalam portal tersebut? Pembaca nampak tak?

Meh sini Sangkakala nak bagi tau, hari ni adalah hari keputeraan Sultan Selangor, tapi dalam portal tersebut Sangkakala tak nampak pun ada ucapan selamat hari jeputeraan atau sebagainya.

Khalid agaknya tak suka nak letak kot sama macam keraian yang pernah dilangsungkan satu masa dulu yang mana Khalid selaku Menteri Besar langsung tidak menjemput Tuanku Sultan untuk turut sama.

Tapi yang dijemput ialah Anwar Ibrahim yang takde kena mengena langsung dengan Selangor. 

Nampaknya Khalid Ibrahim ni macam bermusuhan pulak dengan Tuanku Sultan, tapi kenapa?

Bukan ke Tuanku Sultan adalah payung kepada seluruh rakyat Selangor?

Selangor kini dah macam bersultankan Khalid Ibrahim.

Nanti kita lihat pula masa sambutan hari Natal, mesti dapat publisiti giler giler dari portal kerajaan ni mengucapkan selamat menyambut hari kristmas.

Kerajaan Selangor memang tak menghormati Tuanku agaknya selama ni dan lepas ni nanti kita lihat si Khalid Ibrahim akan menyalahkan editor portal tersebut yang tidak mengwar warkan hari keputeraan Sultan Selangor dalam portal tersebut. 

Itu kan dah jadi perkara biasa, bila dah nampak kesalahan, terus halakan pada orang lain pulak.