Isnin, 2 Disember 2013

KAZIM TAK SEDAR TELAH DISINGKIR !! KISAH HASAN ALI DAN NASHA BERULANG LAGI


Perlantikan Ustaz Kazim sebagai ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia nampak gayanya masih belum reda.

Baru sahaja beliau mengatakan bahawa beliau masih ahli PAS, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahin Tuan Man telah mengatakan bahawa beliau telah disingkirkan dari parti tersebut sejak mei 2013.

Tapi menurut Ustaz Kazim,  beliau sendiri tidak tahu dan tidak mendapat apa apa surat tentang penyingkiran beliau.

Sangkakala teringat pulak kisah Datuk Hasan Ali yang menerima nasib sama selepas berkali kali menegur kepimpinan kerajaan Selangor semasa menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri tersebut satu masa dulu.

Beliau juga telah dipecat dan setelah beberapa lana barulah keluar surat rasmi pemecatan beliau,  dan begitu jugalah yang terjadi keatas Ustaz Nasha yang dibuang tanpa surat, dicanang seluruh negara dan lama kemudian barulah surat rasmi dikeluarkan.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada PAS apabila memecat seseorang ahli dengan tanpa surat pemecatan dan mereka ini membiarkan sahaja ahli atau bekas ahli mereka ini terumbang ambing tanpa hakuan dan apabila ada parti lain yang berminat untuk menggunakan khidmat mereka, ahli PAS yang lain akan bangkit mengatakan orang itu adalah ahli mereka. 

Ini lah yang terjadi keoada Ustaz Kazim apabila ketua pemuda PAS Perak dengan pantas mengatakan bahawa Kazim adalah ahli PAS dan tak sampai beberapa hari barulah keluar kenyataan bahawa beliau telah disingkirkan.

Jadi disini Sangkakala lihat, selesailah sudah kemelut yang mengatakan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli PAS dan tidak layak menjadi ahli majlis tertinggi UMNO.